Penginapan Menarik di Langkawi Cover

5 Penginapan Menarik di Langkawi untuk Tenangkan Fikiran

Percutian di Langkawi benar-benar mujarab untuk merehatkan minda. Ini senarai penginapan menarik di Langkawi yang harus anda cuba.

Percutian di Langkawi benar-benar mujarab untuk merehatkan minda. Ini senarai penginapan menarik di Langkawi yang harus anda cuba.

Langkawi bukanlah sesuatu nama yang asing buat warga tempatan mahupun pelancong luar. Terkenal sebagai salah sebuah destinasi percutian terbaik di dunia, Langkawi sangat sinonim dengan mereka yang mahu menenangkan fikiran.

Penginapan Menarik di Langkawi
Images from Google Travel

Mencari penginapan menarik di Langkawi untuk menghilangkan lelah serta kekusutan minda bukanlah sesuatu yang sukar. Terdapat pelbagai varieti lokasi dan kriteria penginapan yang sesuai khususnya buat mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan di kota dengan menyantuni ketenangan alam semula jadi.

Pada artikel kali ini, kita akan melihat lima penginapan hotel dan staycation terhebat di Langkawi yang boleh anda cuba jika mahu menenangkan fikiran. Jom ikuti perkongsian ini.

1. Kunang-Kunang Heritage Villa, Langkawi

Penginapan Menarik di Langkawi Kunang-Kunang Heritage Villa, Langkawi
Images from Google Travel

Kunang-Kunang Heritage Villa adalah merupakan penginapan menarik di Langkawi yang berkonsepkan Melayu tradisional.

Sehingga kini, terdapat 20 villa yang berorientasikan rumah kampung yang masing-masing mempunyai rekabentuk asli yang unik.

Selain mempunyai fasiliti yang lengkap di setiap villa, terdapat juga sebuah kolam mandi di tengah-tengah tasik yang dikelilingi oleh hijauan alam semulajadi. Pemandangan serta persekitaran di sini cukup menenangkan fikiran.

Kunang-Kunang Heritage Villa, Langkawi
Images from Google Travel

Dengan harga permulaan sekitar RM280, pastinya Kunang- Kunang Heritage Villas merupakan destinati percutian yang sangat ideal buat mereka yang mencari keselesaan, keindahan dan ketenangan di Langkawi.

Alamat: Lot 1947 A, Jalan Pantai Cenang, Mukim, Kampung Gelam, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: +604-952 3656
Harga: Bermula dari RM280++ (Harga mungkin berubah mengikut musim)

2. The Frangipani Langkawi Resort

Penginapan Menarik di Langkawi The Frangipani Langkawi Resort
Images from Google Travel

Buat mereka yang ingin meleraikan kerumitan masalah dan kekacauan minda melalui deruan ombak laut, The Frangipani Langkawi Resort adalah penginapan menarik di Langkawi yang paling sesuai.

Terletak di Pantai Tengah yang hanya bersebelahan dengan Pantai Cenang, The Frangipani Langkawi Resort mempunyai pantai persendirian dan ianya pasti mampu menjadikan percutian anda lebih tenteram.

Penginapan Menarik di Langkawi The Frangipani Langkawi Resort Sunset View
Images from Google Travel

Baca juga: 20+ Tempat Menarik di Lenggong, Perak

Di sini anda boleh menikmati keindahan pantai dan permandangan matahari terbenam tanpa banyak gangguan.

Selain keindahan pantai, persekitarannya yang hijau dan bersih juga pasti mampu untuk memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang menginap di sini.

Alamat: Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: +604-952 0000
Harga: Bermula dari RM347++ (Harga mungkin berubah mengikut musim)

3. Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Penginapan Menarik di Langkawi Pelangi Beach Resort
Images from Google Travel

Pantai Cenang sememangnya adalah pantai yang paling popular di Langkawi. Boleh dikatakan lokasi Pantai Cenang sangat strategik kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Sekiranya sensasi kesibukan di Pantai Cenang mampu melalaikan kekalutan yang sedang bermain di minda anda, Pelangi Beach Resort & Spa adalah pilihan yang paling tepat.

