Cara Share Kredit Celcom

Cara Share Kredit Celcom Paling Cepat & Mudah

Khusus buat pengguna Celcom Postpaid dan Prepaid, ini panduan ringkas cara share kredit Celcom paling cepat dan mudah.

Jom belajar cara share kredit Celcom paling mudah. Dengan menggunakan servis Celcom Credit Share, anda boleh berkongsi kredit dari serendah RM1!.

Pernah ke anda mengalami peristiwa menyedihkan seperti tak boleh call sebab kredit low ketika masa-masa kecemasan? Yelah, tatkala memerlukan boleh pula kredit tak mencukupi ataupun tamat tempoh. Zaman sekarang, telefon bukan lagi lambang kemewahan tetapi kini boleh dikatakan sebagai keperluan. Kalau ada phone mahal-mahal tapi tak ada kredit pun tak guna kan?

Celcom ke Celcom
Credit: unsplash.com

Kredit telefon juga adalah salah satu keperluan. Tetapi pada masa-masa tertentu kita perlu ada sandaran jika berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tak diingini.

Pada posting kali ini, kami nak berkongsi dengan anda cara-cara bagaimana untuk memohon kredit Celcom daripada keluarga atau rakan-rakan terdekat dengan menggunakan Celcom Credit Share.

Apa itu Celcom Credit Share?

Celcom Credit Share adalah salah satu servis tambahan dari Celcom khusus untuk semua pengguna Celcom Postpaid dan Prepaid.

Dengan servis ini, pengguna Celcom boleh berkongsi kredit sesama pengguna rangkaian Celcom yang lain dengan cepat dan mudah.

Dengan Celcom Credit Share anda boleh:

  • Berkongsi atau share kredit dengan keluarga dan rakan yang menggunakan rangkaian Celcom.
  • Mohon atau request kredit dari keluarga dan rakan yang menggunakan rangkaian Celcom. (Hanya untuk Celcom Prepaid sahaja)

Syarat-Syarat Celcom Credit Share

Sebelum menggunakan servis ini, terdapat beberapa syarat yang anda perlu ketahu.

Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut.

  • Anda haruslah berada di Malaysia untuk menggunakan servis ini dan bukan dalam status Roaming.
  • Anda boleh berkongsi kredit dari akaun Celcom postpaid atau prepaid sahaja. (Kecuali pengguna Data Plan dan Celcom Xpax Prepaid Plan)
  • Untuk pengguna Celcom Prepaid, pastikan anda mempunya baki kredit sekurang-kurangnya RM2 sebelum mula berkongsi kredit.
  • Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj perkhidmatan seperti berikut:
    • Caj Credit Share – RM 0.50 (Penghantar)
    • Caj Credit Request – RM0.50 (Penghantar) + RM0.20 (Penerima)
  • Tempoh sah kredit adalah berbeza-beza mengikut kredit amaun seperti berikut:
    Nilai KreditTempoh Sah
    RM1.00 – RM2.001 hari
    RM3.00 – RM25.003 hari

Cara Share Kredit Celcom ke Celcom

Cara Share Kredit Celcom ke Celcom
Source: Celcom

Ada beberapa cara mudah untuk mula berkongsi kredit. Anda boleh mengaktifkan servis ini dan share kredit dengan menggunakan USSD code ataupun SMS. Selain itu, anda juga boleh request kredit dengan melalui SMS.

Tapi harus diingatkan lagi sekali bahawa servis ini hanya untuk pengguna Celcom sahaja. Maksudnya anda boleh share kredit dari Celcom ke Celcom sahaja.

Kalau nak share kredit dari Celcom ke nombor lain yang menggunakan rangkaian telco seperti Maxis, Digi, Umobile, TuneTalk, RedOne, XOX dan rangkaian yang lain tak boleh ye.

