Mungkin tempat-tempat makan ini tidak asing bagi warga Cyberjaya tetapi rasanya masih ramai lagi yang tidak tahu. Ini senarai tempat makan best di Cyberjaya yang boleh anda cuba.
Cyberjaya terletak di daerah Sepang, Selangor dan terkenal dengan jolokan nama Silikon Valley Malaysia kerana banyak syarikat IT yang berkampung di sini. Cyberjaya kini bukan sahaja menjadi hub teknologi bahkan semakin galak dikenali sebagai pusat gastronomi makanan fusion dan antarabangsa.
Berikut kami senaraikan 10 tempat makan best di Cyberjaya yang boleh anda cuba jika berkunjung ke Cyberjaya.
1. Salam Noodles
Salam Noodles ialah sebuah restoran Chinese-Muslim dan merupakan salah satu port makanan Chinese Muslim pilihan ramai dan kini sudah mempunyai dua cawangan di Cyberjaya dan satu cawangan di Putrajaya.
Terdapat pelbagai menu makanan Xinjiang yang sedap dan menarik seperti beef soup noodle, sheep bone pot set, mutton curry gravy noodle, dry beef dumplings, mutton roast stick, braised chicken rice dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga FREE flow drinks untuk semua menu hidangan yang berharga RM7.90 dan ke atas.
Salam Noodles juga merupakan salah satu tempat makan best di Cyberjaya pilihan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), TV3.
Alamat: 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 10:00PM
Contact: +603-8320 9372 / Facebook
2. Pastribella Bakeshop
Pastribella, tempat idaman para pencinta kek dan pastri. Bakeshop yang dimiliki oleh Dr. Ezani, pemenang Masterchef Malaysia ini cukup terkenal di Cyberjaya.
Pastribella dulu pernah beroperasi sementara di Hayyan Huda Opah’s Kitchen, Seremban sebelum berpindah ke Cyberjaya.
Rata-rata pengunjung memuji pilihan menu, layanan staff dan suasana di sini. Selain daripada kek dan pastri, mereka juga menawarkan menu ala carte seperti pasta dan salad.
Alamat: D3-04-03, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 12:00AM – 9:00PM
Contact: +6011-5621 9400
Baca: Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan
3. Glaze Eatery
Terletak di Persiaran Multimedia, Glaze Eatery ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, butter chicken, bacon & omelette, cheesecake, roti bakar dan pasta.
Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu breakfast sepanjang hari.
Alamat: A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 11:00PM
Contact: +6017-606 6162 / Facebook
4. Cafe Puffy Buffy
Cafe Puffy Buffy telah beroperasi di Cyberjaya semenjak tahun 2014 dan sering menjadi pilihan warga Cyberjaya.
Terdapat pelbagai jenis menu makanan Melayu dan juga western di sini tetapi tolong datang awal ye.. kalau tak kebanyakkan lauk-pauk kampung akan habis. Terdapat juga pilihan kek dan pastri.
Puffy Buffy juga merupakan salah satu tempat makan best di Cyberjaya pilihan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), TV3 dan kini sudah mempunyai satu cawangan di klia2
Alamat: Suite G-32-4809, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 10:00PM, Ahad tutup
Contact: +603-8322 6637
5. Karyabhara – The Hipster Cafe
Karyabhara merupakan sebuah Hipster cafe dan salah satu port lepak kegemaran para pelajar di Cyberjaya
Anda boleh datang ke sini dan meluangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga kerana ia beroperasi dari 6 petang hingga 2 pagi.
Yang pasti, aura positif disini ini akan pastikan anda ingin duduk lebih lama. Bukan itu saja, menu makanan ala western mereka juga nampak menarik dan meyakinkan.
Alamat: 37-G, Block E, Biz Avenue, 2, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 6:00PM – 2:00AM
Contact: +6016-231 2036
6. Restoran Sana Sini
Jika anda sudah berkeluarga dan ingin makan dengan tenang, kami cadangkan anda ke Restoran Sana Sini.
Di sini terdapat ruang playground yang cukup luas dan tersangatlah kid’s friendly. Anak-anak boleh bermain dan layan FREE FLOW ice-cream dan pop corn!.
Antara menu yang menarik ialah seperti nasi 7 beradik, pumpkin chicken chop rice, pineapple seafood fried rice dan Korean chicken wing.
Alamat: LG01, Dpulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 9:30PM
Contact: +603-8322 4646
7. 10 Gram Cafe
Jika anda sukakan makanan fusion, bolehlah cuba menu makanan di 10 Gram Cafe, Cyberjaya.
Cafe ini bermula di Bandar Mahkota Cheras sekitar July 2015 dan kini telah mempunyai dua cawangan yakni di Cyberjaya dan Kuantan.
Suasana dan dekorasi cafe ini yang mengoptimumkan ruang, perspektif dan pokok hijau sangat menarik.
Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba seperti all day breakfast, pizza, spaghetti, homemade sandwiches, pancake dan banyak lagi.
Alamat: A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 10:30AM – 10:30PM
Contact: +6010-210 9210
Baca: Tempat Makan Best di Bandar Seri Putra
8. Hutan Café
Seperti yang dinyatakan oleh nama restoran ini, Hutan Café memang dipenuhi kehijauan dan perabot kayu membuatkan tempat ini tenang dan kelihatan seperti hutan.
Terletak di dalam kawasan Cyberjaya Community Club menjadikan cafe ini lebih tenang apabila ditemani dengan muzik.
Terdapat pelbagai menu tempatan, middle east, western, Italian, French seperti shakshuka, crepe suzette, aglio olio, spicy prawn bisque, grilled chicken alamo, grilled black pepper lamb chop, croque monsieur dan macam-macam lagilah.
Jarang untuk anda jumpa restoran seperti ini di Cyberjaya!
Alamat: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +6012-603 6528 / Facebook
9. Foodmonger
Foodmonger yang berkonsepkan food court moden ini berkeluasan 4,000 kaki persegi dan mampu memuatkan lebih kurang 220 orang pelanggan dalam satu masa.
Walaupun baru sahaja dibuka pada tahun 2019, Foodmonger kini telah pun menjadi salah satu tarikan warga Cyberjaya. Jika anda teringin nak makan nasi goreng beserta western dish dipersilakan datang ke sini.
Antara menu menarik di sini ialah seperti nasi goreng spices lobster, nasi creamy buttermilk chicken, menu ayam goreng dari Ayo! Fried Chicken, fries dari Fam Fries dan satay dari 311 Satay.
Alamat: C-01-03, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 1:00AM
Contact: +6017-425 9433
10. Restoran Mangkok Ayam
Kenapa nama Restoran Mangkok Ayam?
Kami pun kurang pasti tetapi apa yang pasti ialah dekorasi restoran ini kebanyakkannya menggunakan pinggan dan mangkuk yang bermotifkan ayam.
Mungkin menu mereka nampak mainstream tapi cita rasa masakan mereka tidak dapat ditandingi. Anda boleh cuba keuy teow, nasi rendang ayam, mee kari, laksa dan kombo set mereka pada harga yang berpatutan.
Alamat: P10, Dpulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 10:00PM
Contact: +6012-327 6848
Kesimpulan
Terdapat pelbagai tempat makan best di Cyberjaya yang boleh anda cuba jika berada di sini.
Apa yang kami perhatikan Cyberjaya kini tidak lagi seperti dulu. Kini ada banyak restoran-restoran yang menarik dibuka di sini. Dari makanan Asia hinggalah ke makanan fusion. Semuanya ada di Cyberjaya.