Hidangan ayam bakar sudah tidak asing lagi kepada mereka yang sedang diet. Pada posting kali ini, jom kita belajar dan cuba resepi ayam bakar diet yang simple, sedap dan sihat.
Makanan untuk diet sering dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang mahal. Ini adalah salah satu andaian yang tidak betul. Makanan untuk diet tidak seharusnya complicated dan menyusahkan. Cukup sekadar menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan senang untuk dimasak.
Hidangan ayam bakar contohnya sangat mudah untuk disediakan. Kita hanya perlu lebih kreatif dan versatile untuk menjadikan hidangan tersebut kelihatan menarik dan sedap untuk dinikmati.
Mahu cuba untuk diet? Boleh cuba resepi ayam bakar ini.
Course Main Course
Cuisine Malay
Keyword ayam bakar, ayam bakar diet
Prep Time 40 minutesminutes
Cook Time 30 minutesminutes
Total Time 1 hourhour10 minutesminutes
Servings 2people
Calories 280kcal
Equipment
Oven
Ingredients
Bahan-bahan
½ kilogramdada ayam(Dibuang kulitnya)
6ulasbawang putih
1/2bijilemon
1sudu besarlada hitam
1sudu besarminyak zaitun
1sudu tehserbuk oregano(Optional)
1incihalia muda
Garam secukup rasa
Instructions
Cara-cara Penyediaan
Bersihkan dan kelar sedikit dada ayam. Pastikan kulitnya juga dibuang.
Tumbuk halus lada hitam, bawang putih dan halia.
Masuk dan gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama dada ayam.
Campurkan juga serbuk oregano, minyak zaitun, perahan jus lemon dan sedikit parutan kulit lemon bersama dada ayam.
Perasakan dengan sedikit garam dan seterusnya perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Selesai diperap, boleh mula panaskan oven pada suhu 180 ke 200 darjah celcius dan gunakan api atas dan bawah.
Bakar sehingga dada ayam masak. Pastikan anda alihkan dada ayam dan siram dengan lebihan bahan perapan untuk mengelakkan dada ayam kering. Disarankan untuk ulang langkah ini beberapa kali sehingga ayam masak.
Tips untuk Resepi Ayam Bakar Diet yang Sedap
Sepertimana yang kita sedia maklum, resepi untuk diet kebiasaanya kurang menggunakan sos atau bahan-bahan yang boleh meningkatkan kadar kalori.
Jadi perasanya akan berkurang sedikit berbanding resepi ayam bakar yang biasa. Di sini ada beberapa tips menjadikan resepi ayam bakar diet yang lebih sedap.
Perap dada ayam anda sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi bagus. Ketika memerap ayam, pastinya anda menggunakan bekas yang tertutup. Lagi bagus kalau gunakan plastik ziplock. Dekat Mr DIY pun ada dijual dengan harga yang murah.
Dada ayam adalah bahagian ayam yang paling kering. Jadi, jangan overcook dada ayam. Masa memasak yang terlalu lama akan menyebabkan dada ayam anda kering dan kurang perasa.
Ketika memanggang ayam, anda harus rajin menyiram atau menyapu bahan perapan di atas ayam untuk menggelakkan ayam menjadi kering. Selain itu, proses ini juga akan menguatkan lagi perasa ayam bakar anda.
Kalau nak lagi sedap, boleh panggang ayam menggunakan kayu arang. Rasa hangit-hangit kayu arang akan menjadikan ayam bakar anda berganda-ganda kesedapannya.
Jika mahu ayam bakar anda kelihatan lebih cantik dan menawan, panggang dada ayam di atas besi grill atau pan yang mempunyai seperti garisan grill. Kesan grill ini akan pastinya akan menjadikan ayam bakar anda kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.
Penyediaan resepi ayam bakar diet ini sangat ringkas dan universal. Anda boleh mengabungkan hidangan ini untuk dimakan bersama-sama nasi, pasta, salad atau apa saja yang anda mahukan.
Dada ayam adalah sumber protein yang bagus kerana mempunyai kandungan lemak, kolestrol, dan kalori yang rendah tetapi mengenyangkan. Anda juga boleh menghidangkan ayam dengan apa saja sumber karbohidrat yang lain seperti bijiran dan sayuran.
Jika ada yang berlebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Kalau lapar, boleh panaskan sahaja dan ayam bakar anda siap untuk dihidangkan. Mudah bukan.
View Comments
hi info menarik ini :) bw here
Terima kasih tuan
betul pakai ziplock betul bagi mudah kerja nk perap ayam.
View Comments
hi info menarik ini :) bw here
Terima kasih tuan
betul pakai ziplock betul bagi mudah kerja nk perap ayam.