Khasiat Minyak Zaitun telah lama dimanfaatkan sebagai salah satu sumber semulajadi yang selamat digunakan sejak zaman dahulu lagi.
Seringkali menjadi bahan asas dalam masakan dan produk kecantikan, minyak zaitun dikatakan mempunyai banyak khasiat yang terunggul sama ada bagi wanita mahupun lelaki. Kajian Sains telah dibuat dan mendapati banyak khasiat minyak zaitun dalam kehidupan seseorang. Jom lihat apa kelebihan dan khasiat minyak zaitun untuk kesihatan lelaki dan wanita.
1. Menjadikan Rambut Lebih Kuat Dan Sihat
Minyak zaitun dapat melembutkan rambut kerana ia berfungsi sebagai ejen penguat rambut dimana vitamin E adalah keutamaan minyak zaitun. Selain itu, rambut menjadi lebih lembut dan segar.
Sekali sekala, tidak perlu untuk pakai minyak rambut di kepala, tetapi cuma anda boleh lumurkan minyak zaitun yang dicampur bersama madu dan telur kuning. Ia boleh dijadikan sebagai mask bagi rambut anda.
2. Melembabkan Kulit
Minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai pelembab wajah. Kelembapan kulit akan terasa sekiranya anda menyapu sedikit minyak zaitun dibahagian wajah.
Lengkap dengan vitamin E dan penuh antioksidan, minyak zaitun sesuai dan selamat digunakan pada semua jenis kulit tak kira jantina lelaki atau wanita.
3. Menyihatkan Otak Dan Menghindari Penyakit
Tahukah anda, otak memerlukan asid lemak setiap hari bagi menjalani prosesnya secara sihat? Otak yang cergas datang dari pemakanan yang sihat dan penuh nutrisi.
Minyak zaitun merupakan makanan tambahan yang boleh anda amalkan dalam menyihatkan otak dan menghindari penyakit berkaitan seperti Alzheimer’s dan dementia apatah lagi apabila kita sudah tua nanti.
Ada juga individu yang mengamalkan minyak zaitun untuk mencergaskan minda, merawat kulit wajah dan menguatkan tulang. Pendek kata, khasiat minyak zaitun adalah sangat pelbagai.
4. Menyihatkan Kesihatan Jantung
Minyak zaitun adalah salah satu ikhtiar yang boleh anda cuba untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah jantung, tekanan darah dan lain-lain lagi.
Mengikut kajian, minyak zaitun mengandungi Nitric Oxide yang berfungsi meluaskan saluran pernafasan bagi memudahkan anda bernafas dan juga membersihkan saluran darah dari sebarang gangguan atau yang tersumbat.
5. Mencegah Dan Melawan Kanser
Salah satu khasiat minyak zaitun adalah ia kaya dengan antioksidan yang memudahkan anda berdiet, mempertingkatkan sistem metabolisme tubuh dan juga boleh mengurangkan kanser.
Kanser adalah penyakit kronik yang amat bahaya dan agak sukar diubati. Peluangnya amat tipis sekali. Namun, tidak salah untuk berikhtiar dengan mengamalkan minyak zaitun.
6. Menurunkan Berat Badan Dan Obesiti
Ramai tak tahu bahawa lemak sihat dapat menghancurkan lemak serta menjadikan anda lebih kurus dan ringan. Khasiat minyak zaitun adalah dapat menurunkan berat dan mengurangkan statistik obesiti dalam kalangan masyarakat.
Menurut kajian dari Harvard School of Public Health, jelas bahawa minyak zaitun mengandungi lemak sederhana rendah yang sesuai untuk mereka berdiet atau menurunkan berat badan.
Adalah lebih baik sekiranya seseorang itu mengamalkan minyak zaitun dengan niat untuk lebih sihat dan dipermudahkan segala urusan.
7. Mengatasi Masalah Penuaan Wajah
Kedutan dan garis-garis halus di wajah bukan lagi masalah sekiranya anda sudah tahu khasiat minyak zaitun.
Ramai tak tahu bahawa minyak zaitun kaya dengan sifat antioksidan. Antioksidan juga membentuk dan mencantikkan kulit wajah dengan mudah dan berseri. Anda boleh menyapu minyak zaitun pada bahagian wajah untuk kesan yang baik bagi penuaan.
