Terdapat pelbagai jenis ubat batuk terbaik di pasaran seperti Prospan, Hurix, Herbikof dan sebagainya. Tetapi tahukah anda boleh buat sendiri ubat batuk tradisional menggunakan ramuan semulajadi?
Terdapat pelbagai jenis ubat batuk terbaik di pasaran seperti Prospan, Hurix, Herbikof dan sebagainya. Tetapi tahukah anda boleh hasilkan sendiri ubat batuk tradisional menggunakan ramuan semulajadi?
Menurut American Lung Association, batuk adalah tindakan refleks spontan persis seperti bersin dan kebiasaannya berlaku secara automatik untuk melindungi tubuh apabila terdapat bendasing seperti kuman atau habuk yang merengsakan tekak dan saluran pernafasan (Sumber).
Untuk melegakan atau mengurangkan ketidakselesaan akibat batuk, ubat batuk berbentuk sirap yang boleh didapati di farmasi dan klinik mungkin boleh membantu. Selain itu, ubat batuk tradisional yang dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi juga mempunyai daya penyembuhan yang tersendiri serta mampu memberi kelegaan kepada masalah batuk.
Berikut adalah beberapa pilihan resepi ubat batuk tradisional yang dikongsikan oleh seorang jururawat menerusi laman web Tuasaude.com. Harus diingatkan bahawa ubat batuk hanyalah sekadar untuk melegakan batuk sahaja. Sekiranya anda mencari ubat untuk batuk berpanjangan, dinasihatkan agar segera dapatkan khidmat nasihat doktor.
Ubat batuk tradisional menggunakan ramuan semulajadi seperti lobak merah dikatakan berupaya untuk membantu melegakan batuk, melancarkan saluran tekak dan mengurangkan kerengsaan.
Lobak merah mengandungi kandungan antioksidan dan fitonutrien yang mampu untuk menggalakkan kesihatan tubuh badan (Sumber).
Selain itu, lobak merah juga mengandungi vitamin C, A, K dan B serta terdiri dari pelbagai mineral termasuklah mangan, magnesium, fosforus, kalsium dan zat besi (Sumber).
Jika batuk anda tidak serius, boleh cuba jus lobak merah sebagai ubat batuk tradisional untuk membantu badan anda melawan jangkitan tekak dengan lebih baik seterusnya melegakan batuk.
Bahan-bahan:
1 lobak merah saiz sederhana
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
Jus separuh lemon
Cara penyediaan:
Basuh lobak merah sehingga bersih dan potong nipis.
Kemudian masukkan ke dalam balang kaca dan masukkan juga jus lemon, madu, dan gula.
Gaul sehingga rata.
Tutup balang kaca sehingga ketat dan biarkan selama sehari dalam suhu bilik.
Untuk penggunaan, anda boleh ambil 1 sudu teh ubat sirap ini sebanyak 2 kali sehari.
2. Ubat Batuk Tradisional Guna Oregano
Selain digunakan secara meluas sebagai herba masakan, oregano juga dikatakan mungkin membantu mengurangkan batuk (Sumber).
Ubat batuk oregano bersifat antitusif yang membantu melegakan batuk kering. Ia sangat popular digunakan untuk merawat masalah sesak nafas dan penyakit pernafasan selama beribu-ribu tahun sejak orang Yunani purba mula menggunakannya untuk tujuan perubatan lagi (Sumber).
Bahan-bahan:
1 sudu besar madu
1 sudu teh oregano
Cara penyediaan:
Campurkan ke semua bahan ke dalam balang kaca dan masukkan ke dalam microwave selama 10 saat.
Biarkan sehingga sejuk.
Untuk penggunaanya, anda boleh ambil 2 hingga 3 kali sehari
3. Ubat Batuk Tradisional Guna Lemon dan Halia
Selain jus lobak merah, kombinasi jus lemon bersama halia juga dipercayai sangat bagus dalam menguatkan sistem imun manusia di samping ia juga bersifat anti-radang yang mampu mengurangkan ketidakselesaan akibat batuk.
Kombinasi khasiat halia sebagai agen antitusif dan lemon yang kaya dengan vitamin C akan memberi pertahanan dan kelegaan akibat masalah batuk.
Masukkan air dan gula ke dalam periuk lalu letakkan ia atas api dan rebus.
Teruskan kacau untuk memastikan gula larut sepenuhnya.
Kemudian angkat dari api dan masukkan halia.
Tutup periuk dan tunggu sehingga sejuk.
Pindahkan campuran ini ke dalam balang kaca, tambahkan jus lemon dan gaul sehingga rata.
Untuk penggunaannya, anda boleh ambil 1 sudu teh sirap ini sebanyak 3 kali sehari.
4. Ubat Batuk Tradisional Guna Echinacea
Sebenarnya Echinacea ialah sekumpulan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga daisy, bersama-sama dengan tumbuhan seperti bunga matahari, chamomile dan kekwa (Sumber).
Nama Echinacea mungkin agak asing buat masyarakat di Malaysia tetapi ianya banyak digunakan untuk memendekkan tempoh selsema dan mengurangkan gejala seperti sakit tekak, batuk dan demam.
Menurut kajian, herba ini sangat efektif dalam merawat jangkit saluran pernafasan atas seperti selsema dan batuk (Sumber).
Bahan-bahan:
300 ml air
2 sudu teh akar echinacea
2 sudu besar gula merah
Cara penyediaan:
Masukkan gula ke dalam periuk dan masak di atas api.
Masukkan akar echinacea dan air, dan biarkan ia didih selama 10 minit.
Biarkan sehingga ia sejuk. Jika sudah sejuk tapiskan ia ke dalam bekas atau cawan.
Untuk penggunaannya, anda boleh ambil 1 sudu besar sebanyak 3 kali sehari.
Bawang kaya dengan sifat antibakteria, anti-radang dan antipiretik yang sangat baik untuk melawan gejala-gejala seperti demam dan selesema. Manakala, madu pula merupakan ubat batuk tradisional yang bersifat antioksidan serta mampu melawan aktiviti radikal bebas yang melemahkan imuniti badan (Sumber).
Gabungan kedua-dua ramuan ini dikatakan sangat mujarab untuk melegakan batuk. Malah, seorang psikologis klinikal iaitu, Dr Rizal Abu Bakar juga turut berkongsi ubat batuk tradisional guna bawang dan madu khusus untuk anak-anak yang masih kecil dan sensitif dengan penggunaan ubat-ubatan di pasaran (Sumber).
Ambil sebiji bawang holland atau bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
Leraikan ulas bawang tersebut.
Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang dimahukan.
Gaulkan agar rata dan sebati.
Tutup dan biarkan seketika selama satu atau dua jam.
Bawang tadi akan mengeluarkan jua yang secara automatik bercampur dengan madu. Bila cuaca panas, biasanya jus ini akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
Untuk menggunakannya, anda boleh ambil satu sudu dan minum.
Kesimpulan
Meskipun terdapat pelbagai ubat batuk yang dijual di pasaran, rawatan secara alternatif melalui penggunaan ramuan semulajadi juga mungkin boleh membantu untuk melegakan batuk.
Semoga perkongsian kami mengenai ubat batuk tradisional ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan baru dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan alternatif terbaik dalam merawat masalah batuk seisi keluarga.