6 Staycation Berdekatan KL untuk Percutian Hujung Minggu

Bercuti tak perlu jauh-jauh, ini lokasi 6 staycation berdekatan KL untuk percutian hujung minggu yang tenang dan santai.

Sesekali teringin nak pergi bercuti nun jauh di utara dan selatan tetapi apakan daya cuti tak panjang. Kalau mahu diikutkan juga, memang banyak masa habis di perjalanan begitu sahaja. Baru je sampai ke destinasi, esok dah kena bersiap-siap balik ke ibukota.

Inilah salah satu dilema wargakota termasuklah saya ketika merancang percutian. Apakan daya, cuti hanya pada hujung minggu sahaja. Masanya tidak panjang tetapi aktiviti percutian sebolehnya hendak dimaksimumkan. Belum campur masa untuk jalan-jalan cari makan lagi tu.

Sebenarnya bercuti tak perlu jauh-jauh jika tempoh cutinya singkat. Apa yang penting kita harus cari dan pilih lokasi berdekatan yang paling sesuai dengan kehendak percutian kita.

Jika mahu lebihkan masa percutian, kita hanya perlu minimumkan waktu perjalanan. Seeloknya cari destinati percutian yang jaraknya kurang 2 – 3 jam waktu pemanduan.

Inilah konsep staycation. Bercuti di lokasi yang berdekatan sahaja tetapi apa yang paling penting adalah misi dan objektif percutian itu sampai. Berikut saya senaraikan 6 lokasi Staycation KL yang boleh anda cuba.

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Credit Lexis Hibiscus

Dengan jarak pemanduan kurang dari 2 jam dari Kuala Lumpur, percutian ke Port Dickson sememangnya sering menjadi pilihan wargakota.

Jika selalu stress menghadap kerja di pejabat, ‘Vitamin Sea’ dengan dos yang betul sangatlah diperlukan untuk kembali cergas.

Lexis Hibiscus adalah salah satu staycation pilihan ramai di Port Dickson. Manakan tidak, disini bukan sekadar deruan ombak malah percutian anda terus diaktifkan di atas lautan.

Credit Google Map Images

Ditambah pula dengan private pool yang luas, memang anak-anak berendam sakan setiap masa tak kira siang atau malam.

Alamat: Batu 12, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Telefon: +606-660 2626

2. Grand Lexis Port Dickson

Selain Lexis Hibiscus, saya juga recommend anda untuk cuba check in di Grand Lexis jika mahu mencari penginapan dengan private pool di Port Dickson.

Percayalah, setakat dan ketika posting ini ditulis, hanya dua penginapan ini sahaja yang memberikan private pool yang luas dan memuaskan hati.

Jika bilangan keluarga ramai, anda boleh memilih Grand Pool Villa yang mempunyai 2 katil bersaiz king dengan ruang kediaman yang lapang. Hatta ruang dalaman tandas pun sangat luas dan selesa.

Terdapat juga satu set meja makan jati yang disediakan untuk anda minum petang atau makan malam sambil bersantai-santai di sebelah private pool.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: +606-653 2000

3. The Pines Melaka

Credit The Pines Melaka

Selain Port Dickson, Melaka juga adalah salah satu destinasi staycation berdekatan KL yang boleh anda cuba. Antara penginapan yang bagus dan memuaskan hati adalah seperti The Pines Melaka.

Jika anda mementingkan keselesaan dan kebersihan, The Pines Melaka adalah satu pilihan yang bijak dan berbaloi untuk percutian berkualiti bersama keluarga pada hujung minggu.

Kedudukannya sangat strategik memudahkan anda bergerak ke tempat-tempat menarik di Melaka dengan cepat dan mudah. Port untuk makan-makan jangan cerita, bersepah dimana-mana.

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Telefon: +606-240 2323

Sedikit tips, cuba request atau pilih bilik yang menghadap Kampung Morten kerana pemandangan Kampung Morten pada waktu malam sangat santai dan mengasyikkan.
Baca juga: 10+ Senarai Homestay Kampung Morten Melaka

4. AVANI Sepang Goldcoast Resort

Credit AVANI

Jika masih tak jemu dengan pantai dan lautan, boleh cuba pula staycation di Pantai Bagan Lalang yang dikenali sebagai AVANI Sepang Goldcoast Resort.

Walaupun tiada private pool, suasana bilik dan persekitaran di pantai Bagan Lalang pun tidak kurang hebatnya. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa cukup mudah untuk membuatkan kita terlena dibuai mimpi.

Waktu makan malam sering ditunggu-tunggu kerana terdapat banyak restoran makanan laut yang sedap-sedap belaka. Restoran Terapung HM Sri Bagan adalah salah satu restoran seafood kegemaran saya sekeluarga setiap kali berkunjung ke Pantai Bagan Lalang.

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Telefon: +603-3182 3600

5. Zenith Putrajaya

Credit Zenith Putrajaya

Selain view indah Masjid Putra Putrajaya serta deretan bangunan-bangunan kerajaan yang tak jemu mata memandang, terdapat pelbagai tempat menarik di Putrajaya yang boleh anda kunjungi.

Tidak hairanlah Putrajaya sering menjadi salah satu lokasi staycation pilihan ramai di kalangan wargakota. Antaranya ialah seperti Zenith Putrajaya yang lokasinya terletak betul-betul berhadapan dengan tasik Putrajaya.

Credit Google Map Images

Apa yang lebih menarik adalah semua bilik menghadap tasik dan anda boleh melihat pemandangan Masjid Putra dan Jambatan Seri Wawasan terus dari kaca tingkap masing-masing.

Alamat: Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, WP Putrajaya
Telefon: +603-8893 9993

6. Le Méridien Putrajaya

Credit Marriot

Pasti ada sebilangan orang yang gemar mengunjungi pusat membeli belah sebagai salah satu aktiviti ketika bercuti bukan?

Jika anda tergolong dalam kategori ini, Le Méridien Putrajaya adalah lokasi staycation paling tepat untuk anda. Manakan tidak, turun sahaja bilik hotel anda boleh terus bershopping di IOI Mall tak kira waktu!

Alamat: Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, WP Putrajaya
Telefon: +603-8689 6888

Baca juga: Cherry Blossom di Jeju