Boring dengan penginapan di hotel? Jom rasai keseronokkan kehidupan kampung di homestay Kampung Morten Melaka.
Ini adalah senarai homestay Kampung Morten untuk mereka yang mahu merasai keunikkan kehidupan di satu-satunya perkampungan warisan Melayu yang masih aktif di tengah-tengah Bandaraya Melaka.
Kampung Morten sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja namanya pasti ramai yang terkenangkan kecantikkan rumah-rumah tradisional Melayu Melaka yang dihiasi kerlipan lampu neon tatkala menyelusuri Sungai Melaka ketika malam hari.
Mahupun perkampungan ini sudah wujud sejak tahun 1920an, kebanyakkan penduduk Kampung Morten masih mengekalkan ciri-ciri dan rekabentuk asal rumah tradisional mereka. Jika ada pengubahsuaian sekalipun, struktur asalnya masih lagi dijaga.
Boleh dikatakan lebih dari separuh penduduk kampung masih mengekalkan dan menjaga struktur asal rumah tradisional mereka. Sebahagiannya juga telah menaiktaraf dan menjadikan rumah mereka sebagai homestay ataupun kampungstay.
Disebabkan sambutan pelancong yang sangat menggalakkan, Kampung Morten telah diwartakan sebagai perkampungan tradisional serta pusat tarikan pelancong di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988.
Jika anda ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehidupan homestay Kampung Morten yang berada di tengah-tengah bandaraya Melaka.
Di sini kami senaraikan homestay Kampung Morten yang boleh anda cuba. Kadang-kadang duduk hotel pun boring juga bukan? Betul tak?
Harga semasa tidak disertakan kerana mungkin berubah mengikut peredaran masa. Untuk pertanyaan lanjut mengenai harga penginapan, boleh rujuk dan hubungi nombor telefon yang tertera.
1. Rumah Warisan Haji Joret Ali
Pada pendapat kami, Rumah Warisan Haji Joret Ali merupakan salah satu homestay Kampung Morten yang paling cantik di Melaka.
Dibina pada tahun 1922, rumah ini yang sudah berusia lebih kurang 98 tahun ini sering menjadi tumpuan ramai untuk sesi bergambar. Ruang parkingnya juga agak luas dan selesa.
Alamat: No. 124, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +606-2827698 (Rumah) / +6012-6365100 (Encik Nasir) / +6016-6416472 (Puan Liza) / Website
2. Traders Villa (Villa Warisan Melaka)
Villa Warisan Melaka atau sering dipanggil juga Trader’s Villa mungkin adalah homestay Kampung Morten yang lebih bercirikan komersial. Luaran kampung tetapi dalamannya moden.
Ianya juga mampu memuatkan maksimum 20 orang dengan kapasiti 9 bilik di mana setiap bilik mempunyai kemudahan tandas dan aircond.
Selain itu, anda juga boleh menempah villa ini untuk sebarang events seperti reunion, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Alamat: No. 41 & 42, Jalan Tun Mamat 3, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6011-35752575 (Jebat) / Facebook @VillaWarisanMelaka
3. Yunus Homestay
Yunus Homestay sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ianya merupakan salah sebuah homestay yang paling popular di Kampung Morten.
Homestay ini juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Kampung Morten seperti Sungai Melaka, kedai-kedai makan dan mercu-mercu tanda yang lain.
Alamat: No. 104, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6013-7782525 (Hajah Mariam) / Facebook @yunushomestaykgmorten
4. Juriah Bt. Ismail Home Stay
Juga terletak berhadapan dengan Sungai Melaka, homestay Kampung Morten milik Juriah Bte Ismail ini juga sering mendapat tempahan ramai.
Terdapat juga kawasan untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati keindahan kampung.
Alamat: No. 121, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6017-6714346 / +6017-4448479 (Putih Bte Ismail @ Hjh Kamariah) / +6017-6484405 (Mariam)
5. Kak Yah Homestay
Kak Yah Homestay merupakan salah satu homestay Kampung Morten yang sering juga menjadi pilihan pelancong. Ini disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan lokasi tumpuan ramai seperti pintu gerbang Kg. Morten, kedai-kedai makan dan sebagainya.
Pendek kata boleh berjalan sahajalah jika mahu ke mana-mana. Halamannya juga luas dan mampu memuatkan 2-3 biji kereta.
Alamat: No. 101, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6017-2910070 (Kak Yah) / +6012-6063951 (Fieqah) / +6017-3603951 (Fieqah) / Facebook @Kak-Yah-Homestay-Kg-Morten
6. Homestay Tun Mamat
Jika anda bercadang untuk bercuti dengan bilangan ahli keluarga atau rakan-rakan yang ramai, boleh cuba menginap di Homestay Tun Mamat.
Homestay Kampung Morten ini mampu memuatkan 15 orang untuk satu-satu masa dimana terdapat 6 katil queen, 6 tandas dan 3 unit aircond.
Alamat: No. 75, Jalan Tun Mamat 2, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6012-2290848 / +6019-3798242
7. Irna Homestay Guesthouse
Terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka, Irna Homestay adalah salah satu pilihan ramai untuk homestay Kampung Morten. Parkingnya berpagar dan mampu memuatkan 2 biji kereta.
Alamat: No. 114, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6019-3798242 / +6017-6485470 / Facebook @homestaykgmorten
8. Kak Leka Homestay
Walaupun di luarnya kelihatan seperti sebuah rumah batu, tetapi sebenarnya struktur asal rumah kayu di Kak Leka Homestay masih lagi kekal dijaga.
Di tengah-tengah rumah terdapat sebuah rumah kayu tradisional Melaka selesa untuk penginapan kampung stay. Terdapat 2 katil queen dan 2 single bed di atas loteng.
Alamat: No. 110, Jalan Tun Mamat 2, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6019-6821929
9. C-Mah Homestay
C-Mah Homestay ini terletak bersebelahan sahaja dengan Homestay Juriah Bte Ismail.
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, boleh sewa kedua-dua homestay yang terletak betul-betul berhadapan dengan Sungai Melaka ini.
Alamat: No. 123, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6012-6401944 (Simah) / +6012-3627207 (Nazri) / +6016-7022645 (Yan)
10. D’Morten Homestay
D’Morten Homestay atau Homestay Azahar ini sangat comel dan cantik. Ianya bersebelahan sahaja dengan Irma Homestay dan berdekatan juga dengan Sungai Melaka.
Alamat: No. 115, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6017-6332027 / Facebook @homestayazahar
11. Hasya Hasif Kampung Stay
Hasya Hasif Kampung Stay juga merupakan pilihan homestay Kampung Morten yang selesa.
Walaupun bukan berhadapan dengan Sungai Melaka, ianya masih bukan satu masalah kerana jaraknya untuk ke Sungai Melaka hanya kurang 1-2 minit berjalan kaki.
Alamat: No. 79, Jalan Tun Mamat 2, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6016-3819756 (Halaludin) / +6016-3636199 (Hashila) / Facebook @HASYA-HASIF-Kampung-Stay
12. Md Shah Home Stay
Md Shah Homestay juga merupakan salah satu pilahan homestay yang terdapat di Kampung Morten.
Tempat Menarik & Port Makan di Kampung Morten, Melaka
Terdapat beberapa tempat dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan jika berada di sini. Selain itu, ada juga port-port makan yang best di Kampung Morten.
Kebanyakkannya lokasi yang kami kongsikan ini bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong tempatan bahkan sudah dikunjungi pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Villa Sentosa
Ini adalah lokasi yang wajib anda lawati jika berpeluang berkunjung ke Kampung Morten. Rumah ini adalah kediaman asal salah seorang pengasas Kampung Morten.
Kini rumah ini telah diubahsuai dan dinamakan sebagai Villa Sentosa untuk dijadikan sebagai sebuah muzium persendirian. Tiada bayaran dikenakan tetapi sumbangan anda amat dialu-alukan.
Di sini anda boleh belajar mengenai sejarah Kampung Morten dan melihat sendiri koleksi-koleksi peralatan dan perabot antik yang dijaga rapi oleh tuan rumah.
Alamat: Villa Sentosa, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6019-6326650 (Hj. Ibrahim Bin Hj. Hashim) / Website
Rumah Warisan Hajah Kamarbee (Rumah Merdeka)
Rumah Warisan Hajah Kamarbee yang dikenali juga sebagai Rumah Merdeka adalah sebuah rumah tradisional Melayu Melaka milik Puan Hajah Kamarbee bte Haji Abu Bakar.
Rumah Merdeka ini sememangnya cukup popular di Melaka. Manakan tidak, setiap kali pelancong menaiki River Cruise Melaka, pasti semuanya akan tertumpu kepada sebuah rumah bumbungnya terpampang indah bendera Malaysia.
Oh ya, di sini anda bebas untuk bergambar di kawasan rumah. Tak perlu malu-malu ya.
Alamat: No. 135-A, Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Contact: +6017-3425526 (Hajah Aminah) / +6012-2759088 (Mohd. Fadzrul) / +6019-3020230 (Mohd Saiful) / Website
EY Cafe Morten
Bersebelahan sahaja dengan Villa Sentosa, terdapat sebuah tempat makan best yang bernama EY Cafe Morten. Kini cafe ini telah diubahsuai dan dinaiktaraf untuk keselesaan ramai.
Port makan ini sangat dikenali dengan hidangan Mee Rebus Sentosa dan Nasi Lemak. Tetapi jangan datang waktu pagi ye, cafe ini hanya dibuka selepas pukul 4 petang sehingga 11 malam.
Alamat: Jalan Tun Mamat 1, Kg. Morten, 75300 Melaka Waktu Operasi: 4:00PM – 11:00PM Contact: +6014-227 2167 / Facebook @eycafemorten
Teratak Ayah Bonda Cafe
Di Teratak Ayah Bonda Cafe ini terletak berdekatan sahaja dengan pintu gerbang Kampung Morten. Di sini boleh dikatakan lebih menjurus kepada konsep food court.
Terdapat pelbagai vendor yang meniaga di sini. Antaranya seperti menu goreng-goreng, yong tau fu, satay dan burger. Apa yang menarik adalah terdapat pilihan seating outdoor yang betul-betul bersebelahan dengan Sungai Melaka.
Sambil menjamu selera anda boleh menikmati keindahan lampu-lampu LED di sepanjang Sungai Melaka dan meraikan kemeriahan River Cruise Melaka yang tak jemu-jemu lalu lalang di situ.
Alamat: No. 100, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 6:45PM – 2:00AM Contact: +6010-243 5357 / Facebook @teratakayahbondacafe
Nasi lemak Istimewa Sri Morten / Nasi Lemak Special Kak Som Deraman
Nasi Lemak Istimewa Sri Morten atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Kak Som Deraman adalah salah satu port nasi lemak yang terkenal di Kampung Morten.
Pemiliknya Abdul Rahman Bin Thamby Ali sudah berniaga lebih 36 tahun dan pada pendapat kami ini adalah salah satu port nasi lemak yang sedap di Melaka.
Harus diingatkan anda kena datang awal ye. Nasi lemak sini cepat habis.
Alamat: No. 108, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka Waktu Operasi: Dari 5 petang 10:00PM Contact: +6012-3018530 / +6014-2615353 / Instagram @nasilemaksrimorten
Kesimpulan
Menarik bukan Homestay Kampung Morten? Inilah perkampungan Warisan Melayu yang perlu kita jaga dan banggakan.
Secara peribadi, kita harus memperbanyakkan lagi kawasan-kawasan pelancongan yang beridentitikan warisan, budaya dan kesenian Melayu.
Pelancong luar mahukan identiti ini diserlahkan dan dimajukan. Takkan kita hanya mahu menonjolkan shopping mall sahaja bukan?