Cara Lajukan Internet Unifi Cover

Unifi slow? Ini Cara Lajukan Internet Unifi Paling Berkesan

Jika anda sering mengalami masalah Unifi slow, ini panduan lengkap tentang cara lajukan internet Unifi yang boleh anda pratikkan di rumah.

Setiap kali berhadapan dengan masalah Unifi slow pasti kita akan terus melenting dan salahkan TM. Apa kata kita ambil sedikit inisiatif untuk troubleshoot sendiri terlebih dahulu. Boleh cuba tips dan cara lajukan internet Unifi yang saya sediakan ini.

Setiap pengguna mahukan yang terbaik bukan? Yela, harga langganan internet Unifi bukanlah murah. Kalau servis tidak ok, pastikan kita sebagai pengguna akan marah dan berasa kecewa.

Cara Lajukan Internet Unifi Tablet

Saya juga sering mengalami masalah Unifi slow. Alhamdulillah, setelah beberapa kali dibantu oleh juruteknik TM akhirnya masalah saya selesai. Juruteknik TM juga ada memberikan tips-tips yang berguna untuk menyelesaikan masalah saya.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi beberapa tips yang agak teknikal dan ini cara lajukan internet Unifi yang paling berkesan mengikut pengalaman saya.

1. Refresh Internet Connection Unifi

Cara Lajukan Internet Unifi - Refresh Internet Connection

Ini cara yang selalu saya lakukan kalau berhadapan dengan masalah Unifi slow. Bagi saya ini salah satu cara lajukan internet Unifi yang paling berkesan dan mujarab.

Terdapat dua cara untuk refresh Internet connection Unifi anda. Cara yang paling cepat dan mudah adalah dengan melakukan reboot modem dan router Unifi.

Cara kedua agak teknikal, anda boleh refresh internet connection dengan disconnect dan re-connect PPPoE connection melalui konfigurasi di dalam interface Router.

Cara 1 – Shutdown Modem & Router Unifi Selama 10 Minit

Ini cara paling senang untuk refresh internet connection. Anda hanya perlu shutdown kedua-dua modem dan router. Tunggu selama 10 minit dan kemudian on kan semula.

Ini akan membolehkan anda mendapat konfigurasi internet yang baru untuk refresh kembali internet Unifi anda.

Cara 2 – Disconnect dan Re-connect PPPoE Connection

Jika anda tahu dan pernah akses konfigurasi PPPoE di dalam router, anda boleh cuba cara ini. Kalau mahu cuba-cuba pun apa salahnya.

Boleh follow langkah-langkah di bawah.

  1. Login masuk ke router anda. Kebiasaannya melalui ip 192.168.0.1
  2. Jika anda tidak pernah tukar password. Selalunya, default id dan password adalah admin.
    Cara Login Router Unifi
  3. Pergi ke menu Advanced/Network/Internet dan klik Disconnect PPPoE.
    Cara Login Router Unifi - Masukkan username & Password
  4. Perhatikan dan ingat IP address yang terpapar di screen. Boleh screenshot jika mahu.
  5. Tunggu selama lebih kurang 5 minit dan kemudian klik Connect.
    Cara Refresh PPPoE router Unifi - Disconnect
  6. Setelah berjaya Connect, anda akan mendapati IP dan konfigurasi akan berubah menandakan internet connection sudah sukses dikemaskini.
    Cara Refresh PPPoE router Unifi - Re-connect

2. Guna Channel WiFi Yang Less Congested

Cara Lajukan Internet Unifi - Guna Channel WiFi Yang Less Congested

Menggunakan channel WiFi yang kurang sesak adalah salah satu cara lajukan internet Unifi yang boleh anda cuba jika anda sering mengalamai masalah Unifi slow.

Terdapat lebih kurang 11 hingga 14 pilihan channel WiFi yang tersedia dan anda harus cari dan pilih channel yang tidak digunakan atau kurang digunakan oleh jiran-jiran disekeliling.

Pemilihan channel WiFi yang less congested penting untuk mengelakkan konflik atau pertindihan channel (Channel overlap).

Dengan memilih channel yang kurang digunakan di kawasan sekitar, ianya boleh mengurangkan kadar ganguan frekuensi seterusnya menjadikan kekuatan isyarat lebih tinggi.

