Ini resepi ayam goreng KFC Hot N Spicy yang rasanya seakan-akan sama seperti di KFC. Boleh dan sangat sesuai untuk dicuba kalau anda kempunan nak makan KFC.
Ayam goreng KFC dan orang Malaysia sudah tidak dapat dipisahkan. Kadang-kadang mesti teringin nak makan ayam KFC kan? Tambah-tambah kalau baru pulang dari bercuti di luar negara. Ayam KFC jugaklah yang dicari sebab nak makan KFC di luar takut tak halal pula kan?
Rasanya pasti ramai yang pernah mengalami situasi yang sama. Terutamanya dan yang paling menyedihkan pastinya student-student kita dekat overseas tu. Kalau lalu depan restoran KFC pasti baunya menusuk kalbu. Last-last masuk juga KFC tapi beli fries atau mashed potato je. Tak pun fish burger. Kesian…
Kalau dah teringin sangat, buat sendiri pun boleh. Kalau tak cukup bahan-bahan, pakai sahaja apa yang ada. Jom kita tengok resepi ayam goreng KFC Hot n Spicy ni.
Resepi ini untuk separuh ayam sesuai untuk 3 orang makan. Ayam separuh di potong 6. Jadi dapatlah makan 2 ketul setiap seorang. Kalau anda mahu tambahkan ayam, gandakan sahaja bahan-bahan untuk perapan ayam dan tepung.
Ini resepi ayam goreng KFC Hot N Spicy yang rasanya seakan sama seperti di KFC
Course Main Course
Cuisine American
Keyword Ayam Goreng KFC, Ayam Goreng KFC Hot N Spicy
Prep Time 5minutes
Cook Time 15minutes
Masa Perapan 30minutes
Total Time 50minutes
Servings 3
Calories 180kcal
Ingredients
Bahan-bahan Perapan Ayam
½ekorayam daging(Dipotong 6)
2ulasbawang putih(Ditumbuk halus)
1sudu besarserbuk cili
1sudu besarserbuk rempah kari
1sudu besarserbuk lada hitam
1sudu tehMaggi Cukup Rasa
5tangkaicili kering(Goreng garing kemudian tumbuk lumat)
1bijitelur
sedikitgaram
Bahan-bahan untuk Campuran Tepung Celup
1cawantepung beras
1cawantepung jagung
1sudu besarserbuk cili
1sudu besarserbuk lada hitam
1sudu tehMaggi Cukup Rasa
1sudu tehbaking powder
Instructions
Cara-cara Penyedian Ayam Goreng KFC Hot N Spicy
Campurkan semua bahan-bahan perapan kecuali telur.
Untuk cili kering, pastikan goreng dahulu cili kering kemudian tumbuk lumat dan campurkan dengan bahan perapan.
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan sekurang-kurangnya 30 minit.
Selepas 30 minit, pecahkan telur dan gaul bersama ayam yang telah diperap.
Campurkan semua bahan-bahan untuk campuran tepung.
Salutkan potongan ayam didalam campuran tepung. Kemudian goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Biarkan seketika.
Ayam goreng KFC sudah siap untuk dihidang.
Tips Untuk Sediakan Ayam Goreng KFC Hot N Spicy yang Perfect
Pastikan anda perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi bagus untuk membolehkan semua rempah ratus diserap ke dalam ayam.
Semasa memerap ayam, saya selalu tutup atau balut dengan wrapper sebelum simpan ke dalam peti sejuk.
Kalau anda mahu simpan perapan ayam lebih lama, boleh simpan di dalam freezer tetapi pastikan defrost dahulu ya.
Jangan skip telur ya. Telur penting untuk memastikan perapan mudah melekat pada ayam.
Untuk memastikan ayam digoreng dengan sekata dan sempurna, pastikan anda menggunakan minyak yang banyak. Boleh goreng dalam kuantiti yang kecil jika mahu jimat minyak.
Seeloknya guna api yang kecil atau sederhana. Dengan ini, ayam akan dimasak dengan lebih sempuran dan sekata. Kalau guna api yang kuat, ayam akan cepat garing di luar sahaja tetapi tidak masak dan masih berdarah di dalam.
Kesimpulan
Mudah sahaja sebenarnya. Tak susah mana pun nak buat resepi ayam goreng KFC Hot N Spicy ini.
Apa yang penting adalah anda harus mempunyai sedikit kerajinan dan keazaman yang tinggi untuk masuk ke dapur.
Nak kata sama 100% seperti resepi ayam goreng KFC Hot N Spicy tak boleh juga kan. Resepi KFC rahsia Colonel Sanders tau.
Rasanya, kalau ada yang boleh tiru 100% resepi KFC boleh buat bisnes jual ayam goreng tak?
View Comments
okla..aku suka resepi ayam goreng mamak viral lagi power.haha
resepi lain2..yg ayam goreng mamak tu memang power