Serius cakaplah, resepi sambal udang petai ini memang padu. Kalau setakat nasi tambah dua pinggan tu senang-senang sahaja.
Resepi sambal udang petai memang salah satu calon rasmi untuk sajian all-time favourite. Jarang-jarang tak padu. Aroma gandingan udang dan petai susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Meleleh air liur.
Walaupun petai bukan diminati semua tetapi bagi saya ianya adalah satu kenikmatan yang begitu unik dan mempersonakan. Berbanding jering dan kerdas, saya lebih gemarkan petai.
Bila tiba musim petai, resepi sambal udang petai adalah salah satu resepi wajib untuk seisi keluarga. Yang tak makan petai pun suka resepi sambal udang petai ni. Pelik bukan.
Selain itu, petai juga sering dijadikan ulam untuk dimakan bersama sambal tempoyak. Gandingan yang memang akan menaikkan selera.
Pada posting resepi kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca resepi sambal udang petai yang sangat simple tapi rasanya padu.
Saya suka gunakan bahan-bahan yang mudah. Resepi ini hanya memerlukan 4-5 bahan sahaja. Contohnya untuk bahan menumis, saya skip semua dan hanya gunakan bawang merah sahaja. Selamat mencuba.
Baca juga: Kerang Masak Kam Heong
Saya sudah cuba pelbagai versi resepi sambal udang petai dan rata-ratanya menggunakan pelbagai jenis bahan-bahan serta rencah.
Masing-masing mempunyai rasa dan kesedapan yang berbeza tetapi jika anda jenis yang sukakan resepi yang mudah dan sedap, boleh cuba tips saya ini:
Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Marvellous
Pastikan anda hanya menggunakan kuantiti minyak yang sederhana dan mencukupi untuk menumis.
Kita hanya sekadar menumis bawang merah sahaja. Jadi, minyak jangan melaut sangat ya. Kena amalkan kesederhanaan.
Jika anda selalu gunakan campuran bawang merah, bawang putih, halia dan sebagainya; cuba gunakan hanya bawang merah pula.
Bawang merah cukup untuk naikkan rasa manis untuk sesebuah masakan. Jika mahu kuah yang lebih pekat, gandakan kuantiti bawang merah kisar.
Ini salah satu perkara asas yang wajib anda amalkan. Rencah-rencah harus ditumis betul-betul sehingga naik bau.
Macam mana nak tahu sudah naik bau?
Senang sahaja, jika anda menumis bawang merah; pastikan anda tumis sehingga anda boleh bau sendiri wangi dari hasil tumisan bawang merah tersebut.
Pastikan bau wangi ya, bukan bau hangit.
Ini pun salah satu perkara asas masakan Melayu. Pastikan cili yag ditumis betul-betul masak dan pecah minyak.
Sambal yang garing akan bertukar warna menjadi lebih gelap menandakan ianya sudah masak sempurna.
Udang ataupun makanan laut yang lain sangat cepat untuk dimasak. Tak perlu masa yang lama. Jika terlebih masa, udang akan menjadi liat dan tidak sedap.
Jadi pastikan anda masak udang sekitar 1-2 seminit sahaja ataupun sehingga warna udang bertukar menjadi merah.
Baca juga: Resepi Ayam Bakar Diet
View Comments
dah cuba. sedap anak2 suka
Terima kasih. Anak-anak saya pun cukup suka makan.