Moss Eatery Best Mee Tulang in Ipoh

Mee Rebus Tulang di Moss Eatery, Ipoh. Sedap & Berbaloi

Di Moss Eatery, semangkuk mee rebus tulang di sini betul-betul sedap dan mengenyangkan. Sungguh, tak tipu.

Setiap kali melalui Jalan Besar, Tambun selalu terperasan kelibat persis sebuah restoran hipster yang begitu outstanding exteriornya.

Jauh berbeza dengan kedai-kedai di kawasan berdekatan yang kebanyakan tampak kosong dan lusuh seperti kedai tinggal. Dari jelingan sekilas, tertulis kalimah Moss Eatery.

Confirm ini mesti kedai makan punyalah.

Sudah banyak kali kelibat itu diendahkan begitu sahaja dek kerana malas nak cari parking. Faham-faham sahajalah, kalau nak menyinggah di pekan koboi seperti di Jalan Besar, Tambun ni bab parking kena berkira-kira sedikit.

Jalannya pula sentiasa sibuk seperti tak kenal erti lelah.

Ada Parking di Belakang

Tetapi kali ini perasaan ingin tahu tu lain macam sikit. Tiba-tiba couriosity bermaharajalela seakan-akan memberontak bagaikan amukan Si Jebat derhaka. Kami gagahkan juga mencari parking.

Moss Eatery Ipoh Parking
Instagram @mossjalanbesar

Dari arah utara menuju ke Ipoh, ada papan tanda kecil menunjukkan agar belok ke kiri untuk ke kawasan parking. Rupa-rupa parking tak susah mana pun. Di belakang kawasan kedai ada disediakan tempat letak kereta.

Apa lagi, sengih sampai ke telinga.

Rustic, Kemas & Selesa

Mee rebus tulang Moss Eatery Ipoh Seating Atas
Instagram @mossjalanbesar
Mee rebus tulang Moss Eatery Ipoh Seating Bawah
Instagram @mossjalanbesar

Dari laluan belakang hingga ke hadapan, kami dapati ruang di Moss Eatery ini sangat luas, rustic dan minimalis dekorasinya. Dipenuhi dengan bata-bata merah, syiling dan kemasan kayu yang begitu kemas pembuatannya. Dinding batu bangunan asal pula kelihatan begitu awesome menghiasi beberapa sudut dan ruang yang ada.

Ada tiga ruang makan di aras bawah dan satu di tingkat atas. Salah satu ruang makan di bawah dinamakan Rumah Bakar yang boleh juga dijadikan sebagai co-working space. Selain itu, ada juga seating outdoor di kawasan belakang restoran berdekatan dengan parking.

Moss Eatery Ipoh Rumah Bakar
Instagram @mossjalanbesar

Secara keseluruhan interior di Moss Eatery sangat kemas, selesa dan menyenangkan. Anda boleh berselfie di setiap sudut tanpa rasa was-was.

Moss Eatery Ipoh Seating Outdoor
Instagram @mossjalanbesar

Menu di Moss Eatery

Menu utama di sini adalah nasi kukus dengan tiga pilihan lauk seperti ayam goreng berempah, kari daging dan ikan kukus.

Moss Eatery Ipoh Menu Cucur udang
Instagram @mossjalanbesar
Moss Eatery Ipoh Menu Aiskrim Tapai
Instagram @mossjalanbesar

Selain itu, terdapat juga beberapa menu lain seperti mee rebus tulang, spagheti, lasagna, cucur udang, tauhu goreng, rojak buah, aiskrim tapai dan sebagainya.

Kami decide untuk cuba dua menu iaitu nasi kukus ayam berempah dan juga mee rebus tulang serta ditemani kopi panas sebagai minuman pilihan.

Moss Eatery Ipoh Menu Nasi Kukus & Mee Rebus Tulang
Instagram @mossjalanbesar

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi kukus di hidang di atas kertas minyak ala-ala nasi bungkus. Portionnya agak sederhana dan rasanya boleh tahan sedap. Harga untuk nasi kukus ayam berempah adalah RM7.50.

Mee Rebus Tulang

Mee rebus tulang pula pada pendapat kami memang excellent. Boleh dikatakan salah satu mee rebus tulang yang terbaik di Ipoh. Kuahnya jelas terasa rempahnya dan seimbang dengan kepekatan keledek yang digunakan.

Condiments mee rebus semuanya lengkap serta bahagian tulang dan daging yang diberikan juga begitu generous. Ada tiga ketul tulang yang kesemuanya berisi daging yang sedang-sedang elok saiznya untuk digigit-gigit manja.

Semangkuk besar mee rebus tulang di Moss Eatery cukup mengenyangkan. Walaupun harganya RM10 tetapi puas hati la senang cerita. Sedap dan berbaloi!.

Rating & Harga di Moss Eatery

Jika diteliti menu di Moss Eatery secara keseluruhan, kami berpendapat bahawa harga makanan dan minuman di sini reasonable dan ok ok sahaja.

Nasi Kukus Ayam Berempah RM7.50
Nasi Kukus Kari Daging RM8.50
Nasi Kukus Ikan Rebus RM8.50
Mee Rebus Tulang RM10
Lasagna RM10
Cucur Udang Kuah Kacang RM10
Teh/Kopi O RM1.80
Jus Buah-buahan RM5.50

Persekitarannya dan dekorasi di Moss Eatery juga amat menarik dan sangat menyenangkan mata. Kami pasti akan repeat suatu hari ini untuk mencuba menu-menu lain pula.

Moss Eatery, sehingga berjumpa lagi.

Baca juga: Resepi Tauhu Bergedil

GETTING THERE

Moss Eatery

Address: No 11 & 13, Jalan Besar Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Opening Hours: Setiap hari 11:00AM – 11:00PM
Contact: +6017-418 3071 / Facebook

Pernah sampai Nilai tak? Ada banyak tempat makan best di Nilai rupanya.


Cover image credit to Google Map Images @HChian Mah