Bagaimana untuk memilih channel WiFi yang Sesuai?

Anda boleh menggunakan WiFi Optimiser Tool yang disediakan oleh TM di Google Play. Cara-caranya mudah sahaja.

Update: Maaf. TM WiFi Optimiser Tool tidak lagi dapat diakses.

  1. Download dan Install WiFi Optimiser Tool dari TM.
  2. Open WiFi Optimiser Tool dan run WiFi Scan.
    Cara Lajukan Internet Unifi - Guna WiFi Optimiser Step 1
  3. Scan akan berjalan lebih kurang 30 saat dan laporan WiFi anda akan dipaparkan seperti ini.
    Cara Lajukan Internet Unifi - Guna WiFi Optimiser Step 2
  4. Dalam laporan tersebut, recommended channel akan dipaparkan di screen dan anda boleh menggunakan informasi ini untuk setup channel di router anda.

Bagaimana pula cara tukar channel WiFi dalam router?

Jangan risau, caranya mudah sahaja. Anda boleh ikut langkah-langkah seperti di bawah.

  1. Login masuk ke router anda. Kebiasaannya melalui ip 192.168.0.1.
  2. Jika anda tidak pernah tukar password. Selalunya, default id dan password adalah admin.
    Cara Login Router Unifi - Tukar Channel
  3. Pergi ke menu Advanced/Wireless dan klik Wireless Settings.
    Cara Tukar Channel WiFi Unifi
  4. Masukkan pilihan recommended channel di dalam field channel dan kemudian klik butang Save.
    Cara Tukar Channel WiFi Unifi Step 2
  5. Anda boleh set channel width sebagai Auto jika mahu.
  6. Siap. Anda sudah berjaya tukar channel WiFi.

3. Pilih Jenis Sambungan Unifi Yang Sesuai

Cara Lajukan Internet Unifi - Sambungan Unifi Yang Sesuai

Untuk mengatasai masalah Unifi slow dan mendapat kelajuan yang terbaik di rumah, terdapat dua jenis penyambungan Unifi yang perlu anda yang perlu tahu dan pertimbangan mengikut keperluan penggunaan internet anda.

Dua jenis penyambungan yang dimaksudkan adalah penyambungan berwayar (Wired) dan penyambungan tidak berwayar (WiFi).

Saya tahu pasti ramai yang gemar menggunakan WiFi bukan? Tetapi untuk mendapatkan kelajuan fiber Unifi yang optimum, sambungan wired adalah yang terbaik.

Penyambungan Berwayar (Wired)

Sambungan berwayar atau wired mampu memberikan kelajuan internet yang laju, stabil dan optimum tanpa gangguan.

Tetapi kekurangan jenis penyambungan ini adalah anda akan kehilangan sedikit mobiliti kerana terbatas dengan jarak sambungan wayar dari router ke laptop atau pc sahaja.

Jika anda adalah seorang gamers tegar, kaki download file yang besar-besar atau pekerjaan anda memerlukan internet yang konsisten maka sambungan wired adalah yang paling sesuai untuk situasi penggunaan internet anda.

Penyambungan Tidak Berwayar (WiFi)

Penyambungan tidak berwayar atau lebih dikenali dengan terma WiFi ini digemari ramai kerana lebih fleksibel dari segi pergerakan mobiliti pengguna.

Pengguna bebas bergerak ke mana-mana asalkan masih di dalam coverage WiFi tersebut. Walaubagaimanapun, kelajuan internet untuk sambungan jenis ini hanya terhad hingga 340Mbps sahaja.

Jika anda seorang pengguna internet yang lebih ringan, casual dan perlu bergerak bebas di sekitar kawasan rumah maka sambungan WiFi adalah yang terbaik untuk anda.

4. Pilih Kabel dan Kad Ethernet Yang Betul

Cara Lajukan Internet Unifi - Pilih Kabel Ethernet Yang Betul

Walaupun cara ini nampak mudah, tapi ianya adalah salah satu cara lajukan internet Unifi paling berkesan. Penggunaan kabel dan kad ethernet yang sesuai pasti dapat mengurangkan risiko dan masalah Unifi slow.

Untuk pengguna yang memilih untuk menggunakan sambungan berwayar, anda boleh mengoptimumkan kelajuan Unifi anda dengan memilih dan menggunakan kabel dan kad ethernet yang sesuai mengikut keperluan penggunaan Internet anda.

