Jom cuba resepi mushroom soup Pizza Hut. Tak rumit mana pun cara penyediaannya. Rasanya pula sedap berkrim digemari ramai terutamanya kanak-kanak.
Kalau ke Pizza Hut, anak-anak paling suka makan mushroom soup. Kadang-kadang sampai tak cukup dan terpaksa order lagi tambahan demi untuk memenuhi selera mereka. Sedap sangat katanya.
Teringat saya dulu di Pizza Hut, supnya free flow. Bayar sekali sahaja dan mereka akan beri soup bowl kosong dan kita akan senduk sendiri dan boleh tambah ikut sesuka hati. Begitu juga dengan salad. Free flow la katakan. Tapi kini tidak lagi, satu bowl hanya untuk satu hidangan sahaja.
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda resepi mushroom soup Pizza Hut yang sedap dan mudah. Selamat mencuba!
Resepi ini sesuai dan boleh dihidangkan untuk 2 orang makan. Kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan lagi sedikit mentega untuk serlahkan lagi rasa lemak-lemak masin sup tu.
Tapi jangan terlebih masin pula ya. Pengambilan sodium melalui garam tak berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.
Baca juga: Resepi Meatball Ikea
Secara jujurnya, saya pernah bekerja secara sambilan di Pizza Hut suatu ketika dahulu. Pekerja di kitchen takkan pernah dan boleh tahu pun apa kandungan rahsia dan resepi mushroom soup di Pizza Hut kerana semuanya sudah siap disediakan. Pekerja hanya masak dengan menggunakan bahan-bahan yang sudah di sediakan.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Jumpa lagi di resepi-resepi yang akan datang. Pastikan anda cuba dahulu ya resepi mushroom soup dan kalau tak sama macam di Pizza Hut boleh komplen di ruangan komen. Hehe.
View Comments
jadik ke?
jadi le..haha
Sedap cam mushroom soup pizza hut eh?
Better kot. Kalau di Pizza Hut bancuh pakai serbuk ready made. Kalau kitchen staff tak pandai buat jadi berketul2. Yang ni kita masak confirm tak berketul.
Dalam resepi mushroom soup ni ada campur bahan sodium Glutamate jugak ke??
Rasanya kalau pakai kiub pati ayam Maggi tu ada msg
Klau tambah susu goodday ok x?
Ok je sis. Saya pun selalu pakai susu fullcream Goodday.