Ini cara simpan duit gaji yang boleh anda cuba. Meskipun bukan mudah tetapi ianya berkesan. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit!
Terdapat pelbagai cara simpan duit gaji yang dipraktikkan oleh ramai pihak. Masing-masing mempunyai pendapat dan cara yang berbeza. Ianya sangat subjektif bergantung kepada setiap individu.
Menyimpan bukanlah perkara yang senang untuk dilakukan. Disiplin dan konsistensi amatlah diperlukan untuk membentuk tabiat menyimpan.
Berikut adalah lima cara simpan duit gaji yang berkesan dan harus anda cuba. Ingatlah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit!
Sebagai pemula, anda harus segera bentuk kesedaran diri untuk menjadikan tabiat meyimpan duit sebagai salah satu perkara asas walaupun dalam jumlah yang kecil (Sumber).
Meskipun jumlahnya yang kecil tetapi tidak bermaksud ianya perkara yang mudah untuk dilakukan. Anda harus menerapkan tahap disiplin yang tinggi sekiranya mahu berjaya.
Ingatlah, mula dengan simpanan yang sedikit lebih baik daripada langsung tiada simpanan!
Setelah berjaya bina tabiat menyimpan, cuba simpan gaji dengan jumlah yang lebih besar sedikit tetapi kali ini terus automasikan simpanan tersebut melalui pemotongan gaji.
Anda boleh terus menyimpan ke tabung-tabung Amanah saham seperti ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Pemotongan gaji pula boleh dilakukan melalui perkhidmatan Standing Instruction (SI) yang ditawarkan oleh bank.
Ini adalah salah satu cara simpan duit gaji yang dipraktikkan oleh ramai pihak dan telah diperakui sangat berkesan!
Sekiranya anda masih tidak berjaya untuk memulakan tabiat menyimpan, berkemungkinan besar jumlah komitmen bulanan anda melebihi jumlah gaji yang ada dapat.
Jika anda mengalami masalah seperti ini, kebarangkalian untuk simpan duit gaji adalah sangat kecil ataupun langsung tiada. Usah khuatir, ini cara simpan duit gaji yang boleh anda cuba.
Semak semula komitmen bulanan anda dengan segera. Senaraikan komitmen bulanan anda mengikut keperluan ataupun keinginan seperti berikut:
Belanja | Keperluan/Keinginan |
RM200 – Bil Elektrik | Keperluan |
RM20 – Bil Air | Keperluan |
RM120 – Bil Astro | Keinginan |
Nah, melalui semakan seperti ini, anda telah berjaya kenalpasti keperluan dan keinginan di dalam perbelanjaan anda.
Kalau tak ada Astro pun tidak mengapa bukan?
Banyak lagi pilihan saluran tv yang boleh didapati secara percuma. Korbankan keinginan anda jika mahu mempunyai duit simpanan secara konsisten.
Baca juga: 8 Kebaikan Media Sosial untuk Perniagaan
Tidak terhad kepada komitmen bulanan sahaja, anda juga boleh terus menyimpan duit gaji dengan berjimat-cermat melalui perbelanjaan harian.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyemak semula perbelanjaan harian yang telah ditetapkan dan kemudian susun mengikut penggunaan yang tertinggi.
Contohnya seperti di bawah:
Perbelanjaan Harian | RM |
Makan malam | RM20 RM15 |
Makan tengahari | RM20 RM15 |
Sarapan | RM5 |
Minum petang | RM5 |
Melalui semakan seperti ini, didapati jumlah perbelanjaan tertinggi adalah untuk makan malam dan tengahari sebanyak RM20.
Persoalannya, bolehkah anda kurangkan perbelanjaan tersebut kepada RM15 sehari?
Jika ya, anda mampu menyimpan sekitar RM10 sehari dan jika dihitung selama 30 hari, tidak mustahil anda jumlah simpanan boleh mencecah RM300 sebulan!
Andai anda sanggup berkorban untuk mula menyimpan, tidak mustahil anda boleh menyimpan dengan lebih banyak lagi.
Apa yang anda perlukan kini adalah sebuah rancangan yang lebih teliti.
Melalui semakan yang dinyatakan pada langkah 3 & 4, mulakan lebih banyak langkah untuk berjimat cermat untuk menambah hasil tabungan.
Rancanglah dengan menggunakan kalkulator seperti SavingsCalculator.org untuk mengetahui dengan jumlah duit yang boleh anda simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.
Sumber Rujukan