Selain sedap dibuat jus, banyak lagi kelebihan dan khasiat buah naga yang pasti ramai tidak tahu. Jom baca tips ini.
Selain sedap dibuat jus, banyak lagi kelebihan dan khasiat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan yang pasti ramai tidak tahu.
Buah naga yang juga dikenali sebagai pitahaya atau pir strawberi, adalah sejenis buah-buahan tropika yang terkenal dengan kulit merah yang cerah dan pulpa berbintik-bintik yang manis.
Buah naga adalah pusat kuasa bagi nutrisi, dilengkapi dengan banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Lebih-lebih lagi ianya bersifat rendah kalori, sifar kolesterol dan penuh dengan antioksidan.
Berikut adalah 10 khasiat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan.
Buah naga adalah termasuk di dalam kategori buah-buahan yang rendah kalori. Walaupun rendah kalori, buah naga kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan yang bermanfaat seperti polifenol, karotenoid dan betacyanin.
2. Buah Naga Penuh dengan Serat
Buah naga menawarkan 7 gram serat dalam setiap hidangan, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk memenuhi keperluan serat harian anda.
Serat makanan adalah karbohidrat yang tidak dicerna yang mempunyai banyak manfaat kesihatan yang berpotensi tinggi.
Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan 25 gram serat sehari untuk wanita dan 38 gram untuk lelaki. Seperti antioksidan, suplemen serat tidak mempunyai manfaat kesihatan yang sama dengan serat daripada makanan.
3. Sumber Kalium yang Tinggi
Menurut kajian yang dilakukan oleh Shiga University of Medical Science di Jepun, jika anda seorang yang menghadapi diabetes, diet yang kaya dengan kalium dapat membantu melindungi jantung dan buah pinggang anda.
Buah naga sangat sarat dengan mineral penting, terutamanya kalium dan kalsium yang membantu mengekalkan struktur tulang.
Pengambilan kalium secara kerap amat penting untuk fungsi sel, elektrik dan saraf badan kita. Dengan kata yang lebih mudah, kalium memainkan peranan penting dalam menjaga kandungan air, pH atau keseimbangan asid dalam badan kita.
Buah naga sangat rendah dari segi kolesterol, serta lemak tepu dan lemak trans.
Pengambilan buah secara berkala bukan sahaja menyegarkan tetapi juga dapat membantu anda dalam menjaga jantung dengan sihat dalam jangka masa yang lebih panjang.
Bagi anda yang melibatkan diri dalam rejim penurunan berat badan, buah naga merupakan idea yang bernas untuk ditambahkan dalam diet pemakanan anda.
Lebih-lebih lagi, biji yang terdapat di dalam buah teresebut adalah sarat dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk kesejahteraan anda.
5. Khasiat Buah Naga yang Kaya Antioksidan
Warnanya yang cerah bermaksud buah naga dipenuhi oleh fitonutrien yang memberikan anda antioksidan yang diperlukan.
Antioksidan membantu dalam memerangi radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan juga menyebabkan barah. Diet yang kaya dengan antioksidan dikatakan dapat menjaga jantung anda dengan sihat dan memberi awet muda kepada kulit.
6. Khasiat Buah Naga untuk Penjagaan Kulit
Buah eksotik ini biasanya digunakan dalam perubatan semula jadi untuk kecantikan kerana kandungannya yang tinggi dengan antioksidan dan juga vitamin.
Amalan kecantikan kuno di negara-negara Asia tenggara percaya bahawa dengan membuat pes isi buah naga dan menggunakannya secara kerap di muka dapat membantu melambatkan proses penuaan, membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Selain itu, pes buah naga ini juga boleh digunakan untuk merawat jerawat dan melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari.
7. Buah Naga Sumber Vitamin C
Oleh kerana buah naga adalah sumber vitamin C yang baik, ia dapat membantu menguatkan imuniti, membantu penyerapan zat besi oleh tubuh dan menghasilkan kolagen.
Dengan penghasilan kolagen, ianya dapat membantu menjaga kulit supaya menjadi lebih sihat dan bercahaya.
Selain itu, Vitamin C juga mampu membantu meningkatkan imuniti di dalam diri anda justeru mencegah anda daripada mudah untuk jatuh sakit.
8. Khasiat Buah Naga Meningkatkan Tahap Zat Besi
Buah naga adalah salah satu daripada beberapa buah yang mengandungi zat besi. Zat besi memainkan peranan penting dalam mengalirkan oksigen ke seluruh badan anda.
Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam memecah makanan untuk menjadi tenaga
9. Sumber Magnesium yang Baik
Buah naga adalah sumber magnesium yang baik; antara nutrien yang diperlukan untuk lebih daripada 600 reaksi biokimia di dalam badan anda.
Buah naga menawarkan lebih banyak magnesium daripada buah-buahan yang lain, dengan 18% daripada RDI anda hanya dalam satu cawan. Rata-rata, badan anda mengandungi 24g magnesium, atau kira-kira satu auns.
10. Membantu Pencernaan Anda
Kira-kira 100g buah naga mengandungi 2.9g serat, atau 11 peratus daripada nilai harian yang disarankan.
Serat makanan dalam buah naga juga dapat membantu meningkatkan pencernaan dan kesihatan usus. Orang dewasa memerlukan antara 21 dan 38g serat setiap hari.
Serat makanan yang mencukupi menyumbang kepada keteraturan usus dan dapat mencegah dan merawat sembelit.