Kalau ke Johnny’s pasti sos ini yang dicari-cari. Kepada sesiapa yang tengah mengidam tu, boleh cuba resepi sos steamboat ala Johnny’s yang kami sediakan ini.
Kepada sesiapa yang tak tahu, sebenarnya sos steamboat ala Thai yang terkenal di Restaurant Johnny’s tu namanya ialah suki sauce.
Suki sauce ni pedas-pedas manis ditambah dengan aroma bawang putih dan sentapan rasa daun ketumbar memang sedap terkira. Cukup kena dan mesra untuk dicicah dengan aneka hidangan steamboat.
Pinterest @vanillabeige
Kami percaya kalau anda ke Johnny’s pasti sos inilah yang selalu menjadi rebutan. Mentang-mentanglah boleh minta tambah free, kesian waiter tu asyik ke sana ke sini untuk topup sos di meja pelanggan.
Kalau anda mahu cuba buat sendiri suki sauce ini di rumah pun boleh. No problem. Boleh cuba resepi sos steamboat ala Johnny’s di bawah ini. Buat sendiri baru puas hati.
Ini resepi sos steamboat ala Johnny’s yang bila rasa sekalipasti akan repeat berkali-kali. Tak percaya cubalah.
Course Side Dish
Cuisine Thailand
Keyword Sos Steamboat, Sos Steamboat Johnny's, Suki Sauce
Cook Time 20minutes
Total Time 20minutes
Servings 5
Calories 70kcal
Ingredients
Bahan-bahan untuk Dikisar
3ulasbawang putih
1genggamcili padi merah(Ikut kepedasan yang anda mahukan)
1incihalia
1incilengkuas
1tangkaiserai
Bahan-bahan untuk Sos
3bijilimau nipis(Diperah dan ditapis jusnya)
3sudu besarminyak masak(Boleh guna minyak zaitun kalau mahu)
3sudu besarsos ikan
3sudu besarcuka masakan
1ikatdaun ketumbar (Diracik halus)
1sudu besarminyak bijan
1sudu besarpati Sunquick
1sudu besartepung jagung(Dibancuh dengan air)
1sudu tehserbuk paprika
1sudu tehbiji bijan(Disangai)
1 - 2cawanair
sedikit gula dan garam
Instructions
Cara-cara Penyediaan Sos Steambot Ala Johnny's
Kisar semua bahan-bahan untuk dikisar sehingga halus. Boleh masukkan sedikit minyak ke dalam pengisar untuk menghaluskan lagi hasil bahan kisar.
Tuangkan minyak ke dalam periuk, panaskan sekejap dan kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sos ikan, cuka masakan, pati sunquick dan masak sehingga pekat. Anda boleh masukkan bancuhan tepung jagung jika mahu pekatkan lagi sos.
Seterusnya, perasakan dengan sedikit gula dan garam. Setelah masak, biarkan sejuk sebentar.
Akhir sekali, masukkan jus perahan limau, minyak bijan,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau sehingga sebati.
Ketika menghidang, taburkan sedikit biji bijan dan daun ketumbar sebagai hiasan.
Tips untuk Sedapkan Resepi Sos Steamboat Ala Johnny’s
Di sini ada beberapa tips untuk sedapkan sos steamboat ala Johhny’s yang boleh anda cuba.
Anda haruskan pastikan daun ketumbar adalah mencukupi. Jangan kedekut daun ketumbar ye. Kalau kurang daun ketumbar rasanya akan menjadi kurang enak dan tak berapa nak jadi.
Selain itu, anda juga harus pandai gunakan kuantiti air dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
Pastikan anda bancuh dan pastikan tiada tepung-tepung yang berketul di dalam bancuhan tepung jagung anda.
Jangan masukkan semua bancuhan tepung jagung. Masuk sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap pekatan sos yang diinginkan.
Jika mahu sos yang lebih pedas, boleh gantikan cili api dengan cili merah Thai. Dijamin pedas berapi.
Kesimpulan
Facebook @JohnnysRestaurants
Senang sahaja bukan resepi sos steamboat ala Johnny’s ini. Tidaklah susah mana pun. Sesiapa sahaja boleh cuba resepi ini.
Selain dimakan bersama steamboat, sos ini juga sesuai untuk dijadikan sos pencicah untuk hidangan-hidangan yang lain seperti dumpling dan wantan. Sedap juga.
Sedapnya sos ni tau. Sampai teringat-ingat dibuatnya. Sampai di sini sahaja. Jumpa lagi di resepi yang akan datang. Terima kasih.
View Comments
Sunquick? Letak sunquick yang bancuh minum tu ke?
Ya betul tu.
sun quick lemon ke orange?
Kalau nak lagi masam pakai yang mandarin tu
Saya selalu pakai yang limau mandarin tu