Kesihatan

10 Cara Kempiskan Perut Buncit yang Berkesan

Dah cuba pelbagai produk dan cara kempiskan perut? Apa kata anda cuba pula petua dan cara kempiskan perut buncit yang kami senaraikan di bawah.

Perut buncit adalah satu masalah dan misteri yang sukar untuk diselesaikan. Mahupun anda telah melakukan beberapa jenis senaman, ianya masih tidak cukup untuk mengempiskan perut buncit. Kenapa ya?

Sebenarnya, anda perlu mensasarkan pembakaran lemak pada kawasan tertentu di bahagian perut dengan mengamalkan diet, tabiat dan senaman yang terbukti boleh mengurangkan lemak viseral perut, mengempiskan perut serta menegapkan abdomen perut.

Untuk menambahkan keyakinan, meningkatkan kesihatan, dan mengempiskan bahagian perut, di sini kami telah kumpulkan beberapa petua dan cara kempiskan perut yang terbaik untuk diamalkan.

1. Elakkan Tekanan

Apabila anda sentiasa berasa tertekan, ini merupakan sesuatu perkara yang tidak sihat untuk perut anda. Tekanan mencetuskan pembebasan hormon yang dipanggil kortisol.

Secara evolusinya kortisol ini dikaitkan dengan memberi amaran kepada badan anda terhadap bahaya luaran dan tahap glukosa darah rendah. Ia akan memaksa badan anda untuk menyimpan lemak dan membuatkan anda merasa lapar.

Dengan kata lain, jika anda berasa tertekan, anda akan mula mengidam gula dan manisan walaupun perut anda sebenarnya kenyang.

Untuk mengelakkan berasa tertekan, anda boleh cuba beberapa perkara mudah seperti menarik nafas yang panjang dan bermeditasi selama beberapa minit setiap hari.

Anda juga boleh keluar bersiar-siar ke taman atau boleh berkongsi masalah dan meluahkan perasaan dengan rakan baik anda.

2. Minum Air Sebelum Setiap Waktu Makan

Menurut satu kajian, meneguk 16 auns air (lebih kurang 0.5 liter) sebelum setiap waktu makan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang signifikan.

Satu kajian telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 84 orang dewasa yang mempunyai masalah berat berlebihan. Menerusi kajian ini, mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan pertama diarahkan untuk minum 16 auns air setiap kali sebelum waktu makan dan kumpulan kedua pula diarahkan untuk hanya membayangkan bahawa mereka telah berasa kenyang sebelum makan.

Apabila kajian itu disimpulkan, kumpulan yang minum air tersebut hilang kira-kira 9 paun sedangkan kumpulan kedua hanya turun dalam 3 paun.

Menurut para penyelidik tersebut, pengambilan H2O sebelum makan adalah strategi penurunan berat badan yang berkesan kerana ia membantu untuk menambahkan rasa kenyang.

Apabila anda kurang berasa lapar, tibanya waktu makan, anda akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih bijak dan seterusnya boleh mengempiskan perut anda dengan lebih berkesan.

3. Jauhi Fruktosa

Mengelakkan semua jenis gula terutamnya fruktosa adalah salah satu cara kempiskan perut buncit yang paling mudah dan berkesan. Syaratnya anda perlu tahan dan kawal nafsu gula anda.

Gula adalah sejenis makanan manis yang boleh membawa kesan negatif terhadap saiz perut anda. Dalam satu kajian, penyelidik di Universiti Princeton memberi minuman yang dimaniskan dengan glukosa atau fruktosa kepada subjek-subjek mereka.

Walaupun kedua-dua kumpulan memperoleh berat badan yang sama dalam masa dua bulan, kumpulan fruktosa memperoleh berat badan yang lebih tertumpu terutamanya sebagai lemak di bahagian perut.

Pengumpulan lemak di bahagian ini sudah pastinya akan mengakibatkan perut anda buncit. Dengan kata lain, jika anda mahu kempiskan perut, jauhkanlah diri daripada segala jenis gula terutamanya fruktosa.

4. Amalkan Sarapan Berserat & Berprotein Tinggi

Ada betulnya dalam pepatah lama yang mengatakan bahawa sarapan adalah makanan paling penting sepanjang hari.

Jika anda ingin membuang lemak perut, makanan ketika sarapanlah yang akan menjadi titik tolak kepada perubahan diet anda.

Berdasarkan kajian daripada Universiti Missouri di Columbia, mengambil makanan yang berserat dan berprotein tinggi ketika sarapan boleh mencetuskan otak golongan wanita untuk melepaskan dopamin yakni sejenis bahan kimia dari badan yang boleh menghasilkan rasa gembira seterusnya boleh membantu untuk mengawal desakan.

Dengan kata lain, pengambilan sarapan yang berserat dan berprotein tinggi boleh meningkatkan mood anda dan mengurangkan kecenderungan serta keinginan untuk makan sesuatu yang biasa anda makan untuk kepuasan.

5. Makan Coklat Hitam

Makan coklat hitam adalah cara kempiskan perut yang mungkin tidak masuk akal, tetapi terdapat bukti yang mengesahkan bahawa pengambilan coklat ini ada faedahnya.

