Apakah maksud dan fungsi piramid makanan? Sila abaikan artikel ini jika anda tidak mahu ambil peduli tentang amalan pemakanan sihat.
Apakah maksud dan fungsi piramid makanan? Sila abaikan artikel ini jika tidak mahu ambil peduli tentang amalan pemakanan sihat.
Makanan adalah keperluan tetapi adakah pengambilan makanan kita seharian mengikut keperluan yang sepatutnya? Inilah kepentingan piramid makanan yang sering diabaikan.
Jika anda seorang yang mahu mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, ikuti perkongsian kali ini tentang apakah maksud, fungsi dan kepentingan piramid makanan untuk mencapai keseimbangan makanan demi kesihatan tubuh badan yang lebih terjamin.
Menurut Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, piramid makanan adalah merujuk kepada panduan perencanaan makananan harian berdasarkan saranan jumlah sajian dan zat-zat yang diperlukan tubuh badan untuk mencapai keseimbangan makanan (Sumber).
Makanan yang seimbang sangat penting untuk memastikan tubuh badan kita memperoleh semua zat-zat
yang diperlukan untuk kegunaan seharian secara sihat dan konsisten. Pengambilan terlalu banyak makanan tunggal seperti karbohidrat boleh dikatakan sebagai tidak seimbang dan boleh mengakibatkan masalah-masalah kesihatan seperti obesiti dan sebagainya (Sumber).
Konsep dan Fungsi Piramid Makanan
Piramid Makanan Malaysia terdiri dari lima kelompok makanan yang ditempatkan dalam empat tingkatan. Selain mencantumkan jenis kelompok makanan, piramid juga memberikan panduan jumlah sajian yang sebaiknya dikonsumsi dalam sehari untuk setiap kelompok makanan.
Konsep piramid dengan bentuk yang lebih besar di bagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan bahwa kita seharusnya mengonsumsi lebih banyak makanan dari kelompok dasar piramid, sedangkan makanan dari tingkat puncak sebaiknya dikonsumsi dalam jumlah yang lebih sedikit.
Ini adalah panduan yang berguna untuk membantu menjaga keseimbangan makanan dan nutrisi dalam pola makan sehari-hari.
Dalam sebuah piramid makanan yang sihat, ada tiga lapisan utama yang perlu anda tahu iaitu lapisan asas, lapisan tengah, dan lapisan atas (Sumber).
1. Lapisan Asas
Lapisan asas adalah termasuk tiga kumpulan makanan berasaskan tumbuhan iaitu sayur-sayuran. Lapisan ini membentuk bahagian terbesar dalam diet makanan kita sekitar 70% apa yang kita makan.
Ia mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, mineral, antioksidan, dan fitokimia. Ia juga merupakan sumber utama karbohidrat dan serat dalam diet anda.
Contohnya seperti bijiran penuh (beras perang, oat, barli), pelbagai jenis roti, pasta, dan sebagainya.
2. Lapisan Tengah
Lapisan tengah mengandungi sumber tenusu dan bukan tenusu. Ia membantu membekalkan kalsium, protein dan magnesium yang sangat bagus untuk tumbesaran dan kekuatan tulang.
Contohnya seperti susu, yogurt, keju, ayam, itik, ikan, telur, kekacang, dan sebagainya.
3. Lapisan Atas
Lapisan paling atas menunjukkan anda hanya perlu makan dalam jumlah yang sangat sedikit. Contohnya seperti minyak, kek, makanan ringan, dan sebagainya.
Sekiranya diambil secara berlebihan, kumpulan makanan ini boleh menyebabkan tubuh badan menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung (Sumber).
Jadual di atas adalah panduan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai jumlah sajian berpandukan keperluan kalori yang disarankan untuk kategori peringkat umur dan jantina seperti di bawah:
Sesuai untuk golongan kumpulan wanita yang tidak aktif dan warga emas.
Sesuai untuk golongan kumpulan seperti kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif.
Sesuai untuk golongan kumpulan lelaki yang aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan
Selain itu, tidak dilupakan juga saranan untuk mengambil 6 hingga 8 gelas air kosong sehari untuk memastikan badan sentiasa terhidrasi bagi menjaga kesihatan (Sumber)
Contoh Sajian yang Disarankan Dalam Pemakanan
Berdasarkan daripada piramid makanan ini, anda juga boleh memilih untuk mengamalkan diet suku-suku separuh.
Diet ini mengandungi tiga bahagian makanan seperti berikut:
¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh.
¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur.
½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dari segi saiz pinggan pula, pastikan anda menggunakan ukuran yang betul mengikut umur untuk mengelakkan anda tertipu dengan jumlah makanan yang dihidangkan. Bagi dewasa adalah 23 cm (9 inci) manakala kanak-kanak adalah 18 cm (7 inci).
Pemilihan Kaedah Memasak
Di samping itu untuk lebih sihat, anda boleh memilih kaedah memasak yang lebih berkhasiat seperti dengan cara mengukus, membakar, memanggang atau mencelur.
Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia menjadi sumber kepada masalah kesihatan yang berkaitan jantung.
Kepentingan Piramid Makanan Dalam Kehidupan?
Kepentingan piramid makanan dalam kehidupan meliputi beberapa perkara antaranya seperti berikut:
(Sumber)
1. Memberi Panduan Nutrisi Yang Menyeluruh
Piramid makanan memberi panduan pemakanan secara visual yang mudah untuk diikuti.
Ideanya masih sama dengan menggambarkan lima kumpulan makanan utama iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, protein, dan tenusu.
2. Mengajarkan Pola Makan Yang Baik
Ramai orang mahu makan secara sihat tetapi tidak tahu ingin bermula dari mana.
Dengan adanya panduan pemakanan ini anda akan lebih peka tentang jenis makanan mana yang perlu dimakan dan makanan yang perlu dikurangkan.
Ia membantu mengajarkan pola makanan yang baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Dengan memahami piramid makanan ini, anda dapat mengembangkan kebiasaan pemakanan yang lebih baik sejak usia kecil lagi sehingga membawa kepada manfaat jangka panjang bagi kesihatan.
3. Membantu Menjaga Kesihatan
Dengan mengikuti piramid makanan ini, anda dapat mencapai keseimbangan antara kalori yang masuk mahupun yang keluar.
Secara tidak langsung, hal ini boleh membantu mencegah masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, penyakit jantung, dan pelbagai lagi.
Kesimpulannya, tidak dinafikan lagi panduan pemakanan seperti ini memberi impak yang sangat besar khususnya dalam mendidik diri kita lebih berdisiplin dalam memilih yang terbaik untuk dimakan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan piramid makanan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan pemakanan terbaik.
World Health Organization (WHO). Healthy diet. Retrieved from who.int.
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat Mengambil Makanan Dengan Betul. Retrieved from moh.gov.my.
Laman Web Rasmi Hospital Sibu. Suku Suku Separuh: Panduan Hidangan Sihat & Seimbang. Retrieved from moh.gov.my.
Science Direct. Food Guide Pyramid. Retrieved from sciencedirect.com.