Ini senarai online food dan cooking game untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba jika mahu pupuk minat anak dalam bidang kulineri.
Minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara boleh dipupuk dengan pelbagai cara. Antara cara yang popular adalah dengan menggunakan pengaruh online game untuk kanak-kanak.
Pada masa dahulu, online game masih belum ada tetapi permainan video game merupakan salah satu contoh yang terdekat. Malangnya, video game boleh dianggap sebagai gadget mewah dan tak ramai yang mampu untuk memilikinya.
Kini tidak lagi, permainan seumpama video game boleh didapati secara percuma menerusi laman-laman web online game dan sesiapa sahaja boleh mempunyai akses mudah tanpa sebarang bayaran.
Jika anak-anak anda mempunyai minat terhadap ilmu kulineri, di Culinaryschools.org, terdapat pelbagai cooking game untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba. Apa yang lebih bagus adalah semuanya adalah percuma!
Meskipun konsepnya mudah, susun atur permainan ini sangat sesuai untuk melatih minda anak-anak agar cepat bertindak dengan betul.
Melalui online game ini, pada asasnya anda hanya perlu menyediakan burger. Walaubagaimanapun, pesanan pelanggan harus dipadankan dengan betul dalam tempoh masa tertentu. Jika salah atau lambat, markah akan berkurangan!
Gameplaynya senang sahaja, anda hanya perlu mengawal pergerakan seketul nugget ayam untuk mengumpul markah dan mengelak halangan.
Permainan ini bagus untuk melatih koordinasi kanak-kanak untuk mengawal pergerakan sesuatu benda. Nampak seperti mudah tetapi sejauh mana nugget ayam itu mampu bergolek
Melalui watak-watak terkenal Nickelodeon seperti SpongeBob SquarePants, pastinya ramai kanak-kanak yang menggemari online cooking game ini.
Nickelodeon Cooking Contest adalah permainan yang mirip seperti sebuah pertandingan memasak yang sesuai untuk memupuk minat anak-anak anda dalam bidang masakan dan kulineri.
Banyak perkara-perkara asas memasak seperti menghiris, mengoreng, mencampurkan bahan-bahan dan sebagainya ditonjolkan sepanjang permainan.
Pizza Party agak mirip seperti cooking online game yang dibincangkan sebelum ini tetapi susunan dan aturan permainannya lebih tersusun serta mudah difahami khususnya oleh kanak-kanak.
Melalui permainan ini, beberapa jenis pizza harus disediakan mengikut pesanan pelanggan. Bermula dari resepi pizza yang mudah sehinggalah ke tahap yang lebih susah.
Biarpun permainan Sweets Memory kelihatan seperti sangat mudah tetapi ianya sangat bergantung kepada kekuatan memori seseorang.
Sejurus bermula, semua kad akan dibuka dan gambar-gambar akan ditunjukkan. Seterusnyam melalui daya ingatan, anda harus memadankan kepingan kad yang sama untuk menamatkan permainan ini.
Anda harus melayan pelanggan sebaiknya bermula dari pelanggan masuk sehinggalah mereka membuat pembayaran dan keluar.
Macam senang tetapi apabila semakin ramai pelanggan, semakin tidak keruan kita dibuatnya!
Selain masak-masak, sesi suai kenal dengan sayur-sayuran juga sangat penting untuk menjadi seorang chef yang berjaya.
Takkanlah seorang tukang masak tak tahu dan tak kenal bahan-bahan yang akan dimasak bukan?
Walaupun Molly of Denali Veggiezilla ialah sebuah online game yang lebih berkonsepkan seperti gardening tetapi sebenarnya ianya bagus untuk mempersiapkan kanak-kanak anda untuk lebih mengenali bahan-bahan makanan khususnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika anak-anak gemarkan word puzzle, online game seperti Waffle adalah salah satu permainan yang bagus untuk dicuba.
Perkataan yang dicari mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 huruf dan setiap perkataan hanya boleh dieja sekali sahaja.
Mudah sahaja jika mahu bermain Fruit Boom, hanya perlu potong semua buah-buahan yang muncul kecuali bom!
Sungguhpun mudah tetapi tahukah anda bahawa online game seperti ini mampu untuk meningkatkan koordinasi di antara mata dan tangan? Selain itu, pemain juga harus berhati-hati ketika memotong kerana takut terpotong bom.
Permainan ini elok untuk mengajar anak-anak untuk mengenali bentuk buah-buahan. Jika terdapat padanan, susun sahaja buah tersebut untuk masuk ke kiri ataupun kanan.
Jika diulang-ulang, tidak mustahil anak anda akan mengenali buah-buahan yang umum dengan lebih cepat.