Pelangi Beach Resort Langkawi
Images from Google Travel

Resort ini hanya terletak kira-kira 600 meter dari Pantai Cenang. Lebih kurang 7-10 minit masa pejalan kaki. Meskipun begitu, anda tidak perlu khuatir kerana resort ini mempunyai persekitaran yang lebih santai berbanding penginapan lain yang berdekatan.

Dengan gabungan keindahan resort di tepi pantai serta lokasi yang strategik, semestinya Pelangi Beach Resort & Spa adalah salah sebuah penginapan menarik di Langkawi yang harus anda cuba.

Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: +604-952 8888
Harga: Bermula dari RM450++ (Harga mungkin berubah mengikut musim)

4. Rumah Bendang Langkawi

Penginapan Menarik di Langkawi Rumah Bendang
Images from Facebook Rumah Bendang

Andai paluan ombak laut tidak mampu menjernihkan kekeruhan mental, apa kata anda cuba redakan daya fikir di Rumah Bendang.

Bendang merujuk kepada tanah sawah dan Rumah Bendang senyatanya adalah sebuah penginapan menarik di Langkawi yang berada di tengah-tengah sawah padi. Pastinya anda akan berasa lebih tenteram melihat permandangan tanah sawah yang terbentang luas.

Fasiliti di sini amat lengkap dan tersusun. Selain kolam infiniti, terdapat juga ruang makan gazebo di tepi sawah. Kelengkapan untuk BBQ pun ada disediakan. Memang berbaloi!

Rumah Bendang Langkawi
Images from Facebook Rumah Bendang

Rumah Bendang juga sesuai sebagai destinasi percutian bersama keluarga kerana ianya mampu memuatkan jumlah tetamu yang ramai. Dengan kapasiti bilik dan katil di Rumah Tokwan mampu memuatkan sekitar 12 orang tetamu. Manakala 3 orang tetamu lagi boleh diisi di Rumah Opah.

Alamat: Lot 386, B1, Kampung Lubok Setol, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: +6013-3935608
Harga: Bermula dari RM450++ (Harga mungkin berubah mengikut musim)

Baca juga: 20+ Tempat Menarik di Kuala Pilah (Wajib Singgah)

5. Maneh Villa, Langkawi

Penginapan Menarik di Langkawi Maneh Villa
Maneh Villa Langkawi
Images from Facebook Maneh Villa

Buat sesetengah pihak, kolam persendirian ataupun private pool adalah salah satu kriteria wajib ada ketika pemilihan sesebuah staycation.

Sekiranya anda termasuk di dalam golongan tersebut, Maneh Villa merupakan seleksi yang terbaik untuk penginapan menarik di Langkawi yang perlu ada ketahui. Setiap ruangan di Maneh Villa sangat bersih, selesa dan menenangkan fikiran.

Selain itu, ramai tetamu yang memberi komen positif mengenai layanan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kakitangan Maneh Villa. Terbaik!

Alamat: Lot 1240 Kampung Tasik Anak Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: +604-9551967
Harga: Bermula dari RM700++ (Harga mungkin berubah mengikut musim)

Kesimpulan

Terdapat pelbagai pilihan penginapan yang menarik di Langkawi yang boleh anda cari. Kalau masih tak jumpa, anda boleh lakukan carian dengan mudah di enjin carian mahupun laman-laman pengendali pelancongan yang lain.

Masukkan sahaja kata kunci ‘hotels in Langkawi’. Pasti ada banyak hotel-hotel dan penginapa menarik di Langkawi yang boleh anda pilih berdasarkan kriteria serta bajet anda yang tersendiri.

Jadi, penginapan yang manakah yang menjadi destinasi percutian pilihan anda di Langkawi?

Baca juga: Tempat Menarik Ipoh