Tips

Cara Mudah Translate Rumi ke Jawi

Nak tukar tulisan rumi ke jawi atau jawi ke rumi kini bukan lagi perkara yang sukar. Hanya perlu masukkan ejaan rumi dan kemudian semuanya akan diterjemahkan ke jawi secara automatik. Mudah sahaja bukan?

Tulisan rumi atau turut dikenal sebagai skrip Latin mahupun Roman ialah sistem abjad yang berasal dari empayar Rom sejak abad ke-7 sebelum masihi dan telah berkembang sepanjang 2,500 dahulu sehingga kini (Sumber).

Manakala tulisan jawi pula diasaskan daripada skrip dan abjad Arab yang kemudiannya diolah untuk kesesuaian Bahasa Melayu. Malah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tulisan jawi didefinasikan sebagai huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis di dalam Bahasa Melayu (Sumber).

Berikut adalah beberapa cara tukar rumi ke jawi secara atas talian dengan lebih mudah. Semoga perkongsian pada artikel kali ini memberi manfaat kepada anda semua. InsyaAllah.

1. Ejawi – Translasi Online Rumi ke Jawi

Ejawi Online adalah aplikasi penukar aksara Rumi ke Jawi atas talian yang boleh dikatakan antara yang paling mudah untuk digunakan.

Masukkan sahaja teks tulisan rumi dan klik butang ‘Tukar’ untuk memulakan proses translasi tulisan jawi ke rumi. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya tanpa sebarang panduan pengguna dan apa yang paling penting adalah ianya percuma!

Baca juga: Cara Share Kredit Celcom Paling Cepat & Mudah

2. e-Jawi Makmur – Aplikasi Translasi Rumi ke Jawi

Selain aplikasi Rumi to Jawi, anda juga boleh menggunakan e-Jawi Makmur yang turut menyediakan perkhidmatan translasi rumi ke jawi secara online dengan percuma.

Apa yang lebih menarik, aplikasi ini dibangunkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang sebagai salah satu usaha untuk memertabatkan kembali tulisan jawi.

Masukkan perkataan rumi dan klik butang ‘Terjemah’ untuk penukaran dari rumi ke jawi. Malah anda boleh terus klik butang ‘Salin’ untuk copy paste semua perkataan yang telah diterjemahkan dengan lebih cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga turut tersedia di platform Apple App Store dan Google Play Store dengan kata carian eJawiMakmur.

3. Jawigram – Aplikasi Bot Telegram Rumi ke Jawi

Gambar kredit Amanz.my

Jika anda pengguna aktif di Telegram, bot Jawigram mungkin adalah solusi paling mudah untuk anda translate tulisan rumi ke jawi.

Melalui aplikasi bot Jawigram, anda hanya perlu menaipkan perkataan rumi dan selanjutkan akan diterjemahkan kepada jawi secara automatik. Malah, anda juga boleh mempelajari perkataan baru dalam tulisan jawi setiap hari dengan lebih mudah (Sumber).

Baca juga: Cara Kira BMI Paling Mudah Guna Kalkulator

4. UKM Jawiware – Perisian Penterjemaah Rumi ke Jawi

Jawiware ialah sebuah perisian yang dibangunkan oleh UKM untuk menterjemah tulisan atau ejaan dari rumi ke jawi menurut daftar kata yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ketepatan translasi sekitar 70 peratus.

Kira-kira lebih 2500 daftar kata perkataan Bahasa Melayu telah digunakan untuk melakukan pemetaan corak dan sebagainya. Jika berminat untuk menggunakan perisian ini, anda hanya perlu Download Jawiware melalui pautan ini.

5. Rumi to Jawi – Aplikasi Translasi Rumi ke Jawi

Rumi to Jawi adalah salah satu aplikasi translasi rumi ke jawi yang sangat mudah untuk digunakan. Aplikasi yang dibangunkan oleh Zooltech Solution ini boleh dimuat turun untuk peranti berteraskan Android di Google Play Store.

Jika anda ingin menterjemahkan nama daripada rumi ke jawi, anda bolehlah menggunakan pautan yang telah disediakan pada ruang deskripsi.

6. Kesimpulan

Meskipun tulisan jawi bukan skrip abjad asal orang Melayu, tetapi ianya adalah salah satu khazanah yang perlu kita jaga dan pelihara dengan sebaik-baiknya.

Dengan adanya kemudahan penukaran tulisan rumi ke jawi secara online, diharapkan lebih ramai golongan muda yang lebih berminat untuk belajar dan mendalami ilmu tulisan jawi dengan lebih rancak dan bergaya.

Baca juga: Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan

Sumber Rujukan

  1. Wikipedia. History of the Latin script. Retrieved from myhealth.gov.my.
  2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Carian umum kata kunci, Jawi. Retrieved from dbp.gov.my.
  3. Ejawi.net. Roman Alphabets to Old Malay Script (Jawi) Online Converter. Available from: ejawi.net
  4. e-Jawi Makmur. Aplikasi Jawi Dalam Talian. Available from: ejawimakmur.my
  5. Harian Metro. Bot telegram Jawi dikenali ‘Jawigram’ bantu pelajari tulisan jawi. Retrieved from hmetro.com.my.
  6. UKM via Mohd Zamri Murah. Perisian Jawiware. Available from: ukm.my