Khasiat Lemon Cover

10 Khasiat Lemon Terbaik untuk Semua

Tidak syak lagi, khasiat lemon sangat terbaik untuk amalan semua. Ikuti perkongsian ini.

Khasiat lemon bukan untuk kuruskan badan je, ada banyak lagi kebaikan lemon yang lain yang bagus untuk kesihatan.

Lemon memang popular dikalangan ramai. Ada yang guna hanya sebagai penambah perisa dalam makanan dan ada juga yang mengoptimumkan khasiat lemon untuk kesihatan fizikal dan mental.

Khasiat Lemon

Lemon sangat kaya dengan vitamin C, serat serta pelbagai sebatian tumbuhan yang bermanfaat. Walaubagaimanapun, lemon jarang dimakan sebagai snek dek kerana rasa masamnya yang sangat kuat.

Pada post kali ini jom kita lihat apa khasiat lemon sebagai salah satu buah-buahan yang penggalak kesihatan paling popular.

1. Membantu Mengawal Berat Badan

Tidak dinafikan, khasiat lemon untuk kuruskan badan adalah salah satu konsep pemahaman paling tipikal di kalangan masyarakat. Asal nak kurus je, mesti dikaitkan dengan lemon. Betul tak?

Tahukah anda, sebenarnya serat pektin yang terdapat di dalam lemon akan mengembang setelah ditelan, menbuatkan anda kenyang lebih cepat dan lama.

Ini menjadikan lemon sering diiklankan sebagai alat yang berkesan dalam penurunan dan pengurusan berat badan.

Pada tahun 2016, 84 wanita Korea pra-menopaus dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi mengikuti diet detoks lemon dan diet lain selama 7 hari.

Mereka yang mengikuti diet detoks lemon mengalami peningkatan yang lebih besar dalam ketahanan insulin, lemak badan, BMI, berat badan, dan nisbah pinggang-pinggul berbanding diet lain.

2. Khasiat Lemon Meningkatkan Imunisasi

Makanan yang tinggi vitamin C dan antioksidan seperti lemon mampu membantu menguatkan sistem imunisasi terhadap kuman yang menyebabkan selesema dan demam.

Tahap vitamin C dalam sistem badan anda adalah salah satu perkara pertama yang akan merosot ketika anda sedang stres, itulah sebabnya para pakar mengesyorkan agar mengambil vitamin C tambahan terutamanya pada hari-hari yang anda rasa sangat tertekan.

Memerah sebiji buah lemon ke dalam segelas air panas dengan sesudu besar madu merupakan satu minuman yang menenangkan bagi seseorang yang mengalami batuk atau selsema.

Buah lemon

Baca juga: 10 Makanan Berkhasiat untuk Sistem Imun Badan

3. Lemon Menyegarkan Nafas

Asid sitrik yang terkandung secara semulajadi di dalam lemon dapat mengikis enamel gigi, mencegah gusi berdarah, membasmi daripada bakteria dan secara tidak langsung mampu menghilangkan nafas berbau.

Selain itu, khasiat lemon juga dipercayai mampu membantu melegakan sakit gigi dan radang gusi.

4. Lemon Membantu Memotong Kafein

Khusus kepada kaki-kaki kopi, anda boleh cuba menggantikan kopi pagi anda dengan secawan air lemon madu panas.

Dengan secawan air lemon madu panas setiap pagi, anda akan merasa segar dan tidak perlu lagi menghadap kelesuan pada waktu tengah hari.

Mood anda juga pastinya akan menjadi lebih baik!

Baca juga: Resepi Air Halia Lemon Madu

Khasiat Lemon untuk Kesihatan

5. Khasiat Lemon untuk Pencernaan

Lemon mengandungi lebih kurang 10% karbohidrat yang kebanyakannya dalam bentuk serat larut dan gula sederhana.

Serat larut dalam lemon dapat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan. Namun, anda juga perlu memakan pulpa lemon, bukan hanya jusnya.

Orang yang minum jus lemon, tanpa serat yang terdapat di dalam pulpa akan terlepas akan kelebihan-kelebihan serat yang tersedia.

6. Melindungi Daripada Anemia

Anemia sering berlaku apabila seseorang tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet seharian. Oleh itu, amalan pemakanan serta diet yang betul sangat penting untuk perhatian anda.

Lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang mampu membantu anda untuk menyerap zat besi non-heme daripada tumbuhan-tumbuhan dengan lebih efektih dan seterusnya mampu mencegah anemia.

7. Khasiat Lemon dan Madu Mencegah Asma

Lemon

Pesakit asma boleh mengambil lemon bersama madu sebagai salah satu rawatan tradisional untuk mencegah asma

Jus lemon mempunyai antioksidan yang mampu menguatkan sistem imun serta dapat membantu membersihkan lendir.

Walaubagaimanapun, pengambilan jus lemon buatan sangat ditegah untuk penghidap asma. Jadi anda harus ambil jus lemon yang asli sahaja. Yang tidak asli haruslah dielakkan okay!

Caranya mudah sahaja:

  1. Perah jus 1/2 lemon ke dalam segelas air suam
  2. Tambahkan 1 sudu teh madu

8. Lemon untuk Kesihatan Kulit

Antioksidan dalam jus lemon bukan sahaja membantu mengurangkan cela, tetapi juga kedutan!

Ia juga dapat digunakan pada bekas luka dan bintik-bintik usia untuk mengurangkan kewujudannya.

Disebabkan ianya menyahtoksin darah anda, ia akan mengekalkan cahaya kulit anda.

Khasiat Buah Lemon

9. Membantu Melawan Jangkitan Virus

Air lemon suam adalah kaedah paling berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus dan sakit tekak.

Selain itu, jus lemon juga meningkatkan sistem imun anda selain melawan jangkitan secara serentak.

10. Membantu Mencegah Batu Karang

Air lemon membantu mencegah kesakitan batu karang pada mereka yang kekurangan sitrat urin (sejenis asid sitrik).

Lebih penting lagi, peningkatan cecair dapat membantu mencegah dehidrasi — penyebab utama batu karang.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemon Madu Masam Manis

Kesimpulan

Lemon bukan sahaja buah yang sangat sihat, tetapi juga mempunyai rasa dan bau yang berbeza dan menyenangkan; menjadikannya ramuan yang baik untuk makanan dan minuman.

Bagi mereka yang berat badan kurang daripada 150 paun, perahkan jus separuh buah lemon ke dalam segelas air.

Sekiranya anda seorang yang mempunyai berat lebih daripada 150 paun, gunakan jus sebiji buah lemon secara keseluruhan.

Air lemon suam sangatlah disyorkan. Anda boleh larutkan lagi jus lemon, bergantung pada citarasa peribadi anda.

Minum jus lemon pada waktu pagi dengan terlebih dahulu, dan tunggu hingga 15 ke 30 minit untuk bersarapan. Ini akan membantu anda mendapat manfaat air lemon sepenuhnya, seperti yang disenaraikan di atas.


Rujukan Lain:
1. Lemon detox diet reduced body fat, insulin resistance, and serum hs-CRP level without hematological changes in overweight Korean women
2. Role of vitamins D, E and C in immunity and inflammation.
3. Vitamin C and common cold-induced asthma: a systematic review and statistical analysis
4. Use of Natural Products in Asthma Treatment
5. Determination of lemon and carbonate effects on caffeine content of various teas and investigation of daily caffeine intakes