Resepi

Resepi Daging Burger Homemade Buatan Sendiri

Ini resepi daging burger homemade buatan sendiri yang boleh anda cuba jika mempunyai masa lapang di rumah. Ringkas dan mudah sahaja.

Hidangan burger memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja di mana-mana pasti ramai yang tahu dan pernah merasai kelazatannya. Di sini, burger Ramly adalah pilihan ramai rakyat Malaysia.

Daging burger yang ready-made boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan kedai-kedai runcit. Bahkan daging kisar tak susah untuk dicari. Tetapi pada kali ini, jom kita cuba buat resepi daging burger homemade buatan sendiri.

Resepi Daging Burger Homemade

Buat yang mahu mencuba menghasilkan daging burger sendiri, boleh cuba resepi ini. Bahan-bahannya tidaklah begitu rumit dan cara penyediaannya juga sangat mudah.

Jom kita cuba resepi daging burger homemade buatan sendiri ini!

Print

Resepi Daging Burger Homemade

Ini resepi daging burger homemade buatan sendiri untuk dicuba di rumah.
Course Main Course
Cuisine American
Keyword Burger, Daging Burger, Daging Burger Homemade
Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes
Total Time 30 minutes
Servings 4 people
Calories 250kcal

Ingredients

Bahan-Bahan

  • ½ Kg daging lembu (Dikisar sederhana halus)
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang merah (Dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (Dicincang halus)
  • 2 sudu besar serbuk roti
  • 1 sudu besar sos Worcestershire
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

Instructions

Cara-Cara Penyediaan

  • Campurkan daging lembu, bawang merah, bawang putih dan gaul sebati.
  • Sejukkan sebentar, kemudian masukkan pula telur, sos Worcestershiresos, serbuk roti, lada putih, garam dan gaul sekali lagi.
  • Selepas itu, bahagikan campuran kepada 4 bahagian, jadikan seperti bebola dan kemudian tekan dengan menggunakan tapak tangan untuk membentuk patty daging burger selebar 4 inci. Tekan sedikit di tengah-tengah patty dengan menggunakan ibu jari.
  • Sapukan sedikit minyat di permukaan patty dan boleh mula panggang daging burger sehingga masak. Lebih sedap kalau dibiarkan sehingga garing.
  • Siap. Resepi daging burger homemade buatan sendiri sudah ready untuk dihidangkan bersama bun roti dan sayur-sayuran.

Tips untuk Resepi Daging Burger Homemade Terbaik

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti jika mahu menghasilkan daging burger homemade yang terbaik.

Gunakan Daging Yang Fresh!

Kalau nak mudah boleh beli sahaja daging lembu kisar Ramly yang boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan kedai-kedai runcit.

Tetapi kalau anda mahu cuba resepi daging burger yang betul-betul homemade, boleh beli daging lembu yang segar dan kisar sendiri daging ada. Sedikit merumitkan tetapi dijamin lebih fresh dan sedap.

Tak perlu peralatan yang hebat, cukuplah dengan menggunakan food processor ataupun blender. Pastikan anda potong dahulu daging kepada kepingan lebih kecil untuk memudahkan proses untuk mengisar daging.

Jangan Terlebih Uli Daging

Semasa mengaul daging burger, jangan seronok sangat menguli kerana semakin lama anda menguli campuran, semakin keraslah daging burger anda. Pastikan juga tangan anda basah sebelum menguruskan daging.

Bentuk Patty Ketika Campuran Sejuk

Jika anda membentuk patty daging lembu ketika panas, lemak akan terpisah dari daging dan akan menyebabkan daging burger anda kurang sedap dan beraroma. Seeloknya sejukkan dahulu campuran daging kisar sebelum membentuk patty.

Tekan Sedikit Di Tengah-Tengah Selepas Membentuk Patty

Selepas membentuk patty daging burger, tekan sedikit di bahagian tengah patty dengan menggunakan ibu jari untuk membuat lengkungan.

Daging burger akan mengecut sedikit ketika masak dan lengkungan ini akan membantu dan mengekalkan patty daging burger anda supaya tidak terlalu mengecil ketika masak.

Jangan Selalu Sangat Flip Daging Burger Ketika Masak

Daging burger akan menjadi terlalu kering dan tidak lagi juicy jika anda kerap menukar sisi daging ketika masak.

Jangan flip atau membalik terlalu cepat, ini akan menjadikan daging burger melekat dan tidak cantik. Seeloknya masak daging burger pada setiap sisi untuk 5 atau 6 minit.

Baca juga: Resepi Meatball Ikea Versi Halalan Toyyiban (Mesti Cuba)

Kesimpulan

Sedapnya resepi daging burger homemade ini. Ringkas bahan-bahannya dan mudah sahaja cara penyediaannya.

Ketika burger bakar tengah viral suatu ketika dahulu, ramai yang mencuba untuk menghasilkan daging burger sendiri. Tebal-tebal daging burgernya dan kelihatan begitu menyelerakan.

Caranya memang tidak begitu rumit tetapi memandangkan daging burger Ramly yang ready-made lebih cepat dan mudah untuk didapati menjadikan lebih ramai gemar untuk membeli dari menghasilkan sendiri.

Tetapi sekali sekala teringin nak merasa daging burger buatan sendiri pun tak ada masalah bukan?

Baca juga: Resepi Asam Pedas Daging

View Comments