Resepi

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Marvellous

Ini resepi ayam masak merah simple yang tidak boleh dipandang enteng. Walaupun simple bersahaja, rasanya marvellous tak kira masa.

Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah, ada yang ala-ala kenduri, ada yang manis dan ada juga yang pedas melahar. Konsepnya lebih kurang sama tapi resepinya sedikit berlainan.

Bagi saya resepi ayam masak merah simple ini boleh dikira sebagai all-time favourite. Sangat sesuai untuk dihidang pada bila-bila masa tak kira waktu. Kadang-kadang untuk sarapan pun jadi.

Ketika sambutan hari raya Aidilfitri tak perlu cakaplah, ianya memang salah satu masakan perayaan yang wajib. Anak-anak memang selamba layan ratah ayam masak merah depan TV tanpa rasa segan silu dan bersalah.

Resepi Ayam Masak Merah Simple

Pada posting resepi kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca satu resepi ayam masak merah simple.

Ianya mudah, sedap dan sesuai untuk setiap lapisan umur tak kira jantina dan bangsa. Selamat mencuba.

Print

Resepi Ayam Masak Merah Simple

Walaupun simple tapi marvellous.
Course Main Course
Cuisine Malay
Keyword ayam masak merah
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes
Total Time 25 minutes
Servings 3 people
Calories 140kcal

Ingredients

  • 5 ketul ayam
  • 3 sudu besar cili boh (Boleh tambah jika mahu lagi pedas)
  • 100 gram tomato puree
  • 1-2 biji bawang merah besar (Dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (Dikisar halus)
  • 2 inci halia (Dikisar halus)
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Minyak masak
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit
  • Sedikit daun sup (Untuk hiasan)

Instructions

  • Kita mula dengan menggoreng ayam. Lumur ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Agak-agak sahaja.
  • Kemudian terus goreng ayam ikut kegaringan yang anda suka. Saya suka garing-garing sikit. Angkat dan ketepikan.
  • Dengan minyak yang sama, tumis dahulu serai yang telah dititik sampai naik bau. Kemudian tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar halus sehingga wangi.
  • Seterusnya masukkan pula cili boh, tomato puree dan kiub ayam Maggi. Kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan sedikit hirisan daun sup sebagai hiasan.
  •  Siap. Resepi ayam masak merah simple sedia untuk dihidang.

Tips Resepi Ayam Masak Merah Simple

Terdapat pelbagai cara dan tips untuk mendapatkan ayam masak merah yang sedap. Semuanya terpulang kepada tuan empunya resepi.

Tetapi untuk saya ada beberapa tips yang sering saya lakukan. Antaranya adalah:

Baca juga: Resepi Ayam Masak Lemon Madu

1. Guna kembali minyak gorengan ayam untuk menumis

Selain dapat menjimatkan minyak, minyak hasil gorengan ayam tadi sudah mempunyai rasa yang tersendiri.

Jika minyak terlalu banyak, boleh keluarkan dan guna yang mana yang mahu sahaja.

2. Tumis dahulu serai sehingga naik bau

Tumis dahulu serai yang sudah dititik sehingga naik bau sebelum mula menumis bahan-bahan kisar yang lain.

Cara ini akan menjadikan ayam masak merah kita lebih wangi dan sedap.

3. Tumis rencah sehingga pecah minyak

Ini adalah salah satu perkara wajib dan biasa diamalkan oleh orang yang terdahulu.

Sambal yang garing akan bertukar warna menjadi lebih gelap menandakan ianya sudah masak sempurna.

4. Kisar halus rencah ayam masak merah

Ada yang gemar menggunakan hirisan bawang merah, tetapi saya lebih gemarkan sambal yang smooth teksturnya.

Jadi saya lebih suka bahan rencah dikisar halus.

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Diet