Resepi Lontong Kuah Lodeh Sedap

Resepi lontong kuah lodeh ini bukan sahaja sedap tapi cukup mudah untuk disediakan. Main campak-campak je…

Ada pelbagai jenis resepi lontong yang kebiasaannya sering menjadi menu ketika perayaan. Antaranya adalah seperti resepi lontong kuah lodeh, lontong goreng, lontong Johor, lontong Singapura dan lain-lain.

Dalam banyak-banyak menu tersebut, resepi lontong kuah lodeh yang paling digemari ramai. Walaupun menunya kelihatan seperti agak kompleks tetapi sebenarnya cara penyediaan dan resepinya cukup mudah.

Potong bahan-bahan dan kemudian kita main campak sahaja dalam periuk. Mudah dan cepat penyediaannya. Tak percaya?

Resepi Lontong Kuah Lodeh

Pada posting resepi kali ini, jom kita cuba resepi lontong kuah lodeh yang simple dan sedap. Menu ini sesuai untuk hidangan ketika sarapan mahupun minum petang.

Print

Resepi Lontong Kuah Lodeh Sedap

Ini resepi lontong kuah lodeh yang mudah dan sedap.
Course Main Course
Cuisine Malay
Keyword Kuah Lodeh, Lontong
Prep Time 20 minutes
Cook Time 20 minutes
Total Time 40 minutes
Servings 4 orang
Calories 350kcal

Ingredients

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 cubit udang kering (Kalau tak ada tak apa)
  • 3 sudu besar cili boh

Bahan-bahan untuk Kuah Lodeh

  • 250 gram udang segar
  • 1 paket suhun & fucuk (Yang combo pack tu)
  • 2 keping tauhu (Dipotong dadu besar)
  • 3 keping tempe
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 200 ml santan segar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Sayur-sayuran untuk Kuah Lodeh

  • Kacang panjang
  • Karot
  • Kubis

Instructions

Cara Penyediaan Lontong

  • Rebus nasi himpit segera. Angkat dan toskan.

Cara Penyediaan Kuah Lodeh

  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan kacau seketika.
  • Kemudian masukkan santan cair dan didihkan.
  • Masukkan sayur-sayuran seperti karot, kubis dan kacang panjang dan masak sehingga lembut.
  • Masukkan pula udang segar, tempe, taucu, fucuk dan suhun.
  • Masukkan sedikit serbuk kunyit jika kuah tak cukup kuning.
  • Kemudian perasakan dengan garam.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan didihkan.
  • Siap, kuah lodeh siap untuk dihidangkan dengan lontong!

Tips Resepi Lontong Kuah Lodeh

Sejujurnya saya tidak mempunyai banyak tips untuk resepi lontong kuah lodeh. Hanya ada beberapa tips yang saya sendiri baru tahu melalui pemerhatian, pengalaman serta pertanyaan dari orang-orang yang lebih berpengalaman.

Bila memasak makanan yang menggunakan santan, sebetulnya kita hanya boleh belajar melalui pengalaman sendiri sahaja. Selepas beberapa kali mencuba, saya pasti anda sudah boleh agak dan fine tune sendiri Standard Operation Procedure (SOP) anda.

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bejah (Makanan Pantang)

1. Gunakan Kedua-dua Kunyit Hidup dan Kunyit Serbuk

Sebolehnya gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama tetapi faham-faham sahajalah bila guna kunyit hidup kuningnya tak berapa cantik. Untuk menjadikan kuah tampak lebih kuning, boleh tambah sedikit serbuk kunyit.

2. Guna Santan Segar

Jika bermain dengan masakan yang menggunakan santan, inilah tips yang agak cliche. Apa kurangnya santan dalam kotak tu? Tak sama ke rasanya?

Tak sama tuan-tuan. Tak percaya anda cubalah buat dua versi dan saya pasti anda boleh membezakan rasanya. Tapi kalau terdesak santan segera pun jadi…

3. Lebihkan Sayur-Sayuran

Apa yang menjadikan resepi lontong kuah lodeh ini sedap adalah sayur-sayuran yang lembut tu. Memanglah nikmat menghirup kuah lodeh bersama sayur-sayuran seperti kubis, karot, kacang panjang dan sebagainya

Nampaknya itu sahajalah tips resepi lontong kuah lodeh buat masa ini. Kalau ada tips-tips yang baru saya akan tambah lagi ya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Air Halia Lemon Madu