Kalau dah selalu hadap ayam goreng lama-lama boring juga kan. Apa kata kita cuba resepi ayam buttermilk cheese pula.
Dalam banyak-banyak resepi, ini adalah salah satu resepi berasaskan ayam yang paling saya suka. Kenapa? Sebab resepi ayam buttermilk cheese ini sangatlah sedap dan mudah untuk disediakan.
Jadi pada kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda resepi ayam buttermilk cheese yang rasanya masin, lemak manis, pedas, pekat dan memikat ini. Sangat sesuai untuk menaikkan selera anak-anak anda!
Resepi ini sangat mudah untuk disediakan. Rasanya pula sedap, pekat dan memikat
Course Main Course
Cuisine Malay
Keyword Ayam Buttermilk Cheese
Prep Time 10 minutesminutes
Cook Time 15 minutesminutes
Total Time 25 minutesminutes
Servings 4people
Calories 800kcal
Ingredients
4ketulAyam Bahagian Dada atau Ribs(Potong kepada ketulan yang lebih kecil untuk senang dimakan)
1/2bijiBawang Merah Besar(Dikisar halus)
4ulasBawang Putih(Dikisar halus)
200gramButter(Jenama Buttercup)
2cawanSusu Sejat Cair(Jenama Saji)
2keping Cheddar Cheese(Jenama Chesdale)
2tangkaiDaun Kari(Ambil daun sahaja)
6sudu besarTepung Bestari
1/2kiubPati Ayam Maggi
2bijiCili Padi Merah(Boleh tambah jika suka pedas)
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Instructions
Penyediaan Ayam Goreng
Mula-mula kita prepare ayam goreng dahulu k.
Bersihkan ayam dan potong kepada ketulan-ketulan sederhana besar supaya mudah kita nak makan nanti.
Kemudian salut ketulan ayam dengan tepung Bestari. Perapkan ayam sebentar dalam 2-3 minit.
Selesai perapan, goreng ayam sehingga berwarna kuning keemasan.
Penyediaan Sos Buttermilk Cheese
Masuk dan cairkan butter di dalam pan. Elok pakai non-stick pan.
Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan pula pati ayam, cili padi serta daun kari. Kacau sebentar dalam 1-2 minit.
Seterusnya masukkan susu sejat cair dan kacau sehingga susu mendidih. Jika terlampau pekat tambahkan sedikit susu sejat cair dan air.
Jika kurang masin, perasakan dengan garam secukup rasa. Ok sos buttermilk cheese siap!
Penyediaan Ayam Buttermilk Cheese
Setelah kuah kelihatan sebati, masukkan pula kepingan cheddar cheese yang dicarik-carik sedikit.
Kemudian, masukkan ketulan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua ayam bersalut dengan kuah.
Kacau sekejap dalam 1-2 dan kemudian ayam buttermilk cheese sudah boleh dihidang!
Cadangan Hidangan Resepi Ayam Buttermilk Cheese
Tak susah mana pun, hidang saja dengan nasi putih panas-panas bersama sedikit salad. Mudah dan sedap!
Ini antara cadangan hidangan paling mudah dan ringkas untuk resepi ayam buttermilk cheese ini. Saya selalu hidangkan macam ini sahaja dan syukur Alhamdulillah anak-anak suka sangat-sangat dan selalu makan sampai habis.
Kadang-kadang tu sampai digaulnya kuah sos bersama nasi tambah. Seronok kita lihat kalau anak-anak makan banyak. Rasa berbaloi dan hilang penat kita memasak di dapur.
Itu sahaja resepi saya untuk kali ini, saya harap anda boleh cuba resepi ayam buttermilk cheese ini. Semoga posting ini memberi manafaat kepada anda semua. Terima kasih!
View Comments
Wow..nampak sedap!!
Hehe boleh cuba tuan
Yummie ..mesti sedap dan mesti cuba.Teroma kasih atas perkongsian resepi sedap ni
Sama-sama tuan. Terima kasih.
Padu kui
dah try ke jeh