Dah banyak kali cuba resepi ayam korea dan rasanya resepi yang inilah yang paling dekat di hati. Pedas memang terbukti dan sedapnya hingga menjilat jari!
Makanan Korea sangat dikenali di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Apa yang menarik adalah dakyah ideologi makanan Korea ini rata-ratanya disebarkan melalui pengaruh drama, filem dan gameshow dari Korea yang cukup popular dan digemari masyarakat kita.
Maka tidak hairanlah ramai yang suka menularkan pelbagai jenis resepi makanan Korea termasuklah resepi ayam Korea. Mengikut resepi ayam Korea yang asal, kebanyakkannya mengunakan gochujang yang merupakan salah satu bahan asas yang sering digunakan untuk masakan Korea.
Gochujang adalah sejenis pes cili merah rasanya manis manis pedas dan ianya diperbuat daripada serbuk cili, beras pulut, serbuk meju, yeotgireum dan garam. Jika mahu, anda boleh mendapatkan pes gochujang di pasaraya.
Akan tetapi pada resepi ayam Korea kali ini, kita akan menggantikan gochujang dengan cili padi sahaja kerana ianya lebih mudah didapati dan lebih jimat kosnya.
Ini resepi ayam Korea untuk 20 ketul ayam dengan anggaran portion untuk 5 orang makan. Ok la kan seorang dapat makan maksimum 4 ketul kepak ayam. Kalau mahu lebih, anda boleh gandakan sahaja bahan-bahannya.
Secara amnya, resepi ayam Korea agak lebih rumit sedikit berbanding resepi ayam goreng yang lain tetapi percayalah, kalau dah rasa sekali pasti nak makan lagi!
Jika anda berasa kurang rajin nak buat sos pedas, boleh je beli secara online di Shoppee. Lebih mudah dan cepat. Anda hanya perlu sediakan ayam goreng dan seterusnya boleh main gaul-gaul sahaja dengan sos yang dah ready-made.
View Comments
wah.. sedap ni ;)
Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.
Terima kasih tuan