Petua Hilangkan Batuk Cover

20 Petua Hilangkan Batuk Mudah & Berkesan

Batuk tak henti-henti memang merimaskan. Jom kita cuba petua hilangkan batuk ini. Mudah dan berkesan.

Ini petua hilangkan batuk yang sangat mudah untuk diikuti. Khusus buat mereka tak asyik batuk tak hilang-hilang. Boleh cuba senarai petua-petua ini

Batuk adalah perkara yang tidak dapat kita elakkan dan pastinya ia akan mengganggu aktiviti seharian kita. Sekurang-kurangnya setiap tahun, pasti kita akan terkena jangkitan batuk walaupun hanya sekali bukan?

Seperti yang kita ketahui, batuk tidak akan berhenti selagi ia tidak dirawat dengan betul. Baiklah, di sini kami senaraikan petua hilangkan batuk secara mudah dan berkesan.


1. Minum Jus Lemon

Petua Hilangkan Batuk - Minum Jus Lemon

Sekiranya anda mengalami batuk kering yang tidak berkahak, jus lemon boleh diminum begitu sahaja. Anda juga boleh campurkannya bersama dengan madu.

Caranya adalah dengan memotong sebiji lemon dan kemudiaannya perahkan lemon yang dipotong tadi ke dalam air panas. Tambah sesudu madu jika ingin kurangkan sedikit rasa masam. Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga sebati.

Minum dan nikmatilah jusnya yang sangat sedap dan melegakan tekak. Tekak yang sakit juga akan menjadi lebih lega setelah meminum jus ini.

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Gigi

2. Menggunakan Teh dan Madu

Apabila anda menambah madu sebagai pengganti kepada gula, ia mempunyai kesan dalam membantu proses pemulihan tubuh badan anda.

Sekiranya anda tidak suka minum teh, anda boleh memakan madu secara langsung atau dicampurkan dengan air panas sahaja.

Dari bahagian timur sehinggalah ke bahagian barat, minum teh diakui merupakan petua hilangkan batuk yang berkesan.

Petua Hilangkan Batuk - Guna Teh Madu

3. Berkumur dengan Air Garam

Petua Hilangkan Batuk - Air Garam

Petua hilangkan batuk ini membantu melegakan keradangan dalam tekak yang menyebabkan batuk berpanjangan.

Fungsi air garam juga adalah untuk mengeluarkan kahak di dalam tekak. Anda hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu teh garam. Kemudiannya, kacau sehingga sebati.

Selepas itu, berkumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. Petua hilangkan batuk ini perlu dilakukan sehingga batuk tersebut hilang.

Ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan daripada doktor membuatkan cara ini amat berkesan.

Namun perlu ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai menggunakan kaedah berkumur ini kerana dikhuatiri mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

4. Minum Air Asam Jawa

Asam jawa memang sangat terkenal dalam campuran masakan masyarakat melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa sangat lega.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air yang suam.

Kemudian, kacau asam jawa dengan air tadi sehingga ianya menjadi sebati. Tapiskan air tersebut untuk membuang biji dan seratnya.

Meminum air atau jus asam jawa ini boleh membuatkan tekak terasa nyaman malahan dapat menyejukkan badan kita.

Nak rasa kesan yang menakjubkan, minum air asam jawa dua kali sehari. Rasanya agak masam namun khasiatnya amat banyak.

Petua Hilangkan Batuk - Minum Air Asam Jawa

5. Mandi dengan Air Panas

Mandi dengan air panas dikatakan mampu meredakan serta mengurangkan rasa batuk selain merupakan terapi terbaik untuk diri anda.

Dengan mengamalkan petua hilangkan batuk ini, anda dapat memulihkan darah anda kembali ke level yang optimum selain membantu mengembangkan saluran-saluran darah anda.

6. Mengamalkan Makan Buah Badam Dan Mentega

Petua Hilangkan Batuk - Makan Badam

Jika anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai petua hilangkan batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit di dalam tekak.

Apa yang anda perlu lakukan, ambil 8 biji buah badam dan rendamkannya di dalam air.

