Review

Kopi Kampung Watak Kopi Paling Best di Kuantan

Kafe Watak Kopi dibuka sekitar Mac 2019 dan kini pantas menjadi salah satu port ngopi paling santai dan awesome di Kuantan.

Ditambah dengan lokasinya yang begitu strategik yakni betul-betul berhadapan dengan Menara Teruntum yang merupakan menara tertinggi di Pantai Timur dan mercu tanda baharu kebanggaan Bandar Kuantan. Dibuka dari pagi hingga lewat tengah malam dengan menu ala carte sepanjang hari dengan beberapa menu tambahan untuk sarapan seperti nasi dagang, nasi minyak dan lain-lain.

Modus operandi Watak Kopi sama sahaja seperti kebanyakkan kafe-kafe di Jalan Besar, Kuantan. Terdapat juga aneka kek untuk dipadankan dengan minuman kopi anda.

Baca: 22 Tempat Makan Best & Menarik di Nilai, Negeri Sembilan

Kopi Kampung & Roti John Doe

Antara menu signature yang acapkali menjadi pilihan pelanggan Watak Kopi ialah seperti Kopi Kampung, Caramel Macchiato, Roti John Doe, Roti Telur Goyang dan Roti Cedric Bixler.

Kopi Kampung di Watak Kopi memang kaw dan seriously sedap! Senang cerita setakat ini pada lidah dan tekak saya ianya kopi ais yang paling best di Kuantan.

Rahsianya ialah mereka mengoreng sendiri biji kopi yang digunakan dengan ramuan misteri yang tak boleh nak reveal katanya.

Roti John Doe pula ialah sejenis menu roti john pada asasnya; tetapi telah di improvise dengan beberapa bahan-bahan tambahan seperti cendawan dan meatloaf.

Ada feeling-feeling macam pