20+ Tempat Menarik di Jelebu, Negeri Sembilan – Updated 2020
Seronok bersiaran di Jelebu Tanah Beradat. Banyak lokasi dan tempat menarik di Jelebu yang unik-unik belaka.
Buat kaki-kaki outdoor, terdapat banyak tempat menarik di Jelebu yang boleh diterokai.
Jelebu adalah daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan dan 62% kawasannya masih dilitupi hutan. Ini menjadikan Jelebu cukup terkenal dengan kepelbagain flora dan fauna serta kekayaan alam semulajadi. Selain itu,terdapat juga tempat-tempat menarik yang masih tersimpan sejarah Jelebu serta mungkin masih tidak diketahui ramai.
Tahukah anda Jelebu merupakan daerah yang paling kurang menerima hujan di Negeri Sembilan menjadikan tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan
Jadi kali ini kami ke daerah Jelebu untuk mencari dan membawakan kepada anda lebih dari 20 tempat-tempat menarik di Jelebu yang terdiri daripada pusat-pusat reakreasi setempat, port hiking & outdoor, penginapan & homestay, kawasan-kawasan bersejarah dan sebagainya. Jom lihat senarai ini.
Buat penggemar aktiviti outdoor, Taman Negeri Kenaboi yang terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi adalah tempat menarik di Jelebu yang harus anda lawati
Taman Negeri ini kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar serta juga terkenal dengan port-port yang best untuk aktiviti outdoor dan sukan lasak.
Jika anda berminat untuk ke Taman Negeri Kenaboi, boleh cuba explore tempat-tempat menarik seperti berikut:
1.1. Lata Kijang
Ketinggian air terjun Lata Kijang adalah sekitar 93 meter dan ianya merupakan yang tertinggi di Negeri Sembilan.
Anda perlu melalui 30 minit perjalanan yang lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke Lata Kijang ini.
1.2. Gunung Besar Hantu
Gunung Besar Hantu yang mempunyai ketinggian 1,462 meter ini pula adalah gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan.
Jarak ke puncak sekitar 10km sehala dan kebiasaannya akan mengambil lebih kurang 4 ke 6 jam untuk sampai ke puncak.
Anda juga boleh ke Jeram Berungut dengan berjalan kali sejauh lebih kurang dua kilometer sahaja dari pejabat Taman Negeri Kenaboi.
Apa yang menarik di Jeram Berungut ini ialah ianya diapit dengan tebing berbatu setinggi 40 meter menjadikan view di sini amat unit dan cantik. Airnya pula sangat sejuk dan jernih.
1.4. Lata Dinding
Selepas hiking Gunung Besar Hantu, kalau sempat anda boleh singgah ke Lata Dinding yang juga dikenali sebagai Jeram Dinding atau Jeram Cermin.
Kalau nak terus hiking ke Lata Dinding pun boleh dan jaraknya dalam 10km sehala. Port ni memang best sangat-sangat. Dijamin puas hati!
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Taman Negeri Kenaboi, anda bolehlah berhubung terus dengan Pegawai Perhutanan Daerah seperti yang tertera di bawah:
Rumah yang dibina tanpa paku ini dikatakan sudah berusia lebih dari 144 tahun dan berasal dari Payakumbah, Sumatera Barat.
Anda pasti terpukau melihat kecantikan Rumah Gadang Budi yakni sebuah rumah kayu lama dengan senibina asli Minangkabau yang tersergam indah di sini.
Dahulunya, rumah ini diletakkan di Gunung Pasir, Sri Menanti dan kemudiannya dipindahkan ke Kampung Gagu.
Pemandangan di Kampung Gagu juga sangat indah dan permai kerana dikelilingi bukit bukau, sawah padi dan dusun buah-buahan.
Terletak hanya kurang 10 minit pemanduan dari Pekan Kuala Klawang, Laman Padi Kampung Gagu adalah salah satu tempat menarik di Jelebu yang wajib anda lawati.
Antara tempat menarik di Jelebu yang semakin mendapat perhatian ramai adalah Glamping@Kongkoi.
Glamourous camping atau singkatannya glamping kini kian mendapat tempat di Malaysia. Dengan konsep glamping, anda boleh enjoy nature dengan keselesan yang lebih optimum.
Glamping @ Kongkoi yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar dan terletak di Kampung Puom, Titi adalah salah satu lokasi terbaik untuk anda merasai pengalaman glamping di Jelebu.
Muzium Adat sudah beroperasi sejak tahun 2008 dan merupakan muzium pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada kepelbagaian adat-adat di Malaysia terutamanya Adat Perpatih.
Terdapat pelbagai koleksi dan artifak kebudayaan yang meliputi pengenalan adat-adat di Malaysia, amalan ritual dalam kehidupan seharian, adat perkahwinan, muzik tradisional dan sebagainya.
Buat peminat sejarah dan adat-adat Melayu, anda wajib melawat Muzium Adat jika berkesempatan berkunjung ke Jelebu.
Tiada bayaran dikenakan dan anda hanya perlu tandatangan dekat buku pelawat.
Kepada sesiapa yang gemarkan ketenangan hidup di kampung, terdapat beberapa tempat menarik di Jelebu seperti homestay atau inap desa yang boleh anda cuba.
Di sini kami senaraikan dua homestay di Jelebu yang mungkin dapat memenuhi keperluan anda untuk merasai pengalaman percutian di kampong yang terbaik.
5.1. Omak Akam Homestay
Homestay Omak Akam ialah sebuah rumah kayu yang besar dan terletak di Kampung Peradong, Jelebu.
Keseluruhanya terdapat 9 buah bilik dan lokasinya berhampiran dengan aliran sungai untuk bermandi-manda.
Selain itu, di sini juga ada swimming pool ye. Cukup sesuai untuk percutian anda sekeluarga.
Gua Pelangi adalah sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Pasoh dan merupakan salah satu tempat menarik di Jelebu pilihan kami.
Apa yang unik di sini ialah terdapat penemuan arkeologi pra-sejarah seperti alat batu pebel, batu pemukul, batu pelandas dan sebagainya.
Kami gabungkan Gua Pelangi dan Bukit Batu Dinding kerana kedua-dua lokasi ini terletak berdekatan dengan Felda Pasoh 4 dan jika anda berminat untuk berlibur di sini, kami sarankan anda untuk menghubungi team ATOA Pasoh Caves.
Antaranya aktiviti yang dianjurkan team ATOA Pasoh Caves ialah seperti lawatan tapak arkeologi Gua Pelangi, explorasi Gua Pelangi, lawatan ke pameran geologi, demo survival, demo memasak ayam pansuh dan night trekking.
Selain itu, terdapat juga aktiviti bersama masyarakat Orang Asli, hiking Bukit Batu Dinding untuk view sunset ataupun sunrise dan bermacam-macam lagi aktiviti sampai penat kami nak senaraikan.
Alamat: Azliny Team Building Outdoor Adventure (ATOA), Felda Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan Contact: Azliny ATOA +6011-2113 0788 / Facebook
7. Tebat Sanctuary
Katanya view di sini dah macam dekat Bukit Tinggi, Indonesia. Betul ke? Kalau nak tahu betul ke tidak anda ke datang dan nilaikan sendiri.
Tebat Sanctuary ini terletak di Peradong, Jelebu dan berkonsepkan kampung style. Anda boleh relaks dan tenangkan fikiran sambil-sambil menghirup udara segar.
Di sini kalau nak tidur kat luar ramai-ramai pun tak ada masalah. Kalau nak sewa dorm pun ada disediakan.
Tebat Sanctuary ni dekat je dengan Jeram Gajah. Kalau anda berminat, sila telefon dahulu sebelum pergi.
Jeram Toi merupakan antara tempat menarik di Jelebu yang paling kerap dikunjungi ramai terutamanya pada hujung minggu.
Terletak 12km dari pekan Jelebu dan sekitar 28km dari bandar Seremban, Jeram Toi adalah sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Berembun dan merupakan salah satu lokasi pilihan ramai untuk berlibur dan mandi-manda.
Tarikan utama di Jeram Toi semestinya ialah air terjun empat tingkat dan kemudahan di sini boleh dikatakan lengkap dan selesa.
Kalau nak hiking santai-santai sambil keindahan alam dan view yang cantik, kami sarankan anda hiking Bukit Batu Sawa yang terletak di Kampung Peradong, Jelebu.
Ketinggiannya kira-kira 333.33 meter dari aras laut dengan jarak lebih kurang 1.3km sehala.
Kebiasaanya pendaki mengambil masa kurang dari satu jam untuk sampai ke puncak dan ianya bolehlah dikategorikan sebagai easy hike.
Ramai orang cakap kalau nak dapat view awan karpet, kena pastikan malam sebelum nak hiking tu hujan. Insyallah pagi tu boleh dapat awan karpet.
Antara tempat menarik di Jelebu yang menawarkan keunikannya yang tersendiri adalah gerai air akar kayu.
Tahukah anda di Jelebu ada beberapa port yang terkenal dengan minuman air akar kayu. Bunyi macam menarik je kan, tapi bukan semua orang sanggup nak telan air akar kayu ni sebab rasanya pastinya sepahit-pahit kejadian.
Tapi yang pahit la yang jadi ubat. Asyik minum air manis je, apa kata anda cuba pula layan air yang pahit-pahit. Baru la badan sihat dan makin bertenaga!
Buat yang berminat untuk mencuba minuman air akar kayu asli Jelebu, anda bolehlah ke Gerai Akar Kayu Warisan dan Gerai Air Akar Kayu 85
Banyak peristiwa yang pelik yang pernah terjadi di Jelebu. Antaranya ialah kisah di Masjid Kuala Dulang yang terletak di Kampung Peninjau, Kuala Klawang. Masjid yang berusia lebih dari 400 tahun ini ada kisah yang tersendiri di sebalik namanya.
Dikatakan pada zaman dahulu, wujud dulang misteri yang berisi makanan yang sentiasa cukup untuk seisi kariah tak kira seramai mana pun Jemaah yang hadir. Tidak diketahui dari mana asal-usul dulang tersebut tapi kini dulang tersebut sudah ghaib.
Selain itu, terdapat sebuah lagi cerita pelik mengenai Masjid Warisan Kuala Dulang ini. Pada tahun 1970, berlaku banjir besar dan masjid ini tidak ditenggalami air walhal kedudukan berdekatan dengan tebing sungai.
15. Makam Moyang Salleh & Meriam Dato’ Undang Abdullah
Makan Moyang Salleh merupakan salah satu tempat menarik di Jelebu yang terawal. Namun kini ia semakin dilupakan.
Jika anda berkesempatan ke Jelebu, anda bolehlah luangkan sedikit masa untuk melawat Makam Moyang Salleh. Siapakah dia Moyang Salleh ni?
Moyang Salleh ialah seorang penghulu Jelebu dan seorang pahlawan yang hebat. Sewaktu Moyang Salleh menjadi penghulu Jelebu, ada sebuah peristiwa yang disebut sebagai “memutuskan tali ke Johor” yang cukup terkenal di sini.
Akibat terjadinya salah faham, Si Amat anak Orang Kaya Kecil Undang Rembau telah dibunuh oleh Sultan Johor. Moyang Salleh dan empat orang pengikutnya telah di utus ke Johor untuk membantah tindakan Sultan Johor.
Di sana terjadilah beberapa kejadian dan akhirnya Jelebu tidak lagi berada di bawah naungan Johor setelah di merdeka oleh Sultan Johor atas permintaan Moyang Salleh.
