Khasiat Bayam Brazil Cover

10 Khasiat Bayam Brazil untuk Wanita

Selain mudah ditanam dan dijaga, terdapat banyak khasiat bayam Brazil untuk kesihatan terutamanya untuk kaum wanita.

Selain mudah ditanam dan dijaga, terdapat banyak khasiat bayam Brazil untuk kesihatan terutamanya untuk kaum wanita.

Bayam Brazil atau bayam Sissoo adalah salah satu daripada keluarga Amaranthaceae yang dikenali sebagai sayur daun dan tinggi khasiat zat besi.

Brazillian Spinach

Sama seperti bayam-bayam yang lain, kandungan nutrien setiap 100 gram bayam Brazil ini mengandungi B-karoten (4-8 mg), vitamin C (60-120 mg), Ferrum (Fe) (4-9 mg), kalsium (300 -450 mg) dan juga serat. Kandungan asid folik dan seratnya yang tinggi (20-30%) sangatlah sesuai untuk kesihatan wanita.

1. Khasiat Bayam Brazil Agen Awet Muda

Bukan hanya kulit yang terdedah kepada jerawat, kulit wajah yang berkerut kerana penuaan pramatang, dapat mempengaruhi kecantikan penampilan seseorang wanita.

Kandungan vitamin C pada daun bayam brazil, dapat digunakan untuk mengatasi masalah kedutan wajah yang disebabkan oleh penuaan pramatang yang kebiasaanya menjadi igauan ngeri wanita.

Dengan minum secawan bayam sehari, masalah penuaan pramatang yang dialami dapat diatasi.

2. Bayam Brazil untuk Wanita Hamil

Asid folik dan zat besi dalam bayam Brazil sangatlah berguna untuk menjaga kesihatan ibu hamil dan rahim mereka.

Sama seperti bayam yang lain, khasiat bayam Brazil yang kaya dengan asid folik serta zat besi tidak kurang juga hebatnya. Kedua-dua zat ini sangat bagus untuk wanita hamil.

Wanita hamil yang kekurangan pengambilan zat besi akan merasa lemah, malah ada di antara mereka yang mudah pengsan. Zat besi dalam bayam dapat membantu pembentukan sel darah merah, lalu mencegah wanita hamil terkena anemia.

Selain itu, Asid folik juga dapat membantu fungsi otak bayi sejak di dalam kandungan.

3. Khasiat Bayam Brazil Mencegah Sembelit

Sembelit sering menjadi masalah wanita terutamanya ketika hamil. Kandungan serat dalam sayur bayam adalah cukup tinggi, iaitu sekitar 15-20%.

Serat yang terkandung dalam bayam Brazil bagus untuk mencegah daripada terjadinya sembelit, selain dapat membantu melancarkan pembuangan air besar.

Khasiat Bayam Brazil

Baca juga: 5 Khasiat Strawberi untuk Kecantikan Wanita

4. Menjaga Kesihatan Mata

Khasiat Bayam Brazil mempunyai kandungan karotenoid dan juga vitamin A. Vitamin A mampu membantu mata untuk menjaga kejernihan penglihatan.

Selain itu, kandungan karotenoid pada bayam juga mampu mencegah terjadinya penyakit katarak dan degenerasi makula mata supaya kesihatan mata dapat dijaga dengan lebih baik.

5. Khasiat Bayam Brazil Menguatkan Tulang

Jenis sayur-sayuran hijau seperti bayam, mempunyai kandungan mineral di dalamnya, seperti magnesium, zink, fosforus dan tembaga.

Kandungan mineral ini mampu menjaga kesihatan tulang dengan memelihara kekuatan tulang. Dengan sendirinya, fosforus dapat mengekalkan kelenturan tulang, bukan sekadar keras, tetapi juga dapat menghindari daripada keretakan.

Brazillian Spinach On Plate

6. Membantu Mengekalkan Sistem Pencernaan

Bayam mengandungi vitamin-vitamin seperti vitamin A dan vitamin C.

Kedua-dua vitamin ini dapat menjaga kesihatan pencernaan dengan melindungi usus besar dan juga saluran pencernaan untuk mengelakkan radikal bebas yang sangat berbahaya dan sering menyerang tubuh badan.

Bayam juga mempunyai kandungan asid folik yang mampu mencegah mutasi sel pada usus besar dan mencegah kerosakan pada DNA.

7. Membantu Melancarkan Peredaran Darah

Apabila peredaran darah terhalang, akan timbul pelbagai jenis penyakit disebabkan aliran darah yang tidak lancar ke beberapa organ badan.

Kandungan asid folik dalam bayam dapat mengatasi masalah yang berlaku disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.

Asid folik dalam bayam membolehkan saluran darah menjadi lebih elastik supaya aliran darah tidak tersumbat.

Bayam Brazil

Baca juga: 20+ Khasiat Minyak Zaitun untuk Kesihatan Lelaki dan Wanita

8. Khasiat Bayam Brazil Mencegah Anemia

Bayam terkenal dengan kandungan zat besi yang tinggi di dalamnya. Pengambilan bayam sangat digalakkan bagi mereka yang mengalami masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

Kandungan zat besi dalam bayam dapat membantu proses pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

9. Nutrisi yang Baik untuk Pertumbuhan

Salah satu ramuan dalam bayam yang diketahui ramai adalah kandungan zat besinya. Antara kelebihan zat besi dalam bayam adalah ianya baik untuk pertumbuhan kanak-kanak dan remaja.

Kandungannya yang kaya dengan kalori dan rendah lemak juga sangat baik untuk menjaga tubuh yang sihat dan menjaga nutrien badan semasa pertumbuhan.

Khasiat Bayam Brazil Terbaik

10. Menjaga Kesihatan Pergigian

Gigi yang sihat akan mempengaruhi selera makan. Masalah yang dialami pada gigi adalah berlakunya rongga dan gigi reput.

Salah satu faktor kejadian kaviti adalah kerana kekurangan kalsium. Pengambilan bayam secara kerap boleh menguatkan gigi selain memastikan pengambilan kalsium yang cukup pada gigi.

Bayam juga mempunyai kandungan kalsium di dalamnya yang dapat membantu menguatkan gigi.

Baca juga: Khasiat Buah Naga untuk Kesihatan dan Kecantikan

Kesimpulan

Jadi itulah semuanya faedah kesihatan bayam Brazil yang mempunyai persamaan dengan bayam-bayam lain secara umum.

Semoga maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan anda mengenai manfaat kesihatan bayam Brazil dan menjadikan hidup anda lebih sihat.


Rujukan Lain:
1. Spinach – Wikipedia
2. 17 Health Benefits of Brazilian Spinach – Pregnancy – Beauty