Walaupun terdapat pelbagai cara buat link whatsapp, kebanyakkannya memerlukan pendaftaran terutamanya untuk menggunakan custom link. Ini cara paling mudah dan tak perlu daftar.
Whatsapp adalah marketing tool yang mempunyai pelbagai fungsi. Salah satu contoh paling mudah adalah penggunaan Whatsapp link.
Dengan Whatsapp link, pengguna tidak perlu lagi simpan nombor untuk menghantar mesej. Tambahan dengan penggunaan QR code yang makin meluas, kini pengguna hanya perlu scan sahaja QR code. Sangat praktikal dan mudah.
Pada post kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda beberapa cara buat link Whatsapp yang paling cepat dan mudah. Apa yang paling best ialah cara ini tak perlukan apa-apa pendaftaran.
Selain menggunakan Whatsapp API, anda juga boleh menggunakan Wasap.tel sebab tak perlu susah-susah replace code untuk no telefon dan mesej. Bukan apa, buat manual ni kadang-kadang ada terbuat silap dan kita kena ulang 2-3 kali kerja yang sama.
Lagi satu kelebihan Wasap.tel adalah anda boleh terus buat custom link tanpa perlu apa-apa pendaftaran. Anda juga boleh pilih samada mahu menggunakan direct link, QRcode, HTML code atau boleh share link terus ke media sosial kegemaran anda.
Chatwasap.com juga boleh menghasilkan custom link Whatsapp dengan cepat dan mudah tanpa sebarang pendaftaran.
Hampir kesemua fungsi dan servis di Wasap.tel ada ditawarkan di sini. Jadi anda boleh buat kaji dan pilih sahaja mana-mana pengendali servis yang serasi dengan anda.
Bezanya di chatwasap.com adalah anda perlu klik more option untuk memaparkan screen untuk pilihan custom link. Terdapat juga pilihan QRcode dan HTML yang boleh anda gunakan jika perlu.
Ini juga merupakan cara paling cepat dan mudah tanpa bergantung dengan mana-mana pengendali servis. Saya gemar guna cara ini kerana tak perlu bergantung kepada mana-mana servis dari pihak ketiga kecuali url shortener seperti Bit.ly.
Caranya mudah sahaja tetapi perlukan sedikit kemahiran teknikal.
https://api.whatsapp.com/send?phone=+6012345678910&text=Mesej%20Anda
Jika anda tidak kisah tentang shortener ataupun custom link, anda boleh terus generate Whatsapp link dengan cepat dengan menggunkan servis whatsapp link generator dari Wapp.my.
Cara-cara juga cukup straightforward dan mudah untuk digunakan oleh semua. Anda hanya perlu masukkan nombor telefon dan mesej, kemudian klik butang Get Link. Itu sahaja, mudah bukan?
Whatsapp adalah antara salah satu medium komunikasi yang terpenting pada masa kini. Lihat sahajalah, di mana-mana sahaja orang menggunakan Whatsapp untuk urusan kerja, personal dan perniagaan.
Malah, Whatsapp juga boleh dikatakan sebagai senjata rahsia kepada usahawan dalam berbisnes. Jika anda betul-betul mahu optimumkan penggunaan Whatsapp untuk bisnes anda, saya cadangkan anda download dan gunakan Whatsapp for Business.
Secara peribadi saya lebih gemar untuk menggunakan Wasap.tel kerana user interfacenya lebih mudah difahami dan cepat untuk menyediakan custom link. Tetapi ianya terpulanglah kepada preferences masing-masing.
Setakat itu sahaja tutorial untuk kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di entry-entry yang akan datang. Jika anda rasakan tutorial ini berguna, jemput share dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Baca juga: Cara share kredit Celcom