8. Menghalang Berlakunya Strok
Seperti yang diketahui umum, strok mempunyai statistik kematian tertinggi nombor 2 selepas penyakit jantung. Strok berlaku akibat pengaliran darah yang tersumbat sehingga menyebabkan gangguan oksigen dan saluran darah ke bahagian otak.
Sebuah kajian yang dibuat melibatkan 841,000 responden serta kajian sokongan yang turut mengaitkan sebanyak 140,000 peserta mendapati bahawa minyak zaitun dapat mengurangkan risiko strok.
Hal ini kerana lemak mono tidak tepu yang terkandung dalam minyak zaitun sangat bagus dalam mencegah strok dan mencantikkan aliran darah.
9. Membuang Sel Kulit Mati
Tahukah anda, minyak zaitun adalah alternatif semulajadi terbaik dalam kecantikan kulit wajah? Sama ada lelaki mahupun wanita, masing-masing boleh amalkan petua cantikkan kulit menggunakan minyak zaitun ini.
Selain mempunyai antioksidan yang tinggi dan kaya dengan vitamin, khasiat minyak zaitun juga adalah mencerahkan wajah dan mengangkat sel kulit mati serta mengecutkan jerawat anda.
Tidak hanya makan, anda boleh menggunakannya untuk dijadikan masker. Campurkan dengan sedikit madu dan yogurt, pakai masker tersebut sehingga beberapa minit dan dibiarkan secara kering. Setelah itu, basuh dan bilas wajah.
10. Mematikan Bakteria Pada Tubuh Badan
Tubuh badan kita sering terdedah dengan bakteria di luar tubuh, bagaimana pula dengan bakteria dalaman tubuh?
Ya, ramai tak tahu sebenarnya usus dan perut kita adalah bahagian sensitif yang sangat mudah didatangi bakteria.
Dikatakan musuh dalam selimut, Helicobacter Pylori merupakan sejenis bakteria yang tinggal dalam perut dan usus.
Semakin bakteria ini aktif dan membiak, seseorang itu berisiko untuk mendapat kanser perut, usus dan penyakit perut yang lain.
Namun begitu, kajian telah mendapati bahawa salah satu khasiat minyak zaitun adalah ia dapat membunuh 40% bakteria Helicobacter Pylori hanya dalam masa 2 minggu sekiranya diambil 30gram selama masa itu.
11. Mencantikkan Bibir
Hampir semua fungsinya adalah berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan. Khasiat minyak zaitun juga adalah dalam membekalkan vitamin untuk mencantikkan bibir secara semulajadi.
Ia boleh dijadikan scrub dengan mencampurkan sedikit minyak zaitun bersama gula perang dan perahan jus lemon. Kemudian, oles pada bibir anda dan biarkan selama beberapa minit.
Bibir akan lembut dan cantik, warnanya juga akan berubah menjadi lebih cerah dan berseri jika diamalkan selalu. Mulai dari sekarang, apa kata, jadikan tips khasiat minyak zaitun ini sebagai salah satu rutin harian anda?
12. Mengatasi Masalah Tumit Merekah
Tumit kaki merekah boleh diatasi menjadi lembut dan lega sekiranya anda tahu memanfaatkan khasiat minyak zaitun ini.
Minyak zaitun turut boleh disapu pada tumit kaki yang merekah, tetapi sebelumnya anda boleh menggosok tumit yang merekah dengan menggunakan air lemon suam dahulu.
Lebih elok lagi, selepas menyapu minyak zaitun pada bahagian tumit, pakai stokin untuk kelegaan kaki dan supaya ia dapat sembuh dengan cepat.
13. Merawat Tekanan Dan Kemurungan
Penduduk Mediterranean bukan sahaja mengamalkan minyak zaitun untuk berdiet dan menyihatkan jantung, tetapi juga kerana khasiat minyak zaitun yang dapat mengatasi kemurungan dan merawat tekanan.
Minyak zaitun mengandungi kandungan serotonin yang dapat mengawal pergerakan otak. Ia memberi kesan terhadap antidepresi dan masalah emosi yang dialami oleh pesakit.
Di Malaysia, masih tidak ramai yang sedia maklum akan khasiat minyak zaitun terhadap kesihatan otak dan mental.
Ada sesetengah doktor yang menyedari hal ini sentiasa menyarankan pesakit atau orang awam untuk mengamalkan minyak zaitun.
14. Menguatkan Tulang Dan Gigi
Minyak zaitun sangat popular bagi diet Mediterranean dimana ia dikatakan dapat menjadikan tulang lebih kuat dan sihat.
