Influencer Marketing atau pemasaran menggunakan influencer nampaknya kian meningkat naik di Malaysia. Kenapa ya?
Terma Influencer Marketing mungkin agak asing buat kebanyakkan marhaen seperti kita. Iyalah, kalau melayari internet pun pastinya untuk carian produk, ilmu pengetahuan ataupun hiburan. Terma-terma seperti Influencer Marketing ini jarang kita nak ambil port sangat.
Tetapi tahukah anda, daripada pelbagai carian produk review yang anda cari di enjin carian, sosial media mahupun laman-laman shopping online; anda mungkin sebenarnya telah terpengaruhi atau dipengaruhi oleh influencer marketing.
Senang cerita atau bahasa mudahnya Influencer Marketing ini adalah salah satu teknik pemasaran yang menggunakan influencer yakni seseorang yang dikenali ramai seperti artis, selebriti, instafamous atau blogger untuk mempromosikan produk ataupun jenama.
Selebriti dan instafamous selalunya mempunyai bilangan pengikut ataupun follower yang tinggi di laman-laman sosial media. Manakala blogger pula mempunyai pembaca melalui trafik organik hasil carian di Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.
Di Malaysia, tumpuan rakyat marhaen lebih cenderung menjurus ke arah selebriti, politik dan hiburan. Apa sahaja produk dan trend terkini yang dibawa seseorang yang popular selalunya akan lebih mudah mendapat perhatian dan lebih bermungkinan tinggi untuk viral.
Bila makin viral maksudnya makin lebatnya hasil jualan dan lebih tinggilah rating mereka. Konsep inilah yang digelar Influencer Marketing.
Baca juga: Cara Buat Link Whatsapp Paling Mudah (Tak Perlu Daftar)
Apa kebaikan perkembangan Influencer Marketing di Malaysia sehinggakan ramai jenama-jenama besar yang turut berlumba-lumba untuk menggunakan teknik ini?
Untuk posting kali ini, jom kita bincangkan apa sebenarnya kebaikan Influencer Marketing. Ini senarai 5 kebaikan perkembangan Influence Marketing di Malaysia untuk rujukan bersama.
Tidak dapat dinafikan bahawa Influencer Marketing dapat meningkatkan kesedaran jenama atau brand awareness dengan sangat begitu cepat, cekap dan efisien.
Pengaruh yang dibawa oleh seseorang selebriti terkenal sangatlah besar. Contoh mudah kita bayangkan Dato Siti Nurhaliza buat promosi makanan sesuatu jenama baru, bukan sahaja di kalangan followernya sendiri bahkan boleh dikatakan satu Malaysia akan kenal jenama tersebut dengan masa yang singkat.
Teknik pemasaran seperti inilah yang sering mendapat perhatian dan rebutan ramai brand-brand di Malaysia. Tetapi semakin tinggi pengaruh influencer tersebut, semakin mahal bayaran kos pemasarannya.
Sedikit nasihat kepada mereka yang mahu-mahu mencuba menjadi influencer, ikutlah seperti apa yang dikongsikan oleh Christina Calph. Walaupun anda mempunyai bilangan follower yang sikit dan merasakan seperti tiada siapa yang mendengar. Tidak mengapa, teruskan berkongsi dan memberi pengaruh yang baik kepada semua.
Sosial media kini bukan lagi hanya tertumpu terhadap golongan Millennial atau Generasi-Z sahaja tetapi sudah diperluaskan dan boleh menarik pelbagai segmen masyarakat termasuklah warga emas.
Kini semua peringkat dan golongan masyarakat di Malaysia boleh menggunakan platform-platform digital untuk memudahkan urusan seharian. Apa sahaja boleh dipesan di atas talian dengan mudah dan cepat.
Dengan adanya kesediaan platform digital untuk semua, pengaruh influencer juga dapat diperluaskan, diacu dan dimodifikasi mengikut kesesuaian serta keperluan jenama.
Kebiasaannya pengusaha komersial akan memberikan produk-produk mereka secara percuma kepada para influencer untuk dicuba dan direview. Terdapat pelbagai bentuk output review berbayar yang ianya tidak terlalu menonjol berbanding iklan.
Contohnya seperti produk review berbentuk video di YouTube. Influencer boleh menggunakan pelbagai jenis review seperti video log, video tutorial, drama pendek, video kelakar dan sebagainya untuk menterjemahkan pendapat masing-masing mengenai sesuatu produk tersebut.
Melalui perkongsian produk review yang jujur dan berguna sangat dihargai dan disuka penonton. Maka tidak hairanlah jika banyak penonton yang akan bertukar status menjadi pembeli selepas menonton video-video review yang dihasilkan oleh influencer.
Baca juga: Cara Share Kredit Celcom Paling Cepat & Mudah
Contoh di YouTube, selain mendapat bayaran untuk menghasilkan produk review; para influencer juga boleh menjana pendapatan lain dengan iklan-iklan yang diletakkan di YouTube.
Semakin ramai yang view, semakin tinggi pendapatan mereka. Maka, sudah pastilah video tersebut akan bertahan dengan jangka masa yang lama. Keadaan ini juga dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada sesuatu jenama.
Dengan hanya satu bayaran, promosi atau iklan jenama anda mampu bertahan bertahun-tahun lamanya di laman-laman sosial media khususnya YouTube.
Trend-trend terkini di Malaysia sudah semestinya banyak dipengaruhi oleh artis, selebriti dan orang-orang kenamaan. Samada ianya baik atau buruk, kedua-duanya berpotensi untuk trending dan viral.
Publisiti yang baik atau buruk kedua-duanya adalah teknik pemasaran. Jika ianya viral, bukan satu Malaysia, bahkan orang luar pun akan join sekaki.
Maka tak hairanlah teknik pemasaran menggunakan influencer begitu kuat dan berkesan.
Terdapat banyak kebaikan perkembangan Influencer Marketing di Malaysia tetapi harus diingatkan bahawa ianya tidak boleh disalahgunakan untuk perkara-perkara yang negatif.
Jika pengaruh ke arah kebaikan okaylah, jangan pengaruh orang ramai untuk buat benda-benda yang tidak berfaedah sudahlah.
Itu bukan influencer marketing untuk produk, itu influencer marketing untuk jalan pintas neraka la jawapannya.
Jangan marah ye!
All images credit to freepik.com