Tempat Makan Best di Semenyih

10 Tempat Makan Best di Semenyih. No. 3 Kesukaan Kami!

Jika anda masih tercari-cari tempat makan best dan sedap di Semenyih, apa kata anda cuba dulu port yang kami senaraikan ini.

Semenyih yang terletak di kawasan Hulu Langat ini sangat terkenal dengan Bukit Broga yang selalu dikunjungi para hikers dari seluruh Malaysia.

Bila anda sampai di Semenyih, pernah tak anda tercari-cari tempat makan yang best?. Walaupun pekannya kecil, tapi banyak peniaga telah membuka kedai makan menarik yang jarang diketahui oleh orang luar. Oleh itu, anda tak perlu lagi tercari-cari kerana di bawah ini kami senaraikan 10 tempat makan best di Semenyih yang anda boleh cuba bersama keluarga anda.

1. Nasi Kukus Tok’ We

Facebook @nasikukustokwe

Bagi yang ingin mencuba nasi kukus, anda boleh kunjungi Restoran Nasi Kukus Tok’ We yang berdekatan dengan Bandar Tasik Kesuma di Beranang. Mereka menawarkan servis makanan ala ala buffet, tempahan untuk acara besar, hari jadi dan banyak lagi.

Restoran ini bercorakkan hipster dan menyediakan pelbagai menu dalam nama-nama kreatif seperti Hamidah, Kasidah, Jebon dan lain-lain. Walaupun agak jauh ke dalam sedikit dari pekan, tapi amat berbaloi jika anda nak cuba makan di situ.

Alamat: 1-G, Jalan Kesuma 11/3, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-8723 3277 / Facebook

2. Tok Man Nasi Lemak Kelate

Google Maps

Warung Tok Man Nasi Lemak Kelate depan padang telah beroperasi lebih 20 tahun di pekan Semenyih. Bagi pengunjung luar yang melawat Semenyih, anda wajib singgah untuk merasai sendiri kelazatan nasi lemak Kelate yang murah, sedap dan terkenal di sini.

Sambal dan sos homemadenya cukup famous dengan keunikan yang tersendiri. Kalau nak tahu kenalah rasa sendiri ya.

Alamat: Gerai No.6, PLB Pekan Semenyih (Depan Padang), 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 6:00PM – 11:00PM
Contact: +6017-859 7693 / Facebook

Baca: Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan

3. Mai Kolam Kitchen

Google Maps

Mai Kolam Kitchen terletak di dalam kawasan laman rumah kampung dengan view kolam dan dikelilingi pokok dan tumbuhan hijau. Terasa bagai makan di dalam laman rumah sendiri di kampung.

Menu makanannya juga begitu mengamit nostalgia dengan signature menu seperti nasi himpit menyongek, nasi goreng, nasi melahar, lempeng pisang, cekodok dan pelbagai lagi pilihan masakan yang pasti membuatkan perut anda happy.

Apa yang paling penting ialah harga di Mai Kolam Kitchen sangatlah mesra rakyat. Harganya murah dan berpatutan untuk semua jenis makanan.

Alamat: Lot 749 Batu 2, Jalan Bangi, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu & Ahad 4:30AM – 10:30PM
Contact: +6013-361 5820 / Facebook

4. Echal’s Steamboat & Grill

Facebook @EchalsSteamboatNGrill

Restoran Echal’s Steamboat & Grill menyediakan makanan berunsurkan steamboat dan grill yang sesuai untuk ahli keluarga yang ingin rasa pengalaman makan sambil masak sendiri.

Restoran ini bersebelahan je dengan Nasi Kukus Tok We. Kedainya besar dan sesuai untuk pengunjung berkumpulan besar. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan harganya juga berpatutan bagi sebuah kedai steamboat.

Alamat: No 1, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat 11:00AM – 7:00PM
Contact: +6019-799 9736 / Facebook

5. Warung Capati Razak Nasi Kandar

Facebook @razakcapati

Jika anda seorang yang gemarkan masakan mamak seperti capati dan nasi kandar, anda boleh datang ke Warung Capati Razak ini.

