Kafe Kopi & Teh merupakan salah satu kedai kopi yang terbaharu di Jalan Besar, Kuantan. Walaupun baru dibuka sekitar penghujung Ogos 2019, nampaknya kafe ini semakin mendapat sambutan dan perhatian ramai.
Kopi & Teh mula beroperasi seawal jam 8 pagi hingga tengah malam pada setiap hari kecuali Selasa dengan menu ala carte sepanjang hari. Antara menu signature di sini ialah kopi terbalik Aceh, nasi geprek ayam krispy dan juga roti bakar.
Terdapat juga beberapa menu tambahan seperti nasi lemak, nasi dagang dan bihun goreng untuk sarapan.
Konsep Kopi dan Teh
Dengar nama kedai je pun kita sudah boleh agak yang cafe ini fokus kepada menu kopi dan juga teh. Tetapi hanya menu kopi manual brew sahaja yang ada pada masa dan ketika posting ini ditulis.
Dengar cerita, menu kopi berbasis espresso bakal menyusul pada masa hadapan. Kopi terbalik Aceh, kopi tenom dan kopi in-house adalah antara menu kopi yang popular di sini.
Terdapat juga pelbagai menu teh bunga dan herba yang bukan sekadar teh uncang. Bunga dan daun herba juga direndam ke dalam teh untuk mendapatkan rasa yang lebih sempurna.
Kopi Terbalik Aceh
Kopi terbalik atau disebut sebagai kupi khop ialah salah satu jenis minuman kopi yang berasal dari Aceh. Memang famous di Aceh disebabkan cara unik penyediaan kopi yang dihidang menggunakan cawan terbalik.
Cara Minum Kopi Terbalik
1. Tarik straw yang disediakan
2. Slowly tiup ke dalam gelas
3. Tiup sampai kopi keluar di piring
4. Hirup kopi & enjoice!
Sedikit kemahiran teknikal diperlukan untuk menikmati keasyikkan secawan kopi terbalik. Usah khuatir, ada manual ringkas tersedia di setiap meja.
Chill, Cosy & Kid-Friendly
Persekitaran di kafe Kopi & Teh sememangnya tenang dan selesa. Interiornya sangat nice dan clean. Pencahayaan di beberapa ruang dalamannya juga amat bagus dan natural.
Staff-staffnya juga begitu mesra pelanggan dan sangat prihatin terhadap keselesaan pelanggan. Sesuatu perkara yang patut dipuji ialah kafe ini juga ada menyediakan ruang playground mini untuk kanak-kanak. Jadi parents boleh enjoy minum kopi dan menikmati sepotong kek dengan tenang.
Rating & Harga
Harga makanan dan minuman di sini juga saya rasakan berpatutan. Tak murah dan tak mahal.
Kopi Terbalik Aceh RM5.00
Kopi Tenom RM4.50
Kopi In-House RM4.50
Teh Bunga/Herba RM4.90
Bun Bakar RM4.00
Telur ayam kampung (2 biji) RM5.00
Burnt Cheesecake RM9.90
Secara keseluruhan, saya suka dengan konsep Kopi & Teh dan saya harap kafe ini dapat berkembang maju pada masa hadapan. Persekitarannya kafe ini cantik, bersih dan friendly.
Bun bakar juga sedap dan kopinya yang kurang manis memang kena dengan selera saya. Recommended!
GETTING THERE
Kopi & Teh, Kuantan
Address: No 52, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Opening Hours:
Weekdays kecuali Selasa 08:00AM – 11:00PM
Weekends 08:00AM – 12:00AM
Contact: +6017-342 9799 / Instagram
Baca: 22 Tempat Makan Best & Menarik di Nilai, Negeri Sembilan