Makan Best

15 Tempat Makan Best & Menarik di sekitar KL Sentral

KL Sentral merupakan sebuah hub pengangkutan bersepadu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Jom lihat apa tempat makan best di KL Sentral yang boleh kita terjah jika berada di KL Sentral

Selain tertumpu sebagai hub kemudahan pengangkutan, terdapat banyak tempat untuk shopping dan juga restoran di kawasan sekitar. Pendek kata kalau tersangkut lama di KL Sentral pun tiada masalah. Pada post kali ini, kami senaraikan beberapa tempat makan best di KL Sentral yang boleh anda singgah.

1. Waroeng Penyet, NU Sentral

Instagram @waroengpenyet

Waroeng Penyet ialah port masakan Indonesia dan tempat makan best di KL Sentral yang cukup digemari ramai.

Menu nasi ayam penyet di sini cukup terkenal di kalangan wargakota yang bekerja di kawasan-kawasan sekitar.

Jadi tidak hairanlah jika restoran ini dipenuhi pelanggan ketika waktu-waktu kemuncak seperti lunch hour. Terdapat juga pelbagai menu menarik lain yang anda boleh cuba seperti bakso, soto dan lain-lain.

Alamat: L4-08, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 10:00PM
Contact: +603-2276 3364 / Facebook

2. ABC Bistro Cafe, Brickfields

Google Maps Images

ABC Bistro Cafe ialah kedai nasi kandar dan salah satu tempat makan best di KL Sentral yang terbaik pilihan kami.

Kalau anda jejak kaki ke sini, sila pilih nasi dengan kuah campur, ayam madu dan sayur bendi. Lawan pula dengan teh ais memang bergabung meletup la guys!

Oh ya, terdapat dua kedai; ABC Bistro yang serve nasi kandar dan ABC One Bistro pula serve nasi daun pisang. Jangan confuse ya.

Alamat: 106, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 24jam
Contact: Facebook

Read: Tempat Makan Best di Cyberjaya

3. Quartet KL, NU Sentral

Facebook @kuartetkl

Buat peminat kopi dan sandwich, kami sarankan anda untuk rasa dan nikmati sendiri keenakan kopi dan kesedapan pelbagai pilihan sandwich di Quartet KL yang merupakan salah satu cafe pilihan ramai di KL Sentral.

Alamat: CC-04A, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00AM – 10:00PM
Contact: +603-2276 0360 / Facebook

4. Eatropica Cafe, NU Sentral

Facebook @eatropica

Kalau anda nak chill dan tenangkan fikiran, bolehlah singgah ke Eatropica Cafe yang terletak di rooftoop Nu Sentral Mall. Ruang makan disini sangatlah luas dan amat sesuai untuk gathering dan lunch meeting.

Alamat: Level 6, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat 8:00AM – 8:00PM
Sabtu & Ahad dibuka untuk event
Contact: +6012-786 0160 / Facebook

5. Restoran Puteri, Brickfields

Google Maps Images

Restoran Puteri menyediakan menu masakan Melayu dan telah beroperasi lebih dari 35 tahun dan restorannya betul-betul berhadapan dengan NU Sentral.

Pemilik restoran ini ialah Puan Rubiah Suparman yang merupakan salah seorang pelakon terkenal dulu-dulu.

Terdapat banyak pilihan kuih-muih dan lauk-pauk yang boleh anda pilih untuk sarapan dan makan tengahari.

Alamat: 146, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hati kecuali Ahad 7:30AM – 7:00PM
Contact: +603-2274 7831

6. Ojju K-Food, NU Sentral

Facebook @OjjuMalaysia

Untuk pilihan makanan Korea, Ojju K-Food di NU Sentral port tempat makan best di KL Sentral yang harus anda kunjungi.

Bagi peminat makanan korea, jangan lupa singgah untuk makan di Ojju K-Food yang terletak di NU Sentral ini.

Ramai yang gemar ke sini untuk menikmati menu makanan Korea. Walaupun pada waktu puncak, pekerjanya tetap memberikan senyuman dan layanan mesra.

