Terlampau banyak tempat makan menarik di Kuala Lumpur sampai susah nak buat pilihan? Boleh cuba lokasi yang kami kongsikan ini.
Kuala Lumpur sudah pasti menjadi tumpuan setiap warganegara Malaysia dari semenanjung hinggalah Sabah dan Sarawak. Bahkan ianya juga kini sudah menjadi antara destinasi pilihan utama pelancong dari serata dunia.
Bukan sahaja diversiti makanan dari berbilang kaum, malah kelainan serta keunikan dari setiap negeri-negeri di Malaysia juga telah terkumpul di Kuala Lumpur.
Ini tempat-tempat makan menarik di Kuala Lumpur pilihan kami. Semoga bermanfaat!
JIBRIL

Tidak lengkap rasanya jika JIBRIL tiada dalam senarai tempat makan menarik di Kuala Lumpur. Dengan suasana yang selesa, menu yang sedap serta pelbagai; sudah terang lagi bersuluh, JIBRIL adalah pilihan ramai untuk makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Selain mempunyai cawangan di Selangor serta Johor Bahru, JIBRIL juga telah berkembang ke Kuala Lumpur dengan dua cawangan masing-masing di Publika dan Setapak. JIBRIL Setapak adalah cawangan terkini dan baru sahaja dibuka pada 15 Januari 2025 yang lepas.
Andai anda ke JIBRIL, kami cadangan untuk cuba menu-menu terbaik mereka seperti Salted Egg Butter Chicken, Salted Egg Croissant, Salted Egg Butter Lobster, Hot Chilli Butter Clams, Buttermilk Chicken Rice, Assam Thai Butter Clam dan berbagai-bagai menu lagi.
Berikut adalah lokasi dan maklumat perniagaan untuk cawangan-cawangan JIBRIL di Kuala Lumpur:
JIBRIL Publika
Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6011-1099 3308 / Website
JIBRIL Setapak
Alamat: 50-G, Platinum Walk, 2, Jln Langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
Contact: +6013-331 0150 / Website
Hidang KL

Ingat lagi tak pertemuan pempengaruh terkenal Khairul Aming dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran makanan Melayu selera kampung di Kuala Lumpur tempohari?
Kalau ada yang masih tidak tahu, pertemuan tersebut bertempat di Hidang KL. Andaikata Khairul Aming pun confident nak bawa seorang Perdana Menteri ke sini, anda sendiri rasa macam mana?
Pada pendapat kami, Hidang KL merupakan salah satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang harus anda cuba!
Alamat: No. 20, Jalan Mesra, Off Jalan Damai, 55000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Sabtu hingga Khamis 11:00AM – 10:00PM, Jumaat Tutup (Selain bulan Ramadhan)
Isnin hingga Ahad 5:00PM – 10:00PM (Dalam bulan Ramadhan)
Contact: +6011-3600 9980 / Website
Baca juga : 15 Tempat Makan Menarik di Johor Bahru
Mansion Tea Stall Al-Amna Restaurant
Sering menjadi pilihan warga ibu kota untuk bersarapan, Mansion Tea Stall Al-Amna Restaurant semestinya memang sangat sinonim dengan Kuala Lumpur.
Restoran yang mungkin sudah berusia lebih 45 tahun ini amat terkenal dengan menu sarapan pagi yang simple namun cukup dekat dengan hati dan budaya warga ibukota.
Hidangan roti special dan teh ding dong untuk sarapan sudah memadai untuk menceriakan pagi anda.
Alamat: Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 24 Jam
Contact: +6012-331 1456
Muhibbah Seafood Restaurant

