Technology

5 Online Game Kewangan untuk Kanak-Kanak

Bidang kewangan mungkin sering dipandang sebagai sesuatu perkara yang serius dan sukar. Jom pupuk minat anak-anak melalui online game kewangan dengan pendekatan yang lebih santai dan seronok.

Anak merupakan aset terpenting buat sesebuah keluarga. Semua ibu-bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi seseorang yang berjaya dan berguna pada masa hadapan.

Untuk membentuk minat anak-anak, asas dan pendidikan yang kukuh harus dimulakan dari awal. Bak kata pepatah, melentur rebung biar dari rebungnya. Begitu jugalah sekiranya mahu menerapakan sesuatu minat di dalam jati diri anak-anak.

Bidang kewangan boleh dikatakan salah satu lapangan yang acapkali dikaitkan dengan pendapatan yang lumayan. Disiplin lebaran kewangan boleh dikembangkan dari pebagai aspek dan jurusan bergantung kepada kebolehan serta kecenderungan seseorang.

Andai kata kita sebagai ibu-bapa mahu menerapkan minat anak-anak terhadap bidang kewangan, boleh cuba untuk dedahkan sesuatu yang santai seperti pelbagai online game kewangan untuk anak-anak sebagai salah satu pengenalan.

Berikut adalah beberapa online game kewangan untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba.

1. Grocery Cashier

Dedahkan konsep juruwang runcit melalui online game kewangan untuk kanak-kanak seperti Grocery Cashier. Corak permainannya sangat mudah dan straight forward.

Pemain hanya perlu bermain sebagai juruwang runcit ataupun cashier untuk mengendalikan pembelian dari pelanggan.

Tambahkan semua pembelian pelanggan dan lakukan operasi tolak untuk pembayaran. Mudah sahaja bukan?

Melalui permaian ini, anak-anak akan lebih memahami bagaimana untuk mengendalikan daftar tunai di kedai runcit secara maya.

Anggap sahaja ianya adalah salah-satu Latihan metematik untuk operasi tambah dan tolak.

2. Flower Shop 2

Jika mahu bina keinginan anak-anak untuk mempunyai sebuah kedai, Flower Shop 2 adalah online game kewangan untuk kanak-kanak yang paling sesuai.

Pemain hanya perlu menguruskan pesanan bunga untuk para pelangan dan seterusnya kutip wang pembelian. Setiap bunga-bunga yang dipesan pelanggan adalah berbeza-beza.

Pemain harus sentiasa peka dan pastikan tiada kesilapan berlaku ketika pesanan dihantar. Meskipun tampak mudah, permainan ini sungguh mengasyikkan!

3.Cash Back

Bidang kewangan memerlukan asas matematik yang bagus. Anak-anak perlu didedahkan dengan konsep tambah dan tolak yang mudah pada peringkat awal untuk menguasai sesuatu bidang berkaitan kewangan.

Cash Back adalah salah satu online game kewangan untuk kanak-kanak yang mampu untuk memberi didikan awal tentang bagaimana operasi tolak dan jumlah baki.

Cara permainannya boleh dikatakan agak mencabar jika anak-anak anda tiada asas matematik yang bagus. Akan tetapi andai anak-anak sudah menguasai konsep operasi tolak, permainan ini boleh menjadikan anak-anak lebih cepat berfikir dan bertindak.

Pelanggan akan memberikan soalan tentang pembelian dan para pemain harus kira dan beri wang baki melalui tombol wang yang telah disediakan.

4. Real Estate Tycoon

Hartanah adalah merupakan bidang kewangan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Konsep jual beli hartanah seperti rumah boleh dipelajari dan difahami dengan mudah melalui permainan ini.

Beli rumah pada harga yang murah dan kemudian tunggu sehingga harga naik untuk meraih keuntungan. Nampak seperti senang tetapi andai kelajuan permainan dipertingkatkan, boleh kelam-kabut juga jadinya.

Baca juga: Tips Beli Rumah Pertama Usia Muda

5. Supermarket Numbers

Supermarket Numbers adalah online game kewangan kanak-kanak yang sangat mudah untuk difahami. Jelas ianya adalah salah satu permainan yang memerlukan asas matematik penambahan yang kukuh.

Pemain hanya perlu mencari dan menambah blok-blok nombor sedia ada untuk menjadikan jumlahnya seperti matlamat berangka yang dipaparkan pada sudut kiri skrin permainan.

Semakin cepat blok-blok nombor jatuh, semakin cepat minda akan dipengaruhi untuk memberi jawapan dengan kadar yang lebih laju.

Mudah dan menarik!

Kesimpulan

Didikan pada peringkat awal mungkin adalah salah satu perkara yang sering di lengah-lengahkan oleh ibu-bapa. Barangkali ianya kerap disalah ertikan sebagai perkara yang tidak perlu ataupun tidak penting.

Ini adalah merupakan kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan ibu-bapa. Minat kanak-kanak untuk menjalankan sesuatu pekerjaan sangat dipengaruhi oleh didikan atau pendedahan awal oleh keluarga.

Justeru dengan itu, para ibu-bapa sangat disarankan untuk memberi pendedahan awal secara santai sekiranya mahu memupuk minat anak-anak terhadap sesuatu perkara.

Selamat mencuba!