Kemudian, campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi adunan atau krim. Ia boleh dimakan sebegitu dan boleh diamalkan tiga kali sehari.

7. Campuran Limau Nipis Dan Kicap

Campuran Limau Nipis Dan Kicap

Petua hilangkan batuk ini sememangnya agak popular dalam meredakan batuk.

Dengar macam pelik saja kan antara kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi rasanya amat sedap!

Caranya adalah dengan perahkan sebiji limau nipis ke dalam sesudu kicap dan kemudiannya minum campuran tersebut.

Anda juga boleh ulangi cara ini dengan sekerap yang mungkin. Cara tradisional ini sememangnya selalunya berkesan tau!

Baca juga: Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

8. Makan Aiskrim Vanilla

Petua Hilangkan Batuk - Makan Aiskrim Vanilla

Ais krim berperisa vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak.

Sifatnya yang sejuk apabila anda memakannya membuatkan tekak anda berasa begitu nyaman. Jangan pula memakan ais batu kerana ianya akan membuat batuk bertambah teruk lagi.

Jika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk, ais krim vanilla jawapannya. Anda jangan bimbang kerana ianya mampu memberi tenaga tambahan kepada diri anda.

Jadi, ais krim vanilla juga adalah antara petua hilangkan batuk yang berkesan selain ianya juga mengandungi tenaga tambahan yang hebat!

9. Guna Bawang Putih

Petua Hilangkan Batuk - Guna Bawang Putih

Bawang putih juga merupakan salah satu petua hilangkan batuk secara tradisional untuk melegakan masalah batuk.

Petua ini amatlah sangat mudah. Anda hanya perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan kemudian membakarnya selama 15 minit.

Pastikan bawang tersebut tidak terbakar sehingga menjadi rentung. Buang kulitnya dan makan begitu sahaja.

Jika anda tidak berselera untuk memakan bawang putih tersebut, anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar tersebut dan gaulkan bersama minyak zaitun. Sapukan pada leher anda sekerap yang mungkin, Insyaallah cara ini pasti berkesan.

10. Amalkan Cuka Epal

Petua Hilangkan Batuk - Amalkan Cuka epal

Anda boleh mengamalkannya dengan mencampurkan dua sudu cuka epal ke dalam 2 liter air kemudian meminumnya. Batuk anda akan berkurangan setelah mengamalkan tips ini selama seminggu.

11. Guna Halia

Petua Hilangkan Batuk - Guna Halia

Halia dipercayai mempunyai khasiat dalam membasmi kuman dan membuang angin yang berada dalam badan kita.

Mengikut kajian, halia dapat membantu membuang kahak pada kerongkong dan juga dapat mengurangkan kepedihan kerongkong.

Campuran pudina segar bersama halia dapat membantu menghilangkan gatal-gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang diperlukan adalah merendam halia tersebut bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas.

Kemudian campuran ini dicampurkan dengan sedikit madu. Amalkan minuman ini dua kali sehari. Anda akan mengalami perbezaan setelah meminumnya.

12. Minum Air Secukupnya

Antara sebab kenapa terjadinya batuk adalah kerana kurangnya udara dalam badan anda. Oleh itu, minum air yang cukup setiap hari juga merupakan salah satu petua untuk menghilangkan batuk.

Air boleh membantu melancarkan peredaran darah dan membuang toksin-toksin di dalam badan melalui pembuangan sistem perkumuhan anda seperti membuang air kecil.

Namun harus diingatkan bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira kerana terdapat kandungan gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi berisiko menyebabkan batuk menjadi lebih teruk.

13. Amalkan Sup Ayam

Petua Hilangkan Batuk - Amalkan Sup Ayam

Tahukah anda bahawa sup ayam telah terbukti berkesan untuk merawat batuk oleh beberapa kajian.

Kajian oleh Universiti di Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa sup ayam mempunyai ciri anti-inflamasi yang hebat seperti kebanyakan ubat-ubat batuk lain.

Selain itu, sup ayam membolehkan kotoran yang berada di kerongkong anda hancur dan dibersihkan. Tak percaya, apa kata cuba sahaja!