Dikatakan telah bermula sejak tahun 1986 lagi, hingga kini Muhibbah Seafood Restaurant tetap mempunyai tempat di hati peminat makanan Chinese Muslim di sekitar Kuala Lumpur.
Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai adalah seperti sotong goreng tepung, salad pucuk paku, daging halia, ayam lemon dan bermacam-macam lagi.
Kalau anda gemarkan makanan Chinese Seafood dengan sedikit twist ala Thai, Muhibbah Seafood Restaurant mungkin salah satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang mampu memenuhi selera dan citarasa anda.
Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Selasa hingga Khamis 12:00PM – 2:00PM & 6:00PM – 9:45PM
Jumaat hingga Ahad 12:00PM – 2:30PM & 6:00PM – 10:00PM
Isnin Tutup
Contact: +603-7727 3153 / Facebook
Shabuyaki by Nippon Sushi
Shabuyaki by Nippon Sushikini seolah-olah telah menjadi trend terbaharu di Malaysia dan ianya dilihat semakin diminati serta digemari ramai kerana keasyikkan pengalaman grill mahupun rebus sendiri pelbagai jenis makanan yang telah disediakan secara buffet.
Selain shabu-shabu, anda juga boleh menikmati bestseller sushi di Nippon Sushi yang turut disediakan secara freeflow. Walaubagaimanapun, cawangan Shabuyaki by Nippon Sushi masih lagi tidak banyak namun ianya kian berkembang.
Andai anda ke Kuala Lumpur, boleh singgah ke mana-mana cawangan Shabuyaki by Nippon Sushi seperti berikut:
Shabuyaki by Nippon Sushi @ Sama Square
Alamat: Kompleke Sama, Jalan 1/23c, 53200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:30AM – 10:30PM
Contact: +6018-946 5171
Shabuyaki by Nippon Sushi @ AEON Maluri
Alamat: AEON Mall Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00am – 10.00PM
Contact: +6011-6761 5171
Tapak Urban Street Dining
Foodtruck pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu dan Tapak Urban Street Dining adalah port foodtruck yang masih hidup di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Terdapat banyak pilihan makan tempatan mahupun antarabangsa yang rata-ratanya disediakan di atas foodtruck. Selain menjamu selera, anda juga boleh menikmati keceriaan suasana dan permandangan indah KLCC terutamanya ketika waktu malam sambil ditemani hiburan live music.
Tidak salah jika Tapak Urban Street Dining dikategorikan sebagai salah satu tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang harus anda kunjungi.
Alamat: Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 5:00PM – 12:00AM
Contact: +6016-554 7670
Baca juga: Tempat Makan Menarik di Selangor
Sup Sururi

Asal bercakap berkenaan sup sahaja mesti ramai yang cadangkan lokasi yang boleh dikategorikan sebagai legend di Kuala Lumpur ini.
Lokasinya di bawah sebuah flat kos rendah bersebelahan Masjid Alam Shah berdekatan Jalan Tun Razak semestinya menjadikan Sup Sururi ini port rasmi acapkali waktu makan tengahari terutamanya hari Jumaat.
Sup daging dan sup kambing adalah menu yang sering menjadi pilihan ramai. Harus diingatkan bahawa sup kambing hanya available pada hari Khamis sahaja. Maka, rancanglah trip makan sup anda dengan bijak.
Ingat sup, ingat Sururi!
Alamat: 8, Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat 9.00AM – 3.00PM
Sabtu & Ahad Tutup
Contact: +6019-343 3001
TTDI Meat Point Steakhouse

Andai menu steak yang dicari, TTDI Meat Point Steakhouse adalah lokasi yang harus dituju.
Dengan lebih 20,000++ good review di Google, ianya pasti merupakan destinasi yang sering menjadi pilihan ramai.
Selain menu steak yang pelbagai, anda juga boleh cuba hidangan pasta, seafood, pizza dan lain-lain.
Alamat: 58, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari 11.00AM – 11.00PM
Contact: +6014-360 4040 / Website
Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru
Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah tersohor dikalangan penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Pastinya nasi lemak di sini bukan biasa-biasa kerana terdapat pelbagai varieti lauk-pauk untuk dipadankan bersama nasi lemak anda.
Pilih sahaja lauk mana yang berkenan dengan selera.
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 6:00AM – 12:30AM
Contact: +6011-6336 1963
Samurai Yakiniku

