Cafe Coastal Store, Kuantan

Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan

Khas buat para pencinta muzik, ulat buku dan peminat kopi; Coastal Cafe Kuantan untuk kalian. Noktah.

Sudah bersiaran sejak 2016, Coastal Store adalah salah satu watak penting di Jalan Besar, Kuantan. Pada asalnya mahu berjuang sebagai kedai rekod muzik dan kedai buku tetapi tak sengaja terhibrid menjadi kafe.

Menu makanan di sini agak terhad kerana fokus utamanya sedikit berlainan berbanding kafe-kafe dan kedai kopi di kawasan sekitar.

Antara menu signature di Coastal Cafe ialah seperti nasi ayam, mee rebus, kopi Vietnam dan beberapa varieti kek dari Kula Cakes.

coastal store cafe kuantan food min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 1

Coastal Store beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari tengahari sehingga lewat malam. Khas buat para pencinta muzik, ulat buku dan peminat kopi; Ini kafe untuk kalian. Noktah.

coastal store cafe kuantan dining min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 2

Kuantan Book Exchange

Bawa satu buku dan tukar satu buku di sini. Coastal Store ialah salah satu daripada beberapa cafe di Kuantan yang menjadi peserta untuk program #KuantanBookExchange

coastal store cafe kuantan book exchange min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 3

Inisiatif seperti ini amat baik untuk memupuk minat dan budaya membaca di kalangan anak muda dan warga tua. Ingatlah, membaca ialah budaya yang sangat cool dan trendy!

Tak lapuk oleh hujan, tak lekang oleh panas.

Musik Untuk Dijual

coastal store cafe kuantan music min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 4

Terdapat pelbagai seleksi kaset, vinyl dan CD yang unik dari pelbagai label indie dari dalam dan luar negeri ada dijual di Coastal Store.

Pilihan dan rekomendasi muzik di dalam kedai juga sangat bagus dan menyenangkan. Jika anda bernasib baik, terdapat juga live performance dan art event yang berlangsung di sini.

coastal store cafe kuantan piano min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 5

Cosy & Homey

coastal store cafe kuantan bar counter min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 6

Rata-rata pelanggan memberi komen yang bagus mengenai persekitaran yang berjaya diwujudkan Coastal Store dan saya sememangnya amat bersetuju dalam hal ini.
Suasana di kafe jelas terasa cosy dan homey pada masa yang sama. Saya berasa begitu cepat selesa dengan environment dan positive vibe di sini dan terkadang terasa seperti berada di rumah sendiri.

Setakat ini hanya mampu berangan untuk memiliki rumah yang mempunyai dekorasi yang klasik, vintage dan retro sebegini.

coastal store cafe kuantan counter min - Gabungan Muzik, Buku & Kopi di Coastal Store, Kuantan - 7
GETTING THERE

Coastal Store, Kuantan


Address: 4E Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang.
Opening Hours: Everyday 12:00PM – 11:45PM
Contact No: +6012-664 4054 / Facebook / Instagram

Read: 22 Tempat Makan Best & Menarik di Nilai, Negeri Sembilan