Khas buat para penikmat kopi dan peminat cafe, cubalah ke Jalan Besar, Kuantan. Boleh cuba cafe-cafe yang best di Kuantan.
Scene cafe di sana makin menjadi-jadi di Jalan Besar, Kuantan dengan kehadiran banyak kedai-kedai kopi di sepanjang jalan yang dihuni deretan bangunan sejak era kolonial lagi. Kebanyakkan cafe-cafe di sini gemar menerapkan elemen retro dan klasik untuk mewujudkan gaya kedai kopitiam lama.
Pada post kali ini, kami senaraikan 5 cafe yang paling best dan trending di Jalan Besar, Kuantan.
1. Kopi & Teh
Kena dengan namanya, Kafe Kopi & Teh lebih fokus kepada menu kopi dan juga teh.
Ambient di sini sangat tenang, selesa dan sesuai untuk family. Terdapat ruangan kecil kid’s play untuk anak-anak anda bermain.
Antara menu kopi yang selalu menjadi pilihan pengunjung di ini ialah seperti Kopi terbalik Aceh, kopi tenom dan kopi in-house.
[ Baca full review Kopi & Teh di sini ]
Alamat: No 52, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa 08:00AM – 11:00PM
Contact: +6017-342 9799 / Facebook
Baca juga: Tempat Makan Best di KL Sentral
2. Watak Kopi
Terletak betul-betul berhadapan dengan Menara Teruntum, Kafe Watak Kopi sememangnya akan terus menjadi port ngopi pilihan anak-anak muda dan belia.
Setakat ini pada hemat dan citarasa kami, kopi kampung di sini adalah antara yang terbaik di Kuantan.
[ Baca full review Watak Kopi di sini ]
Alamat: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00AM – 12:00AM
Contact: +6017-919 6007 / Facebook
3. Kuantan Pickers & Kedai Kopi
Buat peminat barangan antik, vintaj dan retro berniche kopitiam lama, ini destinasi yang perlu anda kunjungi.
Kuantan Pickers & Kedai Kopi sarat dengan pelbagai dekorasi barangan lama yang pasti membuatkan mata anda tak senang duduk. Kopi vietnam dan roti bakar antara menu simple yang popular di sini.
[ Baca full review Kuantan Pickers & Kedai Kopi di sini ]
Alamat: 32, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 12:00AM
Contact +6014-824 1102 / Facebook
Baca juga: Tempat Makan Best di Cherating
4. Coastal Store
Coastal Store asalnya ialah sebuah kedai rekod muzik Indie di Kuantan tetapi tak sengaja terhibrid menjadi cafe dek desakan pengunjung dan rakan-rakan.
Antara menu signature di sini ialah seperti nasi ayam, mee rebus, kopi Vietnam dan beberapa varieti kek dari Kula Cakes.
[ Baca full review Coastal Store di sini ]
Alamat: 4E Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6012-664 4054
5. Tjantek
Tjantek yang berkonsepkan artisan cafe merupakan otai dan watak penting di Jalan Besar, Kuantan.
Kami diberitahu bahawa mereka sering menjadi bahan rujukan cafe-cafe baru di sekitar Kuantan.
Alamat: 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad 8:00AM – 12:30AM
Contact: +6014-522 6529
Baca juga: Cafe Markisa