Terdapat pelbagai khasiat bunga cengkih untuk kesihatan lelaki mahupun wanita yang tidak diketahui umum. Jom ikuti perkongsian ini.
Bunga cengkih adalah salah satu rempah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja sering diketahui umum sebagai bahan utama di dalam masakan, khasiat bunga cengkih juga acapkali digunakan di dalam rawatan moden mahupun secara tradisional.
Berikut adalah beberapa kebaikan bunga cengkih untuk kesihatan lelaki dan wanita yang perlu anda tahu.
Masalah ini juga boleh menyebabkan perhubungan rumahtangga terjejas. Sekiranya anda sering mengalami masalah tersebut, perlu segera dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor pakar.
Berdasarkan kajian sains, bunga cengkih dipercayai mampu mencegah ejakulasi pramatang pada lelaki dengan meningkatkan rangsangan saraf dan aliran darah alat kelamin lelaki (Sumber).
Berdasarkan kajian sainstifik, ekstrak minyak daripada bunga cengkih menunjukkan sifat anti-bakteria terhadap aktiviti ujian yang dijalankan terhadap bakteria dan yis yang diuji (Sumber).
Bukan itu sahaja, khasiat bunga cengkih juga meliputi kebaikan lain seperti antikulat, insektisida dan antioksidan, bahkan juga sering digunakan secara tradisional sebagai bahan antimikrob dalam makanan.
Tidak hairanlah kebaikan bunga cengkih sering dimanfaatkan di dalam arena perubatan tradisional Cina untuk pelbagai kondisi kesihatan khususnya yang berkaitan bakteria (Sumber).
Baca juga: 5 Khasiat Kurma Menurut Kajian Sains Perubatan
Ekstrak minyak daripada bunga cengkih mengandungi bahan kimia yang dipanggil Eugenol telah digunakan secara tradisional sejak dari abad ke-19 untuk rawatan sakit gigi seperti terapi saluran akar, terapi periodontium (yakni berkaitan penyakit gusi) dan abses ataupun bengkak (Sumber).
Cara penggunaan bunga cengkih untuk meredakan sakit gigi juga sangat mudah:
Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Gigi Secara Tradisional (Panduan Lengkap)
Kram perut atau kekejangan mahupun kesakitan ketika haid adalah salah satu mimpi ngeri buat kaum hawa. Kebanyakkan wanita akan merasa tidak selesa ketika kitaran haid berlaku seterusnya menjadikan mereka sering moody dan cepat marah.
Minyak cengkih adalah diantara minyak pati yang dikatakan mampu untuk melegakan kekejangan dan kesakitan ketika haid. Ini adalah merupakan khasiat bunga cengkih yang rasanya masih ramai yang tidak tahu.
Ambil beberapa titik minyak pati cengkih dan urut di sekitar perut bawah. Kandungan eugenol di dalam cengkih mampu untuk melegakan simptom dan pendarahan ketika haid (Sumber).
Hormon Testosteron adalah hormon seks utama dan steroid pada lelaki. Lelaki yang mempunyai tahap kandungan hormon testosterone yang tinggi akan cenderung kepada lebih banyak aktiviti seksual.
Bunga cengkih dipercayai mampu meningkatkan paras hormon testosteron di kalangan lelaki. Namun begitu, kajian yang sedia ada lebih menjurus kepada sampel hasil ujikaji yang dijalankan terhadap haiwan (Sumber).
Masalah kembung perut boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah amalan pemakanan yang kurang sihat seperti makan terlalu banyak, makan lewat makan atau makan secara tidak teratur.
Amalan-amalan seperti ini boleh menyebabkan perut menghasilkan asid secara berlebihan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kembung perut.
Untuk melegakan kembung perut dan rasa loya, cuba kunyah 2 biji bunga cengkih dan minum segelas air sebelum tidur pada setiap hari.
Bunga cengkih digunakan sejak dari dahulu lagi untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah sakit kepala. Menurut kajian sains, bunga cengkih mempunyai sifat anti-nociceptive yang dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit (Sumber).
Buat mereka yang sering sakit-sakit kepala, amalkan teh bunga cengkih sebagai salah satu rawatan alternatif yang boleh anda cuba. Caranya seperti berikut:
Pucuk bunga cengkih yang kering boleh membantu dalam meningkatkan sistem imun dengan meningkatkan kiraan sel darah putih.
Peningkatan sel darah putih boleh mengurangkan hipersensitif badan kepada agen asing yang menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi semula jadi badan (Sumber).
Baca juga: 10 Makanan Berkhasiat untuk Sistem Imun Badan
Keradangan boleh menyebabkan kawasan yang berlaku reaksi menjadi sakit, sedikit panas, kemerahan dan bengkak. Ekstrak bunga cengkih yang disebut eugenol adalah bahan yang bersifat pelega kesakitan akan merangsang reseptor yang mengesan kesakitan untuk memberi kelegaan.
Minyak bunga cengkih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-fungal dimana sifat-sifat ini sangat membantu dalam perawatan dan pencegahan jerawat ataupun bintik-bintik.
Walaubagaimanapun, harus diingatkan agar berhati-hati ketika menggunakan mintak pati bunga cengkih dan pastikan minyak cengkih tersebut dicairkan terlebih dahulu.
Cara-caranya juga agak mudah:
Sumber Rujukan