Kajian telah dibuat bagi lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean dengan menggunakan darah mereka.
Didapati bahawa terdapat kandungan Osteocalcin yang sangat tinggi dalam darah mereka yang berfungsi bagi membentuk tulang yang sangat sihat.
15. Mengawal Kolestrol Dalam Tubuh Badan
Kolestrol yang tinggi akan mengakibatkan sakit jantung dan strok. Oleh itu, khasiat minyak zaitun yang mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tidak tepu yang minima ini dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam darah bagi tubuh badan seseorang.
Dengan kandungan lemak “monounsaturated” kira-kira sekitar 75-80 peratus, minyak zaitun dapat membentuk kolesterol baik dan HDL dalam tubuh badan secara berkesan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kolestrol, adalah disarankan untuk anda mengamalkan minyak zaitun.
16. Mengatasi Masalah Sembelit
Siapa sangka minyak zaitun dapat membantu mengatasi masalah sembelit, rupanya ia juga dapat melancarkan sistem pembuangan dan pergerakan usus.
Kandungan lemak “monounsaturated” dari minyak zaitun dapat meningkatkan tenaga dan kelancaran makanan untuk melalui usus besar tanpa adanya apa-apa halangan.
17. Mencairkan Tahi Telinga
Sekiranya seseorang mengalami masalah tahi telinga kering dan sukar membersihkan telinga, minyak zaitun terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Sama ada kegunaan luaran atau dalaman, keduanya boleh digunakan, namun pada cara yang tepat.
Minyak zaitun melembabkan kulit dan telinga, tahi telinga akan keluar berpecah-pecah sekiranya membersihkan dengan sedikit sapuan minyak zaitun di dalam telinga. Mudah bukan?
18. Mengelak Berlakunya Penyakit Alzheimer
Banyak kajian yang telah dibuat untuk melihat khasiat minyak zaitun terhadap penyakit Alzheimer. Mengikut Scientific American, oleocanthal yang terkandung dalam minyak zaitun dapat membantu mengawal dan mencegah penyakit Alzheimer.
Begitu juga dengan kajian yang dibuat daripada Persatuan Kimia Amerika, hasilnya juga sama.
Paling menarik, minyak zaitun ditemui oleh kajian Amerika dapat meningkatkan memori pada tikus dan ia juga menunjukkan bahawa berkemungkinan replikasinya pada manusia juga berfungsi dapat mencegah penyakit Alzheimer.
19. Membantu Mencegah Penyakit Batu Karang
Penyakit batu karang pada buah pinggang juga dapat dicegah dengan khasiat minyak zaitun. Ini kerana minyak zaitun membantu melarutkan segala sisa dan batu karang yang terkandung di bahagian buah pinggang.
Selain cuba mengamalkan minyak zaitun, tidak salah untuk anda mendapatkan nasihat dan pendapat daripada doktor berkaitan pemakanan bagi pengidap sakit buah pinggang dan batu karang.
20. Mengurangkan Rasa Lapar
Minyak zaitun yang dimasukkan ke dalam masakan ataupun dimakan begitu sahaja mengikut cara yang betul dapat mengurangkan rasa lapar bagi si pemakan.
Sebuah kajian telah dilakukan melibatkan sebanyak 447 individu di Hospital Basel, Switzerland telah membuktikan bahawa salah satu khasiat minyak zaitun dalam mengurangkan rasa lapar adalah disebabkan lemak sihat yang terkandung di dalamnya.
21. Meningkatkan Antibodi Tubuh Badan
Jika sering sakit-sakit, ia bermakna antibodi seseorang itu sangat lemah. Namun, pengambilan makanan seperti minyak zaitun amat disarankan.
Khasiat minyak zaitun dalam menguatkan antibodi dan metabolisme tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Kesimpulan
Itulah dia khasiat minyak zaitun untuk kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh lelaki dan wanita. Banyak kan?
Ternyata minyak zaitun sangat berguna kepada lelaki dan wanita dari segi kecantikan, kesihatan, pemakanan dan juga penggunaan bahan rumah. Tidak hairanlah terdapat banyak produk di pasaran yang berasaskan minyak zaitun.
Minyak zaitun juga adalah pilihan sumber semulajadi yang terbaik kerana zat dan nutrien yang terdapat dalam kandungannya adalah sangat menakjubkan dan tidak dapat dinafikan lagi.
Baca juga: Khasiat Halba untuk Kesihatan yang Ramai Tidak Tahu