1. Cara Share/Request Kredit Celcom Guna USSD

Langkah 1 – Buka menu dial call
Langkah 2 – Taip *365*3#
Langkah 3 – Tekan 1 untuk share kredit dan Tekan 2 untuk request kredit

2. Cara Transfer Kredit Celcom Guna SMS

Langkah 1 – Buka menu SMS
Langkah 2 – Taip RM<jumlah yang mahu dikongsi> dan hantar SMS ke 1<nombor penerima>

Contoh: RM5 dan hantar SMS ke 10191234567

3. Cara Request Kredit Celcom Guna SMS

Langkah 1 – Buka menu SMS
Langkah 2 – Taip RM<jumlah yang mahu dimohon> dan hantar SMS ke 1<nombor penghantar>

Contoh: RQ RM5 dan hantar SMS ke 10191234567

Pastikan anda jangan lupa letak nombor 1 dihadapan nombor penerima. Jika transaksi berjaya, anda akan menerima SMS seperti di bawah:

RM0. TQ for using Celcom Credit Share svc. You’ve transferred RM5 to 0191234567. Your current bal on 25/03/20 is RM30.00. RM0.50 svc charge has been deducted from your account.

Cara Transfer Kredit Celcom ke Indonesia

Cara Transfer Kredit Celcom ke Indonesia
Credit: unsplash.com

Ramai yang bertanya bagaimanakah caranya kalau nak transfer kredit Celcom ke Indonesia?

Boleh sahaja. Bahkan bukan sahaja Indonesia, anda boleh transfer kredit Celcom ke semua rangkaian telco terpilih di seluruh Asia dengan menggunakan International Credit Share.

Kalau ke Indonesia, anda boleh transfer kredit Celcom ke Telkomsel Kartu AS, Telkomsel Simpati, XL Axiata, Bakrie Esia, Hutchison Three, Indosat, Indosat IM3, Indosat Mentari dan SmartFren.

Caranya mudah sahaja dong!

1. Cara Share Kredit Celcom ke Indonesia Guna USSD

Langkah 1 – Buka menu dial call
Langkah 2 – Taip *162*3# Masukan nomor Indonesia <62xxxxxxxxxxxx>
Langkah 3 – Kemudian pilih nilai pengisian pulsa

Contoh: *162*3#6212345678912 dan tekan butang dial

2. Cara Transfer Kredit Celcom Guna SMS

Langkah 1 – Buka menu SMS
Langkah 2 – Taip <SEND/KIRIM/SHARE/KONGSI> <Nomor Handphone Penerima> <Pilihan nilai pengisian pulsa> dan hantar SMS ke 22162

Contoh: KIRIM 6212345678912 5 dan hantar SMS ke 22162

Pastikan anda jangan lupa letak kod negara 62 dihadapan nombor penerima.

3. Pilihan dan Nilai Pengisian Pulsa

Boleh rujuk jadual di bawah untuk pilihan dan nilai pengisian pulsa.

PilihanNilai Pengisian Pulsa
1IDR5,000
2IDR10,000
3IDR20,000
4IDR25,000
5IDR50,000
6IDR100,000

Cara Transfer Kredit Celcom ke Negara Lain di Asia

Cara Transfer Kredit Celcom ke Negara Asia
Source: Celcom

Celcom International Credit Share atau dahulunya dikenali sebagai International Airtime Transfer adalah sebuah servis tambahan dari Celcom untuk memudahkan pengguna berkongsi kredit Celcom ke negara-negara lain di Asia.

Dengan servis ini, anda boleh pindah kredit Celcom ke semua rangkaian telco terpilih di seluruh Asia. Berikut kami senaraikan nama dan telco yang terpilih untuk setiap negara untuk rujukan bersama.

Caranya sama sahaja tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi USSD dial code dan juga country code mengikut negara seperti yang diterangkan di dalam jadual di bawah.

Melalui SMS
Langkah 1 – Taip <SEND/KIRIM/SHARE/KONGSI> <Nombor penerima> <Nilai Pengisian>
Langkah 2 – Hantar SMS ke22162.

Melalui USSD
Langkah 1 – Dial *162# or *141*7#
Langkah 2 – Masukkan nombor penerima bermula dengan kod negara
Langkah 3 – Pilih nilai pengisian

