Selain rawatan antibiotik, terdapat juga beberapa cara merawat tonsil secara tradisional yang boleh mereda dan melegakan keradangan tonsil. Di sini kami senaraikan 10 cara rawatan alternatif di rumah yang boleh anda cuba.
Tonsillitis adalah keadaan di mana tonsil selalunya menjadi bengkak dan meradang akibat jangkitan virus atau bakteria.
Antara simptom Tonsillitis yang biasanya terjadi adalah seperti demam, sakit tekak, sakit telinga, nafas berbau dan kadang-kadang ada tompokan putih pada permukaan bahagian tonsil yang menandakan keadaan yang lebih serius.
Selalunya penyakit ini memerlukan rawatan antibiotik untuk melegakan keradangan dan kesakitan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara merawat tonsil secara tradisional yang boleh kita cuba dan amalkan.
Cara ini juga amat efektif kerana air suam akan memberi kesan yang menenangkan manakala garam pula akan membantu untuk membunuh jangkitan atau bakteria.
Selain itu, garam juga boleh membantu mengurangkan keradangan serta mampu memberi kelegaan yang segera.
Cara-caranya mudah sahaja.
Minuman teh yang suam boleh membantu mengurangkan sakit dan tekanan akibat pembengkakkan serta melegakan kesan radang pada bahagian tonsil.
Penggunaan madu asli yang mempunyai sifat antibakteria yang kuat pula adalah cara merawat tonsil secara tradisional yang dipercayai mampu membantu melawan jangkitan yang menyebabkan radang.
Selain madu, kulit kayu manis juga dipercayai mampu mengubati keradangan akibat jangkitan virus dan bakteria.
Menurut kajian, ekstrak kulit kayu manis memiliki efek antibakteria untuk mengekang pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli dan Streptococcus pyogenes.1
Inilah cara-cara penggunaannya:
Air perahan lemon yang dicampur bersama madu asli juga sangat bagus untuk melegakan tonsil, sakit tekak mahupun batuk.
Selain berkemampuan untuk memecahkan lendir dan melegakan sakit, lemon juga boleh meningkatkan serta memperkuatkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan.
Caranya juga cukup mudah, campurkan 2 sudu jus perahan lemon dan 1 sudu madu asli ke dalam suku cawan kecil air suam. Minum 2-3 kali sehari untuk melegakan tonsil.
Caranya sangat mudah. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit ke dalam segelas susu segar. Amalkan dua kali sehari pada awal pagi dan lewat petang untuk membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan.
Sifat anti-radang dan antibakteria yang terkandung di dalam kunyit mampu membantu untuk mengurangkan kesan radang dan melawan pembiakan bakteria.2
Terdapat pelbagai khasiat halba untuk kesihatan termasuklah sebagai ubat tradisional untuk sakit tekak akibat tonsillitis.
Baca juga: Khasiat Halba untuk Kesihatan yang Ramai Tidak Tahu
Menurut kajian, halba dapat memberi kelegaan serta merta dari kesakitan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan kerengsaan atau keradangan.3
Inilah adalah cara-cara mudah penyediaan teh halba:
Selain terkenal dengan kemampuannya untuk menyegarkan nafas, pudina juga boleh melegakan tonsil dan sakit tekak kerana ianya mempunyai sifat sifat antibakteria dan anti-radang yang dapat mendorong penyembuhan.
Kandungan methol yang terdapat di dalam pudina boleh membantu menenangkan tekak dan menipiskan lendir. Ianya juga sangat berguna jika anda mengalami sakit tekak dan batuk.
Petua ini sebenarnya ada rasionalnya. Ini kerana bawang putih telah diperakui mempunyai sifat antibakteria semula jadi menurut kajian sains.
Hasil kajian menunjukkan bawang putih mengandungi allicin yakni sejenis sebatian organosulfer yang terkenal dengan kemampuannya melawan jangkitan.4
Jika tonsil sudah mula membengkak atau meradang, dinasihatkan agar anda makan makanan yang lembut dan mudah untuk ditelan.
Perkara ini penting untuk mengelakkan keradangan yang lebih serius kerana makan yang keras boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan mungkin luka di kerongkong.
Sebaiknya, makanlah makanan seperti bubur atau sup dan banyakkan minum air suam. Anda juga digalakkan untuk makan ais krim vanilla untuk membantu meredakan keradangan tonsil.
Sebolehnya berhentilah merokok. Jika anda tidak merokok, elakkan dari menghidu asap rokok kerana asap tembakau boleh menjadikan jangkitan tonsil lebih teruk dan melambatkan pemulihan.
Walaubagamanapun jika masih belum reda atau sembuh, anda haruslah mendapatkan khidmat nasihat dari doktor. Kebiasaannya untuk jangkitan yang lebih serius, rawatan antibiotik diperlukan untuk meredakan keradangan akibat jangkitan.
Jika jangkitan pada tonsil terlalu kerap berlaku, doktor akan menasihati anda untuk membuang tonsil melalui pembedahan.
Sumber Rujukan:
1. Jurnal e-Biomedik (eBm): Uji efek antibakteri ekstrak kulit kayu manis (Cinnamomum burmannii) terhadap Escherichia coli dan Streptococcus pyogenes
2. A Review on Antibacterial, Antiviral, and Antifungal Activity of Curcumin
3. Fenugreek: A review on its nutraceutical properties and utilization in various food products
4. Investigating Antibacterial Effects of Garlic (Allium sativum) Concentrate and Garlic-Derived Organosulfur Compounds on Campylobacter jejuni by Using Fourier Transform Infrared Spectroscopy, Raman Spectroscopy, and Electron Microscopy