Tips

5 Game Klasik Solitaire Terbaik Sepanjang Zaman

Permainan solitaire yang berteraskan daun terup sangat terkenal satu ketika dahulu sebagai salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang.

Walaupun sering disalah anggap sebagai judi tetapi sebenarnya ia adalah salah satu permainan yang boleh menguji dan mengasah minda.

Teringat dulu-dulu ketika baru mengenali komputer, ketika itu zaman Windows 95 kalau tak silap; sudah tersedia beberapa game klasik termasuklah FreeCell Solitaire. Terasa hebat dan puas jika dapat menyelesaikan permainan solitaire.

Terdapat pelbagai jenis permainan solitaire yang ada di pasaran. Masing-masing mempunyai keseronokan dan kelebihan yang tersendiri. Pada post kali ini, jom kita lihat 5 game klasik solitaire yang terbaik sepanjang zaman.

1. FreeCell Solitaire

Antara game klasik solitaire terbaik pilihan saya adalah FreeCell Solitaire. Terdapat beberapa sebab saya memilih dan menyukai game ini.

Pertama, FreeCell Solitaire adalah salah satu permainan yang sangat mudah dan santai. Sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak mencuba permainan solitaire.

Kedua, game ini tidak mengambil masa yang lama dan tidak melekakan. Masa permainan yang singkat sudah mencukupi untuk seseorang untuk menghabiskan game ini.

Gameplaynya sangat mudah, anda hanya perlu menyusun berselang seli mengikut warna dan urutan kad. Terdapat beberapa tempat kosong (Free Cell) yang boleh anda gunakan untuk menyimpan kad sementara.

Sebab itulah ianya dinamakan FreeCell Solitaire.

2. Spider Solitaire

Spider Solitaire juga merupakan salah satu game solitaire yang popular suatu ketika dahulu. Malah kini juga masih ramai yang gemar bermain game ini untuk mengisi masa lapang.

Melalui gameplay Spider Solitaire, anda perlu menyusun kad mengikut warna dan turutan bermula dari King hingga ke Ace. Kad haruslah dalam susunan yang betul sehingga selesai semua set kad yang ada.

Jika mahu dibandingkan dengan FreeCell Solitaire, saya rasakan spider solitaire ini lebih rumit dan sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran.

3. Klondike Solitaire

Secara jujurnya, saya mengenali FreeCell dan Spider Solitaire terlebih dahulu dan tidak menyangka bahawa Klondike Solitaire adalah versi permainan solitaire yang asal.

Tetapi cara permainannya tidak lah jauh berbeza dan boleh dikatakan Klondike Solitaire ini lebih kurang sama sahaja dengan mana-mana versi game solitaire yang pernah ada main.

Cara permainannya juga lebih kurang sama dimana anda harus menyusun 4 set kad mengikut turutan yang betul dari King hinggalah ke Ace.

Walaupun tampak seperti mudah, tetapi percayalah ianya tidak semudah yang anda sangkakan. Jika tak percaya, cubalah sendiri.

4. Pyramid Solitaire

Gameplay Pyramid Solitaire cukup mudah. Anda hanya perlu buang kad dengan jumlah gabungan kad sama dengan 13.

Gabungan jumlah nilai 2 kad dan jika ianya melebihi 13, boleh terus buang kad tersebut.

Untuk kad King, nilai kad adalah 13 jadi anda boleh terus double click untuk buang kad King tersebut. Game selesai apabila semua kad sudah habis.

Mudah kan?

5. Mahjong Solitaire

Jika anda tidak mahu pening kepala saya sarankan anda cuba permainan Mahjong Solitaire.
Bunyinya macam terlampau menjudi kan tetapi sebenarnya tiada langsung unsur-unsur judi di dalam permainan ini. Jadi jangan risau ok.

Anda hanya perlu cari tiles yang mempunyai pair yang sama. Senang cerita cari sahaja petak yang mempunyai gambar yang sama dan kemudian klik sahaja. Ulang sehingga semua tile habis.

Kesimpulan

Walaupun kini terdapat perlbagai jenis permainan atas talian yang ditawarkan, saya pasti masih ramai yang rindukan game klasik solitaire.

Senarai game solitaire yang saya senaraikan di atas adalah merupakan di antara permainan solitaire yang paling popular sepanjang zaman.

Jika anda mahu mencuba game-game solitaire di atas, saya cadangkan anda ke website solitaire.org. Di sana anda boleh bermain semua online game berkaitan solitaire secara percuma!.