10 Tempat Makan Best & Menarik di Cherating

Walaupun Cherating adalah pusat pelancongan terkenal di Pahang, tak ramai yang tahu bahawa terdapat beberapa tempat makan best di Cherating yang boleh anda cuba sepanjang bercuti di sini.

Cherating merupakan salah satu destinasi percutian yang terkenal dengan kawasan persisiran pantai yang cantik dan tapak penyu bertelur menjadi sebab utama pelancong mengunjungi Cherating. Disini kami senaraikan 10 tempat makan best di Cherating untuk rujukan anda jika berpeluang melancong ke Cherating.

1. Ombok Cherating Surf Cafe

Facebook @ombokcherating

Ombok Cherating Surf Cafe adalah salah satu tempat makan best di Cherating yang harus anda kunjungi.

Jika anda mahu chill dan rileks di tepi pantai, kami amat sarankan anda berehat dan bertenang di Ombok Cherating Surf Cafe.

Cafe ini begitu terkenal di kalangan surfers dan pelancong dari dalam dan luar negara kerana suasana, makanan dan layanan mesra daripada staff-staff di sini.

Antara menu yang menjadi pilihan ialah seperti coffee, mango cheesecake dan English breakfast. Selain itu, kelas dan merchandise surfing juga ada disediakan di sini.

Alamat: Lot 995, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 9:00AM – 5:00PM
Contact: +609-581 9275 / Facebook

2. Cherating Briyani & Coffee

Google Maps Images

Bagi anda yang mencari nasi briyani ketika berada di Cherating, anda bolehlah singgah di Cherating Briyani & Coffee.

Kedainya yang bersih dan kemudahan tempat letak kereta yang luas menjadi sebab salah satu sebab utama kedai ini sering dikunjungi oleh para pelancong ketika berada di Cherating.

Nasi briyani kambing dan mee udang adalah antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung disini. Portion setiap hidangannya juga lebih banyak berbanding di restoran lain.

Alamat: Taman Agroteknologi Mardi, Sungai Belong, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 10:30AM – 8:00PM
Contact: +6017-987 1029 / Facebook

Baca juga: Tempat Makan Best di KL Sentral

3. Nabill Cafe Cherating

Google Maps Images

Jika anda menginap di sekitar Kampung Cherating, tak perlu pergi jauh untuk mencari makan malam. Yang berdekatan pun ada.

Cuba dulu di Nabill Cafe Cherating yang selalunya meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika waktu makan malam.

Seperti semua kawasan pelancongan di persisiran pantai, menu utama yang kerap dicari adalah ikan bakar dan makanan laut.

Di Nabill Cafe, anda boleh dapatkannya dengan pilihan pelbagai jenis ikan dan seafood sambil menikmati suasana kampung di tepian pantai.

Alamat: No 4, Kampung Cherating Lama, Jalan Bukit Kuantan, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 6:00AM – 12:00AM
Contact: +6011-2943 3250 / Facebook

4. Double AA Restoran (Sebelah Petronas)

Google Maps Images

Restoran Double AA nampak seperti restoran kampung yang biasa-biasa sahaja. Akan tetapi, makanannya sangat berbaloi, sedap dan sering menjadi pilihan orang tempatan untuk bersarapan.

Antara menu yang wajib dicuba ialah nasi dagang, nasi kerabu, ayam bakar dan roti canai. Pasti puas hati.

Anda dinasihatkan untuk datang awal kalau nak cuba nasi dagangnya kerana ianya mendapat permintaan yang tinggi oleh pengunjung dan penduduk setempat.

Alamat: Kampung Baharu Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 12:00PM

5. D’ Cherating Cafe

Facebook @d’cherating cafe

D’ Cherating Cafe merupakan port persinggahan persis RNR untuk bas ekspress laluan Pantai Timur yang lengkap dengan kemudahan tandas dan surau.

Kalau anda sedang bercuti bersama keluarga di Cherating, jangan lupa untuk singgah di D’Cherating Cafe.

Mereka mempunyai menu makanan yang pelbagai seperti ikan bakar, sotong bakar, udang dan macam-macam lagi yang anda boleh pilih.

Alamat: Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 3:30AM
Contact: +6012-654 8340

6. Restoran Nasi Kukus 3 Bungkus RM10 Cherating

Facebook @nasikukus3bungkusrm10

Sekarang cukup susah untuk kita jumpa nasi kukus yang murah dan sedap. Tetapi, di restoran ini anda boleh membelinya dengan hanya RM10 untuk 3 bungkus.

