Rasa tertekan setelah seharian bekerja? Bermain game boleh membantu. Ini senarai online game percuma untuk hilangkan stress.
Menurut kajian, bermain online game adalah adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress yang berkesan. Selain itu, ianya juga dikatakan mampu untuk membantu anda mengawal emosi serta boleh membuat anda berasa lebih baik.1
Hasil dapatan satu kajian yang dijalankan pada Julai 2019 menunjukkan bahawa permainan online game mungkin berkesan untuk membantu anda untuk kembali pulih setelah seharian penat berkerja.2
Menarik bukan? Jadi jangan pandang sebelah mata pada peminat-peminat online game ya. Ternyata ada juga kebaikan bermain online game terutamanya untuk kesihatan mental.
Kebiasaannya game yang popular adalah berbayar. Tetapi terdapat juga online game percuma tanpa perlu apa-apa coin atau token. Sesiapa sahaja boleh akses secara percuma.
Berikut adalah senarai 10 online game yang bukan sahaja percuma, malah mungkin mampu menghilangkan stress.
1. Chess
Antara online game percuma yang sering menjadi pilihan saya adalah chess. Permainan chess mampu membina kekuatan otak serta meningkatkan skill dan kemahiran anda berfikir.
Walaupun penat setelah seharian bekerja, saya merasakan online game seperti chess sangat menenangkan fikiran saya setelah penat seharian bekerja.
Pendek kata boleh lupa sekejaplah masalah-masalah yang ada sebab leka bermain chess online.
2. Tangram Puzzle Game
Online game yang santai dan kasual sangat bagus untuk menghilangkan stress. Dengan cabaran yang tidak susah dan waktu permainan yang pendek boleh merehatkan minda anda dengan cepat.
Permainan berbentuk puzzle seperti Tangram Puzzle Game ini adalah salah satu contoh permainan kasual yang sangat santai.
Gameplay juga sangat mudah dimana anda hanya perlu menyusun objek puzzle sehingga semuanya lengkap.
3. Coloring Games
Antara contoh lain online game percuma yang mungkin mampu menghilangkan stress adalah seperti game coloring. Puas rasanya dapat mewarna.
Permainan seperti ini boleh menjadikan anda berasa puas setelah selesai mewarna walaupun hasilnya tak cantik mana.
Meskipun impaknya hanya sementara, tetapi ia cukup untuk merehatkan minda dengan mewujudkan perasaan gembira dan rasa puas dengan hasil kerja dan pencapaian anda.
4. Typeshift
Selain permainan puzzle, online game percuma seperti Typeshift juga merupakan salah satu contoh permainan kasual yang sesuai untuk menghilangkan stress.
Tanpa had masa, anda hanya perlu mencari perkataan yang betul berdasarkan senarai huruf yang diberi.
5. Falling Cubes Online Tetris Game
Online game percuma seperti Tetris ini ada salah satu contoh permainan klasik yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Ianya sangat mesra pengguna, mampu menghilangkan tekanan dan memberi hiburan ringan pada masa yang sama.
Malah permaianan seperti Tetris ini juga pernah dijadikan sebagai salah satu alat dan subjek untuk kajian yang berkaitan online game.
Baca juga: 15 Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Tradisional
6. Adventure Time: Break the Worm
Antara online game yang berbentuk kasual lain yang boleh dicuba adalah seperti game Adventure Time: Break the Worm ini.
Walaupun misinya mudah, anda harus cepat bertindak untuk menyelesaikan semua halangan yang ada.
Kadang-kadang boleh lepas geram juga ketika bermain game ini. Habis semua ulat-ulat dipukulnya tanpa henti sehingga rasa puas.
Memang betullah boleh menghilangkan stress.
7. Virtu Piano
Jika anda gemarkan musik, terdapat juga online game percuma yang berbentuk musical yang boleh anda layan untuk menghilangkan stress.
Antaranya yang menjadi pilihan saya adalah ialah seperti permainan yang berkonsepkan seperti Virtual Piano.
Bukan sahaja boleh bermain piano secara virtual, anda juga boleh download music-musik yang telah anda hasilkan.
8. Pinball
Buat sesetengah orang seperti saya, Pinball sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan tekanan. Berbeza dengan permainan konsol yang rata-ratanya rumit, pinball adalah permainan yang sangat mudah dan hebat.
Anda tidak perlu meluangkan banyak masa untuk bermain pinball kerana objektif permainannya sangat mudah dan ringkas.
9. Memory Game
Walaupun gameplaynya mudah, daya ingatan dan fikiran yang cepat diperlukan untuk bermain online game seperti memory game.
Selain menghilangkan stress dan tekanan, ianya juga mampu melatih kebolehan otak dan daya ingatan anda dengan lebih baik.
10. Racing Games
Selain dapat mengurangkan tekanan, racing games juga dapat melatih anda supaya lebih fokus dan prihatin terhadap keadaan sekeliling ketika waktu permainan.
Anda juga boleh memilih dari pelbagai pilihan persona pemandu dan jenis kereta, tahap kesusahan, mod perlumbaan dan sebagainya.
Kesimpulan
Walaupun terdapat beberapa kesan positif online game terhadap kesihatan mental, kita haruslah menghadkan juga waktu permainan agar tidak melekakan. Kadang kala, boleh jadi ketagih.
Betul. Jika waktu permainan tidak dikawal, boleh menyebabkan ketagihan. Tambahan pula semua online game ini tak perlukan apa-apa bayaran.
Semua online game yang saya senaraikan di atas adalah percuma dan boleh diakses terus di plays.org.
Tak perlu download, tak perlu storage dan yang paling penting tak perlu sebarang bayaran. Semuanya percuma.
Rujukan lain
1 Porter A.M., Goolkasian P. Video games and stress: how stress appraisals and game content affect cardiovascular and emotion outcomes. Front. Psychol. 2019;10:967.
2 Collins E, Cox A, Wilcock C, Sethu-Jones G. Digital Games and Mindfulness Apps: Comparison of Effects on Post Work Recovery. JMIR Ment Health 2019;6(7):e12853