6 Tempat Makan Best & Sedap di Bandar Seri Putra

Bandar Seri Putra terletak di penghujung Bangi dan bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kalau dah sampai disini, boring-boring anda boleh singgah mandi di Bangi Wonderland ataupun shopping di Nilai 3 yang lokasinya tak sampai 8-10 minit masa perjalanan.

Tak pun boleh singgah makan sekejap. Berikut kami kongsikan 6 tempat makan best dan sedap di Bandar Seri Putra.

1. Restoran BENOME

Facebook @kofr.benome
Facebook @kofr.benome

Dibuka sekitar April 2019, Restoran Benome menyediakan menu masakan kampung dan eksotik Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api, rendang dan masak kicap menggunakan daging pelanduk, rusa, landak, napuh serta ayam hutan.

Ada juga lauk-pauk kampung seperti gulai pucuk ubi petai, telur itik, siput sedut, tempoyak daun, jangek atau kulit lembu, cendawan sisir, ikan baung, ikan patin dan macam-macam lagilah. Air kosong dan buah free ye.

Alamat: 7G, Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 7:00PM, Jumaat Tutup
Contact: +6013-607 7766 / Facebook

Baca juga: Tempat Makan Best di Nilai, Negeri Sembilan

2. Travellers Cafe

Facebook @travellerscafe98
Facebook @travellerscafe98

Buat peminat steak dan kopi, anda mungkin akan terpikat dengan Travellers Cafe yang mengfokuskan makanan western khususnya steak ala-ala fine dining.

Tidak dilupakan juga menu kopi yang agak berbaloi ketika waktu minum petang sebab ada menu set tea time yang berharga RM13 boleh dapat cake or pastry untuk dinikmati bersama secawan freshly brewed coffee.

Alamat: 32, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 10:30PM
Contact: +6014-264 9094 / Facebook

3. Nasi Kandar Express

Google Maps
Facebook

Cepat, murah dan sedap. Inilah dia nasi kandar dengan konsep fast food. Kalau dalam poket ada RM5.50 dah boleh makan nasi kandar. Air hanya RM1 dan boleh refill. Kedai ini cukup famous di kalangan student KUIS. Malah, ownernya juga merupakan bekas pelajar KUIS.

Nasi Kandar Express juga ada cawangan di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Jadi orang Bangi bolehlah singgah ye.

Alamat: 62, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00AM – 10:00PM
Contact: +603-8922 9021

Baca juga: Tempat Makan Best di Semenyih

4. The Grato

Facebook @gratobsp2016

Dibuka sekitar Januari 2016, The Grato menyediakan pelbagai menu makanan Western dan Itali yang menarik untuk dicuba. Antara menu pilihan ramai ialah seperti spicy italian lamb, fish & chips; homemade pizza dan Grato green tea.

The Grato juga merupakan salah satu restoran pilihan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), TV3.

Alamat: 39, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 12:30AM – 11:00PM
Contact: +603-8922 0411 / Facebook

5. Restoran Sham Sup Utara

Facebook

Jika terasa nak makan sup, bolehlah ke Restoran Sham Sup Utara. Terdapat pelbagai menu yang berasaskan sup dan masakan panas yang boleh dicuba. Bihun sup dan nasi ayam adalah antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini.

Alamat: 5, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 10:30PM, Jumaat tutup
Contact: +6012-327 9683

6. Wong Solo

Buat peminat makanan Indonesia pula bolehlah berkunjung ke Wong Solo cawangan Bandar Seri Putra. Semua set menu disertakan sekali dengan air. Restoran ini bercantum dengan Travellers Cafe kerana dimiliki owner yang sama.

Jadi anda boleh duduk di mana-mana tempat dan pilih apa-apa menu di dua kedai yang berbeza. Di samping itu, delivery juga ada disediakan.

Alamat: 30, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 11:30AM – 10:30PM
Contact: +603-8912 5506