Buat mereka yang pernah merasai yakiniku dan shabu-shabu ketika melancong ke Jepun, boleh cuba juga Samurai Yakiniku yang diyakini halal.
Bermula di Kota Bharu dan kini telah berkembang ke Kuala Lumpur dan Selangor. Dah kalau teringin tu, jemput datang ke Samurai Yakiniku cawangan Setapak.
Alamat: No 22-G, Plaza KLTS, 99, Jalan Gombak, Setapak, 53000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:30AM – 11:00PM
Contact: +6010-528 2080 / Facebook
LuckBros Kopi

Port ngopi ini sudah beberapa kali viral dek penangan outdoor seatingnya yang berlatarbelakangkan view Merdeka 118 yang sangat menakjubkan.
Tak kira siang atau malam, pemandangan bangunan kedua tertinggi di dunia ini semestinya akan membawa pengalaman lepak bersama rakan anda ke tahap yang lebih awesome.
Alamat: 9, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat 10:00AM – 2:00AM
Sabtu & Ahad 9:00AM – 2:00AM
Contact: +6012-610 8856 / Instagram
Restoran Mahbub
Telah disyor dan diiktiraf sebagai nasi briyani ayam madu terbaik di Kuala Lumpur oleh sebilangan besar warga kota, kami sedikit sebanyak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Malah kami sendiri sering ke Restoran Mahbub untuk pekena nasi briyani ayam madu sekiranya berada berdekatan Bangsar. Cuma kadangkala tukar selera daripada ayam madu ke daging hitam sahaja.
Nasi briyani ayam madu kena pula dengan acar timun memang kombinasi paling ngam!
Alamat: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 7:00AM – 11:30PM
Contact: +603-2095 5382 / Website
Restoran YaHala

Jikalau anda rasakan Restoran Damascus terlalu mainstream untuk makanan berlandaskan timur tengah, apa kata anda cuba try test Restoran YaHala pula.
Menerusi komen-komen daripada pengunjung, kebanyakkannya berpuas hati dengan rasa, porsi dan layanan yang diberikan.
Berikut adalah senarai YaHala Restaurant di Kuala Lumpur untuk rujukan bersama:
YaHala Restaurant – Ampang
Alamat: 1, Jalan Nipah, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 12:30AM
Contact: +603-4266 3552
YaHala Restaurant – Chulan
Alamat: 84, Jalan Tengah, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 1:00AM
Contact: +603-4810 3647
YaHala Restaurant – TTDI
Alamat: G.33A-G.38, Glo Damansara, 699, Jln Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 1:00AM
Contact: +603-7733 7216
De.Wan 1958 by Chef Wan
Terkenal dengan masakan Malaysia moden yang terbaik, De.Wan 1958 yang diterajui oleh Chef Wan yang juga duta kulinari Malaysia ini sudah pasti mampu untuk memberikan sesuatu rasa yang baru dan istimewa untuk anda.
Lebih-lebih lagi De.Wan 1958 juga turut disenaraikan sebagai salah satu restoran pilihan Michelin Guide di Malaysia (Sumber) dan kejayaan ini semestinya harus menjadi kebanggaan kita.
Alamat: The Linc, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur
Contact: +603-7890 6016 / Website
Kesimpulan
Kuala Lumpur adalah destinasi tumpuan utama setiap warganegara. Hatta atas urusan pekerjaan ataupun percutian, kunjungan untuk sesi menjamu selera pastinya harus ada dalam setiap itenari yang disediakan.
Kendatipun tempat-tempat makan yang sedap dan menarik terlampau banyak di sini, sudah tentu masing-masing mempunyai citarasa serta keinginan tersendiri.
Harap-harap senarai yang kami cadangkan seperti di atas mampu memberikan anda sedikit idea tentang apa yang boleh dijangkakan. Semoga bermanfaat!