Harga asal yang dijualnya adalah RM4 sebungkus, tetapi tawaran RM10 adalah untuk sesiapa yang membeli 3 bungkus dalam satu bayaran.

Mereka juga menyediakan pelbagai pilihan lauk yang anda boleh pilih ketika anda menjamu selera di restoran ini.

Alamat: KM38, Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis 8:30AM – 4:30AM
Contact: +6018-901 4320

7. Keropok Lekor Kamal (Pok Die)

Google Maps Images

Kalau ke Pantai Timur wajib pekena keropok lekor kan? Di Cherating anda boleh berkunjung ke Keropok Lekor Kamal (Pok Die) yang terletak di Kampung Baharu Cherating.

Di sini, anda boleh rasai suasana kampung sambil menikmati keropok lekor panas yang digoreng sebaik saja anda memesannya.

Bukan itu saja, keropok lekor yang dijualnya diperbuat daripada ikan segar dan rasanya sangat berbeza dengan keropok lekor biasa. Sangat rugi kalau anda datang Cherating tapi tak singgah di sini.

Alamat: Jalan Kuantan – Kemaman, Kampung Baharu Cherating, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 9:00AM – 6:00PM
Contact: +6013-901 9589

Baca juga: Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan

8. Hentian Satay Sungai Ular

Google Maps Images

Bagi peminat sate, anda bolehlah singgah di Hentian Satay Sungai Ular untuk merasai sate terkenal di sini.

Satenya dijual pada harga serendah 60 sen secucuk untuk sate ayam, 80 sen secucuk untuk sate daging dan satu ringgit secucuk untuk sate kambing.

Mereka juga anda sediakan pelbagai jenis menu lain seperti nasi goreng, nasi kukus dan hidangan ringan seperti roti jala, roti telur dan lain-lain.

Kedainya taklah terlalu besar tetapi cukup jika anda datang bercuti bersama keluarga yang ramai.

Alamat: Jalan Kuantan – Kemaman, Kampung Sungai Ular, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis 4:00PM – 12:00AM
Contact: +6017-970 8131

9. Restoran Ani Selera Kampung (Kedai Nasi Budu)

Restoran Ani Selera Kampung atau lebih terkenal dengan nama Kedai Nasi Budu adalah salah satu tempat makan best di Cherating pilihan kami.

Walaupun lokasinya sedikit jauh dalam sekitar 15-20 minit perjalanan dari Kampung Cherating, kami jamin anda pasti puas hati jika singgah makan tengahari di aini.

Di sini, anda boleh pilih lebih daripada 30 jenis menu dan makanan utamanya adalah berunsurkan masakan selera kampung.

Restoran ini nampak seperti sudah lama dan tua, akan tetapi makanannya sangat sedap sehinggakan kedai ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong luar dan penduduk setempat.

Kalau anda datang lambat, berkemungkinan besar anda akan terlepas daripada merasai sajian kedai ini.

Alamat: Pengkalan Penambang, Kampung Geliga, 24000 Kuala Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 4:30PM
Contact: +6013-998 7465 / Facebook

10. Warung Otak Otak Che Wan

Facebook @otakotakchewan

Warung Otak Otak Che Wan juga terletak sedikit jauh sekitar 10-15 minit pemanduan dengan kereta dari Kampung Cherating.

Akan tetapi, jika anda ingin rasakan otak-otak Pantai Timur yang asli, kami sarankan anda untuk singgah di sini.

Warung ini terletak berhampiran dengan laut dan mereka juga menjual satar disamping otak-otak. Ia dijual pada harga biasa yang sama dengan gerai lain di Cherating.

Alamat: 6209, Jalan Geliga, Pantai Kemaman, 24000 Kuala Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 7:00PM
Contact: +6014-803 5777

Kesimpulan

Memang seronok bercuti di Cherating, tetapi kadang-kadang nak mencari tempat makan pun boleh jadi satu masalah juga bukan? Ini 10 tempat makan best di Cherating yang boleh anda cuba jika bercuti di sini.

Secari peribadi, kami gemarkan suasana bersanti di Ombok Cherating Surf Cafe dan makanan kampung yang penuh dengan deretan ikan, udang dan sotong di Restoran Ani Selera Kampung betul-betul sedap dan menyelerakan.

Jangan lupa untuk cuba keropok lekor, sata dan otak-otak ya. Rugi besar kalau tak cuba try test.

Baca juga: Pasar Payang Terengganu