Semak dan Pilih Kabel Ethernet Yang Betul

Kabel ethernet atau selalu disebut sebagai LAN kabel adalah wayar penyambung di antara router dan komputer anda.

Anda boleh pilih kabel yang sesuai untuk anda mengikut pengkelasan kategori kabel seperti cat 5, 5e atau 6. Label ini boleh didapati di sepanjang badan kabel ethernet.

Jenis KabelHad Kelajuan
Kategori 5Kelajuan sehingga 100Mbps
Kategori 5eKelajuan sehingga 1Gbps
Kategori 6Kelajuan sehingga 10Gbps

Contohnya, jika kelajuan Unifi anda adalah 300Mbps, anda harus memilih kabel cat 5e ke atas untuk mendapatkan kelajuan Unifi yang optimum kerana kabel cat 5 hanya dapat menampung kelajuan sehingga 100Mbps sahaja.

Semak dan Pilih Kad Ethernet Cable Yang Betul

Kad Ethernet adalah sejenis network adaptor yang menyokong standard Ethernet untuk sambungan rangkaian berkelajuan tinggi menggunakan sambungan kabel berwayar.

Anda harus menyemak jenis kad ethernet anda untuk mengetahui had kelajuaan yang ditetapkan.

Jenis KabelHad Kelajuan
Fast Ethernet CardKelajuan sehingga 100Mbps
Gigabit Ethernet CardKelajuan sehingga 1Gbps

Contohnya, jika kelajuan Unifi anda adalah 300Mbps, anda harus menggunakan Gigibit Ethernet Card untuk mendapatkan kelajuan Unifi yang optimum kerana Fast Ethernet Card hanya dapat menampung kelajuan sehingga 100Mbps sahaja.

Tetapi bagaimana nak semak jenis kad ethernet yang ada? Ikuti langkah-langkah ini.

  1. Pergi ke Window > Control Panel > Device Manager > Network Adapter.
    Cara Kenalpasti Ethernet Card Step 1
  2. Kebiasaannya Gigabit Ethernet akan menggunakan shortform seperti GbE atau 1 GigE.
    Cara Kenalpasti Ethernet Card Step 2

5. Pilih Frekuensi dan Teknologi WiFi Yang Betul

IEEE StandardFrequencyMax Speed
802.11a (WiFi1)5Ghz54Mbps
802.11b (WiFi2)2.4Ghz11Mbps
802.11g (WiFi3)2.4Ghz54Mbps
802.11n (WiFi4)2.4Ghz & 5Ghz600Mbps
802.11ac (WiFi5)2.4Ghz & 5Ghz1.3Gbps
802.11ax (WiFi6)2.4Ghz & 5Ghz10-12Gbps

Kebiasaannya router yang disediakan oleh TM adalah jenis dual-band yang mempunyai dua jenis frekuensi iaitu 2.4Ghz dan 5Ghz.

Pilih frekuensi 5Ghz untuk kelajuan yang optimum kerana 5Ghz sememangnya lebih pantas daripada 2.4Ghz. Kesesuaian teknologi WiFi dengan kelajuan adalah seperti di dalam jadual di atas.

Anda juga perlu memastikan teknologi WiFi yang tersedia di dalam peranti sesuai dengan kelajuan Unifi anda. Cara-caranya adalah:

  1. Pergi ke Window > Control Panel > Device Manager > Network Adapter.
    Cara Kenalpasti WiFi Teknologi Step 1
  2. Lihat version WiFi di Wireless Adapter. Contohnya, laptop saya sudah tersedia dengan WiFi6.
    Cara Kenalpasti WiFi Teknologi Step 2

Tetapi harus diingatkan bahawa frekuensi 5Ghz mempunyai coverage yang lebih kecil dan terhad hanya kepada peranti yang baru sahaja. Kebanyakkan peranti lama tida menyokong 5Ghz.

6. Perbaiki Kedudukan Router

Cara Lajukan Internet Unifi - Perbaiki Kedudukan Router

Jika anda masih mengalamai masalah unifi slow, anda boleh cuba dulu cara lajukan internet Unifi yang paling mudah iaitu dengan memastikan kedudukan router yang betul.