Berdekatan dengan Makam Moyang Salleh, terdapat sebuah Meriam lama yang dikenali sebagai Meriam Dato’ Undang Abdullah.
Dikatakan meriam itu pada asalnya ditemui di Titi, Jelebu tetapi kemudianny dipindahkan ke lokasi sekarang oleh Dato’ Undang Abdullah iaitu Dato’ Undang Luak Jelebu yang ke-12.
Buat peminat Sejarah anda bolehlah ke Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang yang terletak nun di atas Bukit Undang, Jelebu.
Ianya adalah sebuah monument batu marmar yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1807 untuk menunjukan tanda sanjungan dan taat setia orang Eropah, Melayu, Jawa, China, Tamil, India dan Singhalese (Ceylon) di Jelebu kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India.
Berdekatan dengan kawasan memorial ada sebuah telaga lama yang tidak digunakan lagi.
Apa yang menarik disini ialah anda boleh menikmati permandangan seluruh pekan Kuala Kelawang dari puncak Bukit Undang.
Di Chalin Food Forest anda boleh bercuti sambil belajar mengenai ‘permaculture’. Apa itu permaculture? Bunyi macam tak pernah dengarlah… Ini first time dengar.
Permaculture adalah konsep yang lebih focus kepada cara bagaimana kita boleh menguruskan kehidupan seharian dengan lebih mementingkan diversiti dan kestabilan ecosistem di kawasan sekeliling di samping dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesihatan kita.
Melalui konsep permaculture, anda akan diajar secara teori dan praktikal bagaimana untuk menguruskan sisa makanan, pembuatan kompos, pengurusan air dan juga cara-cara bercucuk tanam.
Pada pendapat kami, ini konsep yang sangat bagus dan permaculture farmstay ni tak banyak ada di Malaysia. Chalin Food Forest adalah salah satu syarikat yang mempromosikan permaculture di Malaysia.
Buat kaki hikers, kami cabar anda untuk tawan Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk. Pendakian di sini agak mencabar walaupun tak ada view sangat di puncak Gunung Berembun.
Di puncak Gunung Telapak Buruk pula adalah view sikit. Selain itu, dekat di atas Gunung Telapak Buruk ada menara pemancar dan sebuah kem askar wataniah.
Apa yang menarik di sini ialah terdapat laluan sungai, gua kambing dan crashed site kapal terbang perang dunia ke-2.
Pada bulan Ogos tahun 1945, sebuah kapal terbang RAF SEAC Liberator KL654/R telah terhempas dan bangkai kapal terbang tersebut masih boleh dilihat sehingga sekarang.
Kepada yang betul-betul gemarkan alam semulajadi, anda boleh cuba menginap di Drmind Farm yang terletak di Lorong Ulu Renai, Kampung Peradong, Jelebu. Di sini boleh dikatakan kebanyakkannya diperbuat dari buluh termasuklah dinding dan kerusi.
Anda boleh pilih untuk tidur di atas pangkin tilam, hammock atau di dalam khemah. Tetapi buat pelawat Muslim, anda disarankan untuk tidur di khemah dan bawa bekalan sendiri atau makan di luar.
Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti wifi, dobi, tempat BBQ, tandas dan lain-lain.
Bagaimana? Banyak tak tempat-tempat menarik di Jelebu? Itu belum cerita dan masuk bab jalan-jalan cari makan lagi.
Jika anda peminat aktiviti outdoor, pasti Jelebu tidak akan menghampakan anda. Banyak lokasi-lokasi menarik yang boleh anda explore bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk sebarang cadangan tempat menarik di Jelebu yang mungkin tidak disenaraikan di sini, apa kata anda kongsikan dengan kami.
Alang-alang dah sampai Jelebu tu, boleh singgah makan-makan di Nilai. Banyak rupanya tempat makan best di Nilai. Tak percaya?