Makanan untuk Tekanan Darah Rendah Cover

6 Makanan untuk Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Apakah makanan untuk tekanan darah rendah yang boleh diambil sebagai diet seharian? Ikuti tips dan perkongsian ini.

Apakah makanan untuk tekanan darah rendah yang boleh diambil sebagai diet harian? Ikuti tips dan perkongsian ini.

Tekanan Darah Rendah yang juga dikenali sebagai hipotensi adalah penurunan tekanan darah di bawah nilai normal 90/60 mm Hg. Hipotensi berlaku kepada ramai orang terutamanya mereka yang semakin berusia.

Makanan untuk Tekanan Darah Rendah

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan tahap tekanan darah seperti melalui ubat-ubatan, gaya hidup dan pemakanan. Jika melalui pemakanan, ini adalah senarai makanan untuk tekanan darah rendah yang perlu anda ketahui.

1. Makanan Tinggi Kandungan Air

Air memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh badan manuasia. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi berlaku seterusnya akan menurunkan tekanan darah dalam badan.

Selain dari minum banyak air kosong, anda juga boleh mengambil makanan yang mengandungi kuantiti air yang banyak seperti buah tembikai, timun, tomato dan sebagainya.

Makanan Tinggi Kandungan Air - Tembikai

2. Makanan Bergaram (Sodium)

Antara makanan untuk tekanan darah rendah adalah seperti diet sihat yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi.

Makanan dengan kandungan garam atau sodium yang tinggi boleh membantu meningkatkan tekanan darah untuk mereka yang mempunyai hipotensi.

Antara makanan bergaram adalah seperti ikan masin, udang, keju, jeruk, daging salai, acar, zaitun dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menggunakan garam laut sebagai garam tambahan di atas meja jika perlu.

Walaubagaimanapun, pengambilan makanan bergaram yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan. Maka berbincanglah dengan doktor atau pakar diet mengenai apa diet untuk makanan bergaram yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

3. Makanan Tinggi Vitamin B9 (Folat)

Melalui satu kajian yang dijalankan dari April 2009 sehingga Februari 2012, seramai 1532 wanita tidak hamil diberi serum folat dan akhirnya keputusan kajian tersebut menunjukkan wanita dengan kekurangan folat mempunyai tahap tekanan darah sistolik dan diastolik yang lebih tinggi.

Vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai Folat merupakan salah satu nutrien penting untuk membantu meningkatkan tahap tekanan darah rendah.

Antara makanan yang mempunyai kandungan yang tinggi folat adalah sayuran hijau, hati dan telur. Boleh rujuk jadual di bawah untuk senarai makanan yang mempunyai kandungan tinggi folat.

Jenis Contoh
Kekacang Lentil, Edamame, Buncis
Sayuran Asparagus, Brokoli, Kubis, Bayam
Buah-buahan Pisang, Mangga, Betik, Avacado, Buah-buahan sitrus
Hati Hati Ayam, Hati Lembu

Baca juga: 10 Makanan Berkhasiat untuk Sistem Imun Badan

4. Makanan Tinggi Vitamin B12

Makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi juga adalah salah satu makanan untuk tekanan darah rendah yang harus ada dalam diet harian anda.

Kekurangan vitamin B12 dalam rutin pemakanan harian boleh mengakibatkan anemia yang merupakan keadaan di mana jumlah sel darah merah tidak cukup untuk membawa oksigen ke sel-sel tubuh.

Antara gejala anemia yang biasa adalah hipotensi yang boleh membuatkan anda merasa lemah, pening dan keletihan.

Telur, kerang, sardin, tuna dan susu adalah sebahagian contoh makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi.

Makanan untuk Tekanan Darah Rendah - Telur

5. Makanan Rendah Karbohidrat

Buat mereka yang sering mengalami hipotensi, anda disarankan untuk menggelakkan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti roti dan nasi.

Ini disebabkan makanan tinggi karbohidrat terutamanya karbohidrat yang telah diproses cenderung untuk dicernakan dengan lebih cepat berbanding makanan-makanan yang lain dan boleh mengakibatkan tekanan darah turun secara mengejut.

Seeloknya, pilihlah makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah sebagai rutin di dalam diet pemakanan anda seharian.

Jika masih mahukan nasi, boleh cuba parboiled rice mahupan roti wholemeal yang lebih sihat dan kurang karbohidrat berbanding beras serta roti putih biasa.

Baca juga: 10 Cara Menangani Stress & Tekanan

6. Makanan dan Minuman Berkafein

Makanan untuk Tekanan Darah Rendah - Kopi

Kafein boleh merangsang sistem kardiovaskular serta meningkatkan kadar degupan jantung anda.

Oleh sebab itulah, minuman tinggi kafein seperti kopi bagus untuk diambil sebagai booster ketika waktu pagi agar lebih bersemangat dan tidak mengantuk.

Walaubagaimanapun, anda haruslah menghadkan pengambilan kafein agar tidak terhidrasi dan terkesan dengan impak negatif masalah dos kafein berlebihan.

Selain itu, elakkan juga mengambil kafein ketika perut kosong kerana sifatnya yang berasid boleh mengganggu perut.

Kesimpulan

Buat yang sering mengalami hipontensi, makanan untuk tekanan darah rendah sangat penting dalam pemilihan diet seharian yang seimbang.

Walaupun pilihan makanannya mungkin terhad, tetapi kita boleh olah rasa makanan itu melalui kepelbagaian resepi dan budaya yang ada. Jika hadkan kepada dua tiga menu sahaja mestilah kita akan cepat berasa bosan bukan?


Rujukan Lain:
1. Looking for Trouble: Identifying and Treating Hypotension
2. Effect of B Vitamins from Diet on Hypertension
3. Serum Folate Shows an Inverse Association with Blood Pressure in a Cohort of Chinese Women of Childbearing Age: A Cross-Sectional Study