Ini adalah 7 menu diet seminggu yang sangat sedap, mudah untuk diikuti dan apa paling penting adalah ianya juga boleh dinikmati bersama seiisi keluarga.
Pemilihan makanan untuk menu diet seminggu kadangkala merungsingkan. Tambahan pula jika anda juga perlu menyediakan makanan untuk seiisi keluarga. Boleh pening kepala dibuatnya. Kebiasaannya, seseorang yang mahu diet akan diuji dengan pelbagai rintangan terutamanya jika sudah berkeluarga.
Contohnya, jika seorang ibu mahu menguruskan badan; susah untuk anak-anak serta suami untuk terima baik menu diet yang disediakan ibu.
Penyudahnya, si ibu perlu menyediakan dua jenis menu.
Baca juga: 5 Cara Diet Yang Betul Menurut WHO
Pada post kali ini, saya akan paparkan 7 jenis menu diet seminggu yang sedap dan menarik untuk dicuba. Apa yang paling penting adalah menu-menu ini juga boleh dinikmati bersama seisi keluarga.
Kalau boring dengan menu chicken chop yang biasa tu, boleh cuba pula resepi Hainanese Chicken Chop yang disediakan oleh seorang Dietitian dari Institut Jantung Negara ini.
Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan kelihatan sangat menarik sekali. Apa yang paling penting adalah penggunaan airfryer bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan minyak malah ianya juga mampu memudah dan mencepatkan proses penyediaan masakan anda.
Bahan-bahan untuk Chicken Chop
Bahan-bahan untuk Perapan
Cara-cara Penyediaan
Menu garlic-butter steak ini sememangnya sedap tak terkata. Makan pula bersama sayuran yang dipanggang bersama minyak zaitun pastinya menambahkan lagi kenikmatan steak ini.
Secara jujurnya, resepi steak ini sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah resepi garlic-butter steak untuk anggaran 5 orang makan.
Seperti biasa, anda boleh gandakan bahan-bahannya jika mahu sediakan untuk lebih dari 5 orang.
Bahan-bahan untuk Steak
Bahan-bahan untuk Sayuran Panggang
(Boleh guna apa sahaja jenis sayuran)
Cara-cara Penyediaan
Selain mudah untuk disediakan, ayam bakar juga sangat universal kerana boleh dinikmati bersama apa saja jenis hidangan yang lain seperti roti dan pasta.
Anda juga boleh menyediakan resepi ayam bakar diet ini untuk dimasak, disimpan dan dipanaskan di kemudian hari jika mahu.
Bahan-bahan
Cara-cara Penyediaan
Boleh rujuk posting Resepi Ayam Bakar Diet untuk resepi penuh.
Wanpaku Sandwich bermula di Jepun dan menjadi sangat popular sekitar tahun 2016. Tapi ianya hanya mula menjadi viral di Malaysia bermula sekitar penghujung 2019 dan memuncak sehingga awal suku pertama tahun 2020.
Berbeza dengan sandwich yang biasa kita lihat, Wanpaku Sandwich diisi padat dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni menjadikannya sangat menarik untuk dicuba. Selain itu, menu ini juga sangat sihat dan sesuai untuk menjadi menu diet seminggu yang hebat!
Cara penyediaannya juga sedikit berlainan di mana terdapat beberapa teknik untuk membungkus dan memotong sandwich ini.
Jadi tak salah untuk makan burger jika mahu kuruskan badan. Tapi caranya dan kaedahnya kenalah betul. Pantangnya hanya dua, jangan gunakan bahan sejuk beku dan harus kurangkan penggunaan sos.
Untuk menjadikan hidangan burger sebagai menu yang sihat dan sesuai untuk diet, anda harus menyediakan sendiri patty burger tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan bukanlah hanya mengharapkan produk sejuk beku yang sememangnya mudah didapati di pasaran.
Resepi di bawah dianggarkan untuk 5 orang makan. Boleh gandakan bahan-bahan jika mahu lebih.
Bahan-bahan
Cara-cara Penyediaan
Terdapat pelbagai jenis resepi yang berkaitan dengan pasta yang boleh anda cuba. Selain sedap, hidangan pasta juga sangat mengenyangkan.
Tetapi harus diingatkan bahawa pasta mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan tidak bagus jika dimakan berlebihan. Ia juga mengandungi gluten, sejenis protein yang menyebabkan masalah bagi mereka yang sensitif terhadap gluten.
Untuk hidangan pasta yang sihat, anda boleh cuba resepi pasta seperti di dalam video yang kami sertakan ini.
Baca juga: 5 Resepi Spaghetti yang Mudah & Sedap
Rasanya ramai yang tahu menu hidangan ini bukan? Ya benar, menu ikan kembung bakar ataupun apa saja menu ikan bakar sememangnya sedap dan sihat.
Ikan kembung bakar rasanya lemak-lemak manis. Jika dicicah dengan sos kicap yang dicampur bersama bawang segar lagi bertambah-tambah sedapnya.
Bahan-bahan
Cara-cara Penyediaan
Contohnya seperti menu wanpaku sandwich; terdapat pelbagai jenis isi dan topping yang boleh anda gunakan untuk sepanjang minggu.
Tidak hanya terhad kepada ayam, anda boleh gunakan apa sahaja daging putih seperti isi ikan, ketam dan sebagainya.
Begitu juga dengan menu ayam dan ikan bakar untuk diet. Menu-menu seperti ini sangatlah universal dan anda boleh hidangkan dengan apa sahaja selain nasi.
Anda hanya cuma perlu lebih kreatif untuk mengolah apa sahaja menu yang bersesuaian dengan selera anda tetapi haruslah menggunakan bahan-bahan mentah yang segar serta patuh kepada keperluan kalori seharian anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Images credit to https://www.pexels.com/