Satu kajian telah menemui antioksidan yang terdapat dalam koko menghalang tikus makmal daripada memperoleh berat badan berlebihan dan juga menurunkan tahap gula dalam darah.

Kajian lain daripada Lousiana State University mendapati bahawa mikroba usus di dalam perut kita memfermentasi coklat menjadi sebatian anti-radang yang menyihatkan jantung dengan mematikan gen-gen yang berkait dengan ketahanan insulin dan keradangan.

Apabila digandingkan dengan buah beri, coklat hitam boleh menjadi lebih berkesan kerana buah tersebut akan mempercepatkan proses fermentasi, lantas memberi kesan yang lebih besar dalam pengurangan radang dan berat badan.

6. Makan Telur

Ini merupakan cara kempiskan perut paling mudah. Bagaimana? Mulakan hari anda dengan memakan telur.

Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap 21 peserta, separuh daripada mereka diberi sarapan bagel manakala lagi separuh disajikan dengan telur.

Kumpulan yang memakan telur mempunyai tindak balas yang rendah terhadap ghrelin (sejenis hormon lapar), berasa kurang lapar selepas tiga jam kemudian dan mengambil bilangan kalori yang kurang pada hari berikutnya berbanding kumpulan yang memakan bagel.

Selain itu, kuning telur juga mengandungi kolin, satu nutrien yang mempunyai sifat pembakaran lemak yang kuat dan boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dengn lebih berkesan.

7. Makan Makanan Berasid Sepenuhnya

Berdasarkan beberapa kajian, makanan berasid membantu meningkatkan kadar di mana badan akan membakar sehingga 40 peratus karbohidrat.

Lebih cepat anda membakar karbohidrat, lebih cepat badan anda bakar lemak, lalu membantu anda mengempiskan perut dan kelihatan lebih ramping secara menyeluruh.

Baca juga: Diet Sirtfood? Shh…Ini Rahsia Diet Adele

8. Amalkan Pengambilan Minyak Kelapa

Kajian terhadap 20 lelaki dalam jurnal ISRN Pharmacology mendapati bahawa hanya dengan mengambil 2 sudu besar minyak kelapa sehari dapat mengurangkan lilitan pinggang dengan purata 1.1 inci dalam masa sebulan.

Boleh tahan bukan? Minyak kelapa mampu mengepiskan perut dan mengecilkan pinggang kerana sifatnya yang mempunyai trigliserida rantaian sederhana.

Tidak seperti asid lemak rantai panjang yang dijumpai dalam sumber lemak tepu haiwan, minyak kelapa tidak meningkatkan kolesterol anda dan lebih cenderung untuk dibakar sebagai tenaga daripada disimpan sebagai lemak.

9. Amalkan Pisang Sebagai Snek

Perut anda buncit? Amalkan makan pisang sebagai snek. Ianya adalah salah satu cara kempiskan perut yang mudah dan berkesan.

Buah tropikal ini padat dengan potassium yang mampu membantu mengatur keseimbangan cecair untuk mengempiskan perut buncit anda.

Antara makanan lain yang kaya dengan potassium termasuklah ubi keledek, ubi bit dan buah tembikai.

10. Menari

Menari boleh dikatakan sebagai sejenis senaman kardio yang berkesan dan menyeronokkan.

Melalui tarian, badan anda dipaksa melakukan pelbagai jenis pergerakan dalam pelbagai arah. Ini secara tidak langsung akan membuatkan setiap otot dalam badan termasuklah abdomen di bahagian perut untuk turut sama bergerak.

Menari sama faedahnya seperti senaman HIIT, anda dapat membuat senaman kardio serta menegapkan badan sekaligus dengan lebih mudah dan seronok.

Kesimpulan

Secara peribadi, kami lebih gemarkan melakukan senaman seperti menari secara berkumpulan sebagai salah satu cara kempiskan perut yang paling berkesan.

Jika dilakukan secara berkumpulan, anda akan lebih bermotivasi untuk menghabiskan setiap senaman dan tarian. Kalau berseorangan, anda anda lebih cenderung untuk putus semangat dan terpaksa berhadapan dengan penyakit malas.

Kaedah terbaik untuk memperoleh perut kempis bukan sekadar tertakluk kepada senaman tetapi ianya juga tertakluk kepada pemakanan yang bijak.

Amalkan cara kempiskan perut seperti di atas dengan disiplin dan konsisten. Kami pasti anda akan berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat anda. Selamat mencuba.


Sumber Rujukan:
1. Drinking Water Is Associated With Weight Loss in Overweight Dieting Women Independent of Diet and Activity
2. High-fructose corn syrup causes characteristics of obesity in rats: Increased body weight, body fat and triglyceride levels
3. Consuming High-Protein Breakfasts Helps Women Maintain Glucose Control, MU Study Finds
4. The precise reason for the health benefits of dark chocolate: mystery solved
5. Egg breakfast enhances weight loss
6. An Open-Label Pilot Study to Assess the Efficacy and Safety of Virgin Coconut Oil in Reducing Visceral Adiposity