Alamat: L4-01 (03 & 04), NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 10:00PM
Contact: +6012-384 1008 / Facebook

7. Kedai Kopi Opah, KL Sentral

Facebook @kedaikopiopah

Terletak bersebelahan dengan Pejabat Tabung Haji KL Sentral, Kedai Kopi Opah juga adalah antara salah satu kedai makan yang boleh anda cuba jika berada di kawasan sekitar KL Sentral.

Selain nasi lemak, terdapat juga menu-menu lain seperti bihun goreng, soto, cucur, roti bakar dan lain-lain lagi termasuklah aiskrim Malaysia.

Alamat: Blok 4, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu & Ahad 8:00AM – 7:00PM
Contact: +603-2276 6116 / Facebook

8. Sithique Nasi Kandar Pulau Pinang, Brickfields

Google Maps Images

Kalau anda peminat nasi kandar Pulau Pinang cubalah dan nilaikan sendiri. Ramai yang mengatakan rasa nasi kandar di sini seakan-akan seperti di Pulau Pinang.

Alamat: 202, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00AM – 8:30PM
Contact: +6011-1501 0786

9. Nyonya Tingkat, NU Sentral

Instagram @nyonyatingkat

Sesiapa yang craving masakan Baba Nyonya Melaka, kami cadangkan anda cuba menu makanan di Nyonya Tingkat yang terletak di tingkat 5, NU Sentral.

Antara menu yang popular di sini ialah seperti nasi kerabu, nyonya kari laksa, cendol durian, roti jala dan bubur cha cha.

Alamat: L5-12, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-2276 1327 / Facebook

10. Warisan Nasi Kukus, NU Sentral

Facebook @warisannasikukus

Warisan Nasi Kukus ini menyediakan salah satu nasi kukus ayam berempah terbaik yang anda boleh kunjungi di KL Sentral.

Mereka menawarkan 5 jenis nasi iaitu nasi kukus telang, nasi kukus pandan, nasi kukus lemak, nasi kukus perang dan nasi kukus putih.

Alamat: LG-17, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-2276 6039 / Facebook

11. Franco, NU Sentral

Facebook @FrancoMalaysia

Kalau dah bosan dengan Starbucks ataupun Coffee Bean, apa kata anda cuba pula ngopi di Franco.

Di sini kuranglah crowded sikit dan terdapat lebih banyak pilihan menu makanan yang sedap-sedap.

Alamat: L3-06,07,08, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-2276 3098 / Facebook

12. Nook by Aloft KL Sentral

Instagram @aloftkls

Buat mereka yang mencari penyedia buffet untuk family atau business gathering, Nook ialah salah satu pilihan tempat yang menyediakan buffet lunch & dinner yang anda boleh cuba.

Selain seleksi buffet, terdapat juga menu ala carte yang terdiri daripada menu tempatan dan antarbangsa.

Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 6:00AM – 12:00AM
Contact: +603-2723 1188 / Facebook

13. Aroii Thai, NU Sentral

Facebook @aroiithai

Di Aroii Thai, pilihlah mana-mana hidangan pun semuanya berharga dari RM2.59 semangkuk.

Alamat: LG-33, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-2276 5168 / Facebook

14. Restoran Food Station by PU Riz, Brickfields

Google Maps Images

Restoran Food Station ini dibuka dan dimiliki oleh Pencetus Ummah Riz Ismail dan terletak betul-betul di hadapan Nu Sentral. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu masakan Melayu, Thailand dan western.

Alamat: 104, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 9:00AM – 9:00PM

15. Quizinn Foodcourt, NU Sentral

Google Maps Images

Jika satu pun tiada yang memenuhi selera anda, apa kata anda cuba ke Quizinn Foodcourt yang terletak di tingkat 3 NU Sentral. Terdapat pelbagai jenis gerai dan restoran di sini.

Kebiasaannya, foodcourt ini penuh ketika waktu makan tengahari kerana masa itu hampir semua pekerja keluar berehat.

Alamat: L3-14, NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 8:00AM – 10:00PM
Contact: +6019-273 5920

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan yang KL Sentral memang tumpuan ramai. Tapi apabila berada di sana, kadang-kadang kita jadi buntu ketika hendak mencari dan memilih tempat makan.

Inilah 10 tempat makan best di KL Sentral pilihan kami. Anda pula bagaimana? Di mana port makan anda di KL Sentral?