Senarai Negara dan Rangkaian Telco Terpilih

NegaraTelco Terpilih
BangladeshBangladesh Airtel, Bangladesh Banglalink, Bangladesh GrameenPhone, Bangladesh Robi Axiata
CambodiaCambodia CamGSM (Mobitel), Cambodia Metfone, Cambodia Smart Axiata
ChinaChina Mobile, China Telecom, China Unicom
IndiaIndia Aircel, India Bharti Airtel, India BSNL, India Idea Cellular, India Loop Mobile, India Reliance Communications, India Tata Teleservices, India Uninor, India Videocon, India Vodafone
IndonesiaIndonesia Bakrie Esia, Indonesia Hutchison Three, Indonesia Indosat, Indonesia Indosat IM3, Indonesia Indosat Mentari, Indonesia SmartFren, Indonesia Telkomsel Kartu AS, Indonesia Telkomsel Simpati, Indonesia XL Axiata
MyanmarMyanma Post & Telecommunications, Myanmar Telenor
NepalNepal Ncell, Nepal Telecom GSM
PakistanPakistan Mobilink, Pakistan Telenor, Pakistan Ufone, Pakistan Warid, Pakistan Zong
PhilippinesPhilippines Globe Telecom, Philippines Smart Communications, Philippines Sun Cellular
Sri LankaSri Lanka Airtel, Sri Lanka Dialog Axiata, Sri Lanka Etisalat, Sri Lanka Hutchison, Sri Lanka Mobitel
ThailandAdvanced Info Service, Thailand Dtac, Thailand True Move
VietnamVietnam Beeline, Vietnam EVN Telecom, Vietnam Mobifone, Vietnam Mobile, Vietnam S-Fone, Vietnam Viettel Mobile, Vietnam Vinaphone

Senarai Kod USSD dan Kod Negara

NegaraUSSD CodeKod Negara+No Telefon
Bangladesh*162*1#<880xxxxxxxxxxxx>
India*162*2#<91xxxxxxxxxxxx>
Indonesia*162*3#<62xxxxxxxxxxxx>
Pakistan*162*4#<92xxxxxxxxxxxx>
Philippines*162*5#<63xxxxxxxxxxxx>
Thailand*162*6#<66xxxxxxxxxxxx>
Vietnam*162*7#<84xxxxxxxxxxxx>
China*162*8#<86xxxxxxxxxxxx>
Sri Lanka*162*9#<94xxxxxxxxxxxx>
Nepal*162*10#<977xxxxxxxxxxxx>
Cambodia*162*11#<855xxxxxxxxxxxx>
Myanmar*162*12#<95xxxxxxxxxxxx>

Daily Limit Celcom Credit Share

Terdapat daily limit untuk penggunaan Celcom Credit Share yang berbeza mengikut jenis plan dan permintaan pengguna.

Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui daily limit yang berkaitan dengan Celcom plan masing-masing.

Daily Limit
Prepaid to PrepaidPostpaid to Prepaid
Maximum RM100 sehari
(RM25 per transaksi)
RM50 sehari
(RM25 per transaksi)

Cara Share Kredit Celcom ke Nombor Lain

Seperti yang diberitahu sebelum ini, servis Celcom Credit Share ini hanya terhad kepada pengguna rangkaian Celcom sahaja.

Anda hanya boleh berkongsi kredit Celcom ke nombor yang menggunakan rangkaian Celcom sahaja. Pada ketika ini, anda tiada cara untuk share kredit Celcom ke nombor-nombor lain yang menggunakan rangkaian selain Celcom.

Pada pendapat kami, servis seperti ini haruslah diperluaskan supaya pengguna Celcom dapat berkongsi kredit dengan rangkaian telco yang lain seperti seperti Maxis, Digi, Umobile, TuneTalk, RedOne, XOX dan sebagainya

Conclusion

Jadi bagaimana? Mudah sahaja bukan cara-cara untuk berkongsi kredit dengan Celcom.

Kesimpulannya, terdapat dua cara mudah untuk share kredit Celcom iaitu melalui USSD code ataupun SMS. Pada pendapat kami, kedua-dua cara tersebut sangat mudah difahami dan dipraktikan.

Anda harus tahu kedua-dua cara ini untuk memudahkan anda jika berhadapan dengan masalah dan kecemasan yang mungkin memerlukan kredit untuk membuat panggilan telefon. Secara peribadi, kami lebih gemar untuk menggunakan USSD code kerana ianya lebih cepat dan mudah.

Setakat itu sahaja posting untuk kali ini dan jikanya ilmunya bermanfaat, mohon dikongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda. Terima kasih.

Jom belajar kira BMI: Cara Kira BMI Paling Mudah Guna Kalkulator



Sumber Rujukan:
1. Celcom Offical Website
2. Onboard Celcom Community

Cover image credit to Unsplash.com