Resepi Meatball Ikea Versi Halalan Toyyiban (Mesti Cuba)
Khusus kepada mereka yang tengah mengidam nak makan meatbal Ikea. Ini resepi meatball Ikea yang asli daripada Ikea sendiri. Mesti cuba!
Bila sebut sahaja meatball, pasti ramai yang terkenangkan meatball Ikea. Musim PKP ini manalah nak dapat pergi Ikea pekena meatball. Usah gusar, baru-baru ini Ikea baru sahaja release resepi meatball Ikea untuk semua secara percuma!
Untuk menyokong kempen #StayAtHome dan #PenjarakanSosial, beberapa syarikat terkenal termasuklah seperti McDonald, Disney dan Ikea telah membocorkan beberapa resepi rahsia mereka kepada umum.
Beberapa hari lepas, Ikea telah menawarkan resepi meatball Ikea bersama dengan sos krim Swedish mereka yang begitu popular dan sering mendapat sambutan ramai.
Apa yang paling best ialah Ikea turut menyediakan manual step-by-step ala DIY seperti yang selalu kita lihat ketika proses pemasangan perabot Ikea.
Resepi asal pada manual yang Ikea sediakan ada menggunakan daging yang tidak halal. Maka saya ubah sedikit manual tersebut untuk menjadikan resepi meatball Ikea ini lebih Halalan Toyyiban.
Resepi ini dapat menghasilkan sekitar 16 hingga 20 meatball untuk hidangan 4 orang dewasa. Kalau tak cukup anda boleh gandakan kandungan resepi. Sajian meatball Ikea ini sedap dimakan bersama mash potato ataupun kentang rebus.
Ini resepi meatball original dari Ikea. Cuma ditukar sedikit untuk versi Halal
Prep Time2 hourshrs
Cook Time40 minutesmins
Total Time2 hourshrs40 minutesmins
Course: Appetizer
Cuisine: Swedish
Keyword: Meatball Ikea, Meatball Ikea Halal
Servings: 4people
Calories: 190kcal
Equipment
Oven
Ingredients
Bahan-bahan untuk Meatball Ikea
750gramdaging lembu cincang
1bijibawang merah(Dicincang halus)
1ulas bawang putih(Dihancurkan atau dicincang halus)
100gramserbuk roti
1bijitelur
5sudu besarsusu(Whole milk)
garam dan lada secukup rasa
Bahan-bahan untuk Sos Swedish Cream Ikea
sedikit minyak
40grammentega
40gramtepung biasa
150mlstok sayur
150mlstok daging
150mlthick double cream
2sudu tehkicap
1sudu tehdijon mustard
Instructions
Cara untuk Menyediakan Meatball Ikea
Masukkan daging cincang ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan jari sambil pecahkan ketulan daging jika ada.
Masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk roti, telur dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan susu dan perasakan dengan garam serta lada.
Bentuk campuran supaya menjadi bebola-bebola kecil. Setelah selesai, letakkan bebola-bebola di atas pinggan bersih, tutup dan simpan didalam peti sejuk selama 2 jam (Langkah ini untuk mengekalkan bentuk dan kepejalan bebola).
Panaskan minyak di dalam kuali pada api sederhana. Apabila minyak agak-agak panas, masukkan bebola daging dan goreng sehingga keseluruhan bebola berwarna perang.
Apabila bebola sudah keperang-perangan, letakkan bebola ke dalam pinggan ovenproof dan tutup. Masukkan ke dalam ketuhar panas dan set suhu 180°C atau 160°C dengan kipas dan tetapkan masa 30 minit.
Setelah 30 minit, boleh angkat bebola dan sejukkan.
Cara untuk Menyediakan Sos Swedish Cream Ikea
Cairkan 40gram mentega dalam kuali.
Pukul 40gram tepung biasa dan kacau selama 2 minit.
Masukkan 150ml stok sayuran, 150ml stok daging dan terus kacau.
Masukkan 150ml double cream, 2 sudu teh kicap dan 1 sudu teh dijon mustard.
Biarkan hingga mendidih dan tunggu sehingga kuah pekat.
Setelah kuah pekat, tutup api dan bebola siap untuk dihidang.
Ada juga resepi Ikea meatball yang halal versi lain di YouTube. Boleh rujuk dekat video di bawah.
Video
Manual Resepi Meatball Ikea
Ini adalah manual asal yang direleasekan oleh Ikea. Anda boleh download gambar atau open as image untuk papar gambar yang lebih besar.
Bagaimana? Sama seperti manual pemasangan perabot yang pernah kita lihat di Ikea bukan? Memang kreatif betullah Ikea ini.
Kesimpulan
Pada ketika PKP ini, saya pasti ramai yang berasa bosan bila berada di rumah. Jangan katakan orang lain, saya sendiri pun sudah hilang idea dan kadang-kadang terasa seperti kemurungan.
Tetapi kita jangan sesekali mengalah. Kita harus rancang dan penuhkan aktiviti di rumah bersama keluarga. Anggaplah ini sebagai peluang untuk kita luangkan masa bersama orang yang tersayang.
Jika anda sudah kehabisan idea, apa kata anda cuba pula buat meatball Ikea ini di rumah. Pasti menarik dan apa yang paling penting sudah tak perlu ke IKEA Damansara lagi!
3 Comments
Based on the original recipe, looks like Ikea is using pork meat. Hope that in Malaysia they are not following the original recipe.
No. I believed Ikea Malaysia is selling the halal version of meatball.
susu whole milk tu apa ya?