Pernah sekali rasa resepi ayam masak lemon madu hasil tangan seorang rakan sekerja berbangsa Cina di pertandingan memasak ketika program Team Building di Rompin, Pahang. Sedapnya tak terkira sampai teringat-ingat hingga kini.
Malangnya saya tak sempat nak minta resepi. Hanya ada bayangan sahaja bagaimana resepi yang dibuatnya dulu. Itu pun samar-samar sahaja ingatannya. Sekarang sudah lost contact. Apalah khabar dia sekarang.
Selain itu, saya lihat terdapat pelbagai jenis resepi lain yang berkaitan. Ada resepi ayam masak lemon pedas, resepi ayam lemon tepung Bestari lah dan macam-macam lagi.
Jadi pada kali ini, saya mahu berkongsi dengan ada resepi ayam masak lemon madu yang boleh tahan rasanya. Sangat sesuai untuk pengemar makanan yang masam-masam manis dan juga kanak-kanak.
Resepi ayam masak lemon madu ni memang best. Rasanya masam-masam manis dan aromanya juga sangat harum.
Course Main Course
Cuisine Chinese
Keyword Ayam Masak Lemon, Ayam Lemon Madu
Prep Time 20 minutesminutes
Cook Time 10 minutesminutes
Total Time 30 minutesminutes
Servings 4people
Calories 350kcal
Ingredients
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng
1kepingdada ayam(Dipotong kecil)
2sudu besartepung jagung
2sudu besartepung Bestari
1sudu tehlada sulah
1sudu tehkicap cair
1bijitelur(Saiz besar)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk Sos Resepi Ayam Masak Lemon
1bijilemon(Diperah jusnya dan diparut kulitnya yang kuning sahaja)
3sudu besarmadu
2ulasbawang putih(Ditumbuk halus)
½haliahalia(Ditumbuk halus)
1kiubpati ayam Maggi
1sudu tehcuka makanan
1sudu tehbijan(Disangai)
¼cawanbancuhan tepung jagung
Sedikit daun bawang(Optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Instructions
Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Lemon Madu
Ayam Goreng
Mula-mula kita selesaikan ayam dahulu ya.
Gaulkan dada ayam yang telah dipotong bersama bancuhan tepung gandum, tepung bestari, lada sulah, kicap cair dan garam secukup rasa.
Sudah siap gaul semua bahan-bahan tersebut, bolehlah direhat dan diperapkan sekejap. 10 minit pun sudah cukup.
Kemudian masukkan telur dan sambung gaul untuk seketika.
Seterusnya panaskan minyak dan boleh terus goreng ayam.
Selepas siap digoreng, toskan minyak dan biarkan sejuk.
Okay, dah boleh sambung buat sos pula ya.
Sos Lemon Madu
Panaskan minyak dan kemudian tumis bawang putih serta halia yang sudah ditumbuk tadi sehingga wangi.
Masukkan jus perahan lemon dan madu. Kacau seketika dan kemudian masukkan sedikit air.
Selepas itu, masukkan pula parutan kulit lemon, kiub pati ayam Maggi, cuka makanan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap
Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung ikut kesesuaian dan kepekatan kuah yang anda mahukan.
Akhir sekali anda boleh curahkan sos lemon madu ini terus ke atas ayam yang sudah digoreng tadi atau boleh masukkan ayam dan gaul hingga sos disalut rata pada ayam. Boleh guna salah satu cara.
Siap! Boleh tabur bijan dan hirisan daun bawang untuk hiasan.
Terdapat beberapa tips untuk menjadikan resepi ayam masak lemon madu anda lebih sedap dan memikat. Petuanya tidaknya rumit mana, boleh rujuk di bawah.
Hidangan ini sedap dimakan panas-panas ketika ayam goreng tengah rangup. Jadi disarankan anda goreng lagi sekali ayam tersebut sebelum mencurahkan atau mengaulkan sos lemon madu di atas ayam.
Buat yang penggemar masakan pedas, boleh potong cili api dan taburkan sekali di atas hidangan. Tips ini memang mantap sekali. Automatik resepi ini bertukar menjadi resepi ayam masak lemon pedas. Hehe.
Ketika memarut kulit lemon, pastikan anda hanya parut bahagian yang bewarna kuning sahaja. Jangan parut pada bahagian putih kerana boleh menjadikan hidangan anda menjadi pahit. Dah kalau pahit, terus lari tune resepi ni.
Seeloknya guna minyak yang baru untuk menyediakan sos dan jangan guna kembali minyak ketika menggoreng ayam tadi. Ini kerana terdapat banyak sisa-sisa tepung yang menjadikan minyak keruh dan tidak sesuai digunakan lagi.
Kadar kemasaman dan kemanisan sesuatu hidangan adalah subjektif. Untuk mendapatkan rasa yang sedap dan mengikut citarasa anda yang tersendiri, anda bolehlah mengubah resepi ini dengan menambah atau mengurangkan jus perahan lemon dan madu mengikut kesesuaian. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
Kesimpulan
Resepi Ayam Masak Lemon Madu ini rasanya masam-masam manis memang menaikkan selera.Tambahan pula jika dimakan pula dengan nasi yang masih panas. Memang tak cukup sepinggan!
Setakat itu sahaja resepi yang boleh saya kongsikan untuk kali ini. Jika ada apa-apa persoalan bolehlah kita sambung di ruangan komen ya.
Sehingga berjumpa lagi pada resepi-resepi mendatang. Selamat mencuba!
View Comments
Nice receipi
wahhhh.. sedap :)
Ok yang ni pun nampak menarik
Boleh cuba bila free tuan