14. Amalkan Kunyit

Memakan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering merupakan salah satu petua hilangkan batuk yang amat berkesan.

Hidangan masakan seperti masak lemak cili padi atau singgang merupakan antara contoh masakan yang boleh di makan untuk membuatkan tekak anda berasa selesa selain dapat menyembuhkan batuk anda.

15. Menambahkan Bantal Ketika Tidur

Tahukah anda, menambahkan bantal ketika tidur adalah petua hilangkan batuk yang diamalkan orang dulu-dulu pada waktu malam?

Sememangnya masa paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengalami batuk yang teruk.

Tidur sepanjang malam akan menjadi tidak selesa dan tidak akan lena. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menambah jumlah bantal di kepala apabila anda tidur.

Apabila kepala anda lebih tinggi sedikit dari tubuh anda, ini akan menjadikan hingus atau kahak di bahagian dalam mulut dan hidung yang tersumbat akan hilang dari saluran pernafasan anda.

16. Makan Coklat

Petua Hilangkan Batuk - Makan Coklat

Tahukah anda, kajian menunjukkan bahawa coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus di dalam badan kita. Saraf ini bertindak untuk menghasilkan reaksi melegakan batuk di dalam badan anda.

Jadi, mengamalkan meminum coklat panas merupakan salah satu petua hilangkan batuk yang baik untuk melegakan rasa batuk dari semasa ke semasa ramai yang terlepas pandang.

17. Membuat Urutan Di Spa

Petua Hilangkan Batuk - Urut Di Spa

Apabila rasa batuk telah berkurang, anda digalakkan pergi ke spa untuk melakukan aktiviti urutan.

Dengan urutan spa, ia boleh melancarkan perjalanan darah dan membuang toksid-toksid yang tidak dikehendaki dalam badan anda.

Pastikan anda banyakkan minum air setelah mendapatkan rawatan di spa untuk merasai perubahan yang baik secara fizikal. Dengan melakukan urutan di spa, ia juga merupakan salah satu petua hilangkan batuk!

18. Menjaga Kebersihan Persekitaran

Sekiranya anda sentiasa batuk jika berada di sesuatu kawasan atau ruang, ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan.

Namun sekiranya batuk anda berlanjutan walaupun persekitaran anda telah dibersihkan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

19. Makan Lozenge

Sesetengah lozenge dapat membantu melegakan rasa sakit dan ketidak selesaan tekak. Ia memberikan kelegaan sakit tekak yang sementara.

Jangan biarkan kanak-kanak menggunakannya melainkan ianya telah mendapat pengesahan dari doktor terlebih dahulu.

Petua Hilangkan Batuk - Guna Lozenge

20. Guna Menthol

Menggunakan menthol merupakan salah satu petua hilangkan batuk dengan mudah. Minyak sapu yang mempunyai kandungan menthol seperti Vicks dan Tiger Balm boleh disapukan di dada.

Selain itu, gula-gula yang memiliki menthol seperti mentos dan hacks dapat dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk.

Namun, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama kepada batuk dan ianya boleh menyebabkan batuk anda menjadi lebih teruk daripada biasa.

Kesimpulan

Petua Hilangkan Batuk

Punca terjadinya batuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya jangkitan pada saluran pernafasan atau paru-paru. Batuk juga terjadi akibat kerapnya merokok, asma, alahan serta terdedah kepada bahan-bahan kimia di tempat kerja.

Selain itu, batuk juga terjadi kerana terdapat beberapa penyakit yang disebabkan oleh selsema serta influenza. Asid dalam perut yang naik semula ke esofagus juga boleh menyebabkan terjadinya batuk ini.

Faktor pengambilan ubat yang dipanggil ACE inbihitors yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi juga memainkan peranan dalam terjadinya batuk ini.

Kesimpulannya, petua di atas hanyalah untuk batuk yang tidak serius. Jika keadaan batuk anda menjadi lebih teruk, sila dapatkan rawatan doktor yang berdekatan. Semoga petua ini dapat membantu anda menghilangkan batuk anda.

Cover image credit to Wikimedia @MyUpchar