Warung ini menggunakan resepi turun temurun sejak tahun 1989 dan mereka juga menyediakan pelbagai pilihan makanan yang sedap pada harga yang berpatutan. Warung ini juga terkenal dengan sambalnya yang istimewa yang berbeza daripada yang lain.

Alamat: 497A, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 3:00PM – 3:00AM
Contact: +6011-5660 2517

6. Shaqhel’s Kitchen

Facebook @shaqhelskitchen

Restoran Shaqhel’s Kitchen menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuklah makanan western dan kampung. Jika anda sukakan suasana yang cosy, servis yang pantas dan makanan berpatutan, anda patut kunjungi restoran ini untuk rasainya sendiri.

Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 6:00PM – 12:00AM
Contact: +6010-287 2043 / Facebook

7. Lepaking 2.0

Google Maps

Lepaking merupakan port makan terbaharu di Semenyih di mana tempatnya menggabungkan pelbagai gerai dalam satu kawasan dan anda boleh dapatkan pilihan makanan yang banyak untuk memenuhi selera anda.

Tempatnya juga luas dan amat sesuai untuk pengunjung berkumpulan besar.

Anda biasanya perlu datang awal dan bersabar kerana ia kadangkala penuh dengan pelanggan yang datang dari pelbagai tempat.

Alamat: 497b, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis 5:00PM – 2:00AM
Jumaat – Ahad 5:00PM – 3.00AM
Contact: +6018-285 0839 / Facebook

Baca: Tempat Makan Best di Cyberjaya

8. Nasi Arab Al Reef Restaurant

Facebook @AlreefRestoran

Kalau anda datang ke Semenyih bersama keluarga dan kawan, jangan lupa singgah restoran Nasi Arab Al Reef ini. Makanannya sedap dan dihidangkan samada dalam talam ala-ala budaya Arab atau dalam pinggan kalau anda nak makan berasingan.

Mereka juga ada menyediakan makanan western bagi yang ingin mencuba selain daripada Nasi Arab pada harga yang sangat berpatutan. Bukan itu saja, walaupun tempatnya luas, tempat letak yang mencukupi telah disediakan untuk kemudahan anda.

Alamat: Dataran Dato’ Mohd Said, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:00PM – 10:30PM
Contact: +6019-817 1534 / Facebook

9. Warunk Mango Shake

Facebook @warunkmangoshake

Bagi yang mencari tempat persinggahan untuk minum petang dan makanan ringan, anda boleh cuba singgah di Warunk Mango Shake ini. Pelbagai jenis makanan western ada dijual di sini bersama dengan minuman istimewa mereka iaitu mango shake dan milk tea.

Kesemua makanan dan minuman di sini dijual pada harga yang berpatutan dan sesuai membawa anak-anak anda.

Alamat: No 45, Jln Ecohill 1, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 12:00PM – 10:00PM
Contact: +6013-229 0406 / Facebook

10. Shell-A-Lot Bajett

Facebook @shellalotbajett

Trend shell-out masih lagi terkenal dalam kalangan pelanggan terutamanya bagi mereka yang mengunjungi Shell-A-Lot Bajett di Semenyih ini. Seperti namanya, mereka menyediakan pelbagai jenis makanan laut berunsurkan shell-out pada harga yang murah dan berpatutan.

Pilihan makanan mereka juga banyak seperti udang karang, siput, ketam, udang, sotong dan banyak lagi. Sememangnya tempat yang wajib anda kunjungi bersama keluarga semasa berada di Semenyih.

Alamat: KP-G, 19, Jalan Anggerik Perdana 2, Taman Anggerik Perdana, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 6:00PM – 11:00PM
Contact: +6013-222 2673 / Facebook

Penutup

Banyak lagi tempat makan yang best di Semenyih yang boleh kita cuba dan taklah terhad kepada 10 tempat yang disenaraikan di atas saja. Tapi sebelum anda cuba tempat yang lain, pastikan anda cuba 10 tempat makan best di Semenyih yang kami syorkan di atas dulu.