Selain daripada konfigurasi router, kedudukan router juga amat penting untuk memastikan router anda berada di dalam keadaan yang paling kondusif untuk beroperasi.

Ini adalah beberapa tips yang anda boleh rujuk untuk memastikan kedudukan router adalah pada tahap yang terbaik.

Elak Kawasan Panas

Jangan sesekali meletakkan router anda di kawasan yang panas. Ini adalah penting kerana haba boleh mempengaruhi prestasi router anda. Elakkan juga dari menyusun modem dan router anda di atas satu sama lain.

Letak di kawasan yang terbuka

Router juga harus diletakkan di kawasan yang terbuka yang mempunyai pengudaraan yang bagus. Selain mengelakan peranti menjadi panas, kedudukan router di kawasan yang terbuka juga boleh mengurangkan gangguan frekuensi yang mungkin selalunya terjadi di kawasan yang sesak dan tertutup seperti di dalam cabinet atau di bawah tangga.

Jauhkan dari kawasan yang mempunyai halangan fizikal

Untuk mengoptimumkan kecekapan isyarat WiFi, pastikan tiada halangan fizikal seperti dinding tebal, barangan logam, pokok-pokok atau apa-apa objek padat.

Jauhkan dari gangguan elektromagnetik

Alatan elektrik seperti peti sejuk dan oven ada menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh menggangu isyarat WiFi anda. Jauhkan router dari alatan elektrik tersebut dan elakkan berkongsi soket kuasa dengan perkakasan elektrik yang lain.

7. Pasang Mesh WiFi

Anda juga boleh memasang Mesh WiFi untuk meningkatkan kekuatan dan kestabilan WiFi di rumah. Tetapi cara ini memerlukan sedikit modal.

Teknologi Mesh WiFi ini mampu memperluaskan lagi coverage WiFi anda dengan menggunakan beberapa extender untuk memanjangkan lagi liputan isyarat WiFi.

Anda boleh membeli Mesh Wi-Fi sebagai Add-on dengan mana-mana plan Unifi home dari TM dengan harga RM300 berbanding dengan harga sebenar RM399.

Cara Lajukan Internet Unifi - Pasang Mesh WiFi

8. Guna External DNS

DNSIP DNS
Google DNS8.8.8.8, 8.8.4.4
Cisco OpenDNS208.67.222.222, 208.67.220.220
CloudFlare DNS1.1.1.1, 1.0.0.1

Selain konfigurasi teknikal khusus kepada network device, anda juga boleh cuba guna external DNS sebagai salah satu cara lajukan internet Unifi yang cepat dan mudah

Penggunaan external DNS juga dikatakan mampu meningkatkan kelajuan internet anda. Secara default, konfigurasi DNS sudah ditetapkan oleh TM tetapi anda boleh menukar DNS yang lain seperti Google DNS, Cisco OpenDNS dan Cloudflare DNS.

Ini adalah cara-cara untuk menukar dan menggunakan DNS.

  1. Pergi ke Control Panel dan klik Network & Sharing Center.
    Cara Tukar DNS Step 1
  2. Klik Change Adapter Settings.
    Cara Tukar DNS Step 2
  3. Pilih network yang sedang anda gunakan. Contoh jika anda sedang gunakan WiFi Connection, right click on WiFi dan kemudian klik Properties.
    Cara Tukar DNS Step 3
  4. Pilih Internet Protocol Version 4 (IPv4). Kemudian klik Properties.
    Cara Tukar DNS Step 4
  5. Klik Use The Following DNS Server Addresses dan masukkan detail DNS yang anda mahu gunakan. Detail DNS boleh rujuk jadual di atas.
    Cara Tukar DNS Step 5
  6. Klik OK dan kemudian restart browser anda.

Siap. Anda sudah berjaya menukar DNS. Mudah sahaja bukan?

9. Periksa Modem dan Router Anda

Jika semua tips dan cara di atas masih tidak dapat menyelesaikan masalah unifi slow anda, anda harus periksa jika terdapat defect atau kerosakan ke atas modem atau router anda.

TM ada menyediakan website khas untuk memudahkan anda troubleshoot dan menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan Unifi secara online.

Cara-caranya mudah sahaja.

  1. Pergi ke https://easyfix.unifi.com.my/
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 1
  2. Klik Start EasyFix untuk mulakan troubleshooting.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 2
  3. Login guna email semasa mendaftar Unifi dan kemudian klik Next dan Accept.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 3
  4. Details langganan Unifi anda akan dipaparkan di screen. Klik sahaja untuk teruskan.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 4
  5. Pilih unifiHome.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 5
  6. Pilih setup Unifi anda.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 6
  7. Semak dan periksa physical connection adakah seperti yang dipaparkan dalam gambarajah.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 7
  8. Klik Proceed dan kemudian reboot modem dan router Unifi anda.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 8
  9. Jika masalah anda masih belum selesai walaupun selepas reboot, klik Continue troubleshooting.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 9
  10. Pilih jenis BTU/SBVM yang berkaitan dengan setup Unifi anda.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 10
  11. Kemudian, masukkan warna LED mengikut keadaan semasa BTU/SBVM anda.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 10
  12. Jika device anda mempunyai defect, EasyFix akan memberi confirmation selepas diagnose warna LED yang anda masukkan tadi.
    Cara Troubleshoot Unifi Guna EasyFix Step 10
  13. Terus sahaja log case kepada TM. Anda boleh copy paste result EasyFix dan untuk maklumkan support di LiveChat.

Sekiranya terdapat defect dan device masih lagi di dalam warranty, TM ganti dengan percuma. Jika kesalahan bukan disebabkan TM contohnya rosak akibat kilat atau water defect, pengguna mempunyai pilihan untuk mengganti sendiri device tersebut atau membeli set peralatan baru dengan kos mereka sendiri tanpa tempoh kontrak perkhidmatan diperpanjang.

Kesimpulan

Cara Lajukan Internet Unifi - Logo Unifi

Jika anda menghadapai masalah Unifi slow pada masa hadapan, saya cadangkan anda cuba dahulu tips dan cara lajukan Unifi yang kami senaraikan di atas.

Kebiasaanya kalau kelajuan Unifi di rumah saya mengalami masalah, saya akan terus refresh internet connection terlebih dahulu dan boleh dikatakan solusi ini berkesan. Dengan cara ini, anda boleh mendapat IP yang baru dan sambungan Unifi anda akan menjadi “fresh” kembali.

Selain itu, saya juga ada menetapkan recommended channel dan juga menggunakan Google DNS sebagai alternative. Setakat ini, tiada lagi masalah yang besar berlaku.

Baca juga: Cara Buat Link Whatsapp Paling Mudah (Tak Perlu Daftar)

Frequently Asked Questions (FAQ)

Kenapa Unifi selalu slow?

Kebiasaannya faktor utama yang menyebabkan Unifi slow adalah kerana terdapat network limitation seperti coverage wireless yang terhad dan jumlah pengguna yang tinggi pada satu-satu masa.

Bagaimana untuk dapatkan kelajuan Unifi yang optimum?

Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan penyambungan berwayar. Pastikan anda menggunakan kabel dan kad ethernet yang sesuai. Jika speed Unifi anda melebihi 100Mbps, gunakan kabel sekurang-kurangnya cat 5e dan kad Gigabit Ethernet.

Apakah cara terbaik untuk mengoptimumkan Unifi untuk pengguna WiFi?

Jika kelajuan Unifi langganan anda melebihi 100Mbps, pastikan anda menggunakan frekuensi 5Ghz, sekurang-kurangnya WiFi4 (802.11n) dan channel WiFi yang kurang digunakan jiran-jiran di sekeliling. Pastikan juga kedudukan router adalah di tempat yang terbaik.

Di manakah kedudukan router yang terbaik?

Router haruslah di letakkan di kawasan yang terbuka, yang terlindung dari kepanasan, tidak mempunyai halangan fizikal dan jauh dari peralatan elektrik yang mempunyai gangguan elektromagnetik.

Bagaimana cara untuk reset Unifi connection?

Cara yang paling mudah adalah dengan shutdown kesemua network device Unifi anda selama sekurang-kurangnya 10minit dan kemudian on kan semula. Ini untuk membolehkan konfigurasi internet Unifi direfresh semula. Anda juga boleh disconnect dan reconnect PPPoE connection di dalam router.



Sumber Rujukan:
1. Unifi Official Website
2. Telekom Malaysia Official Website

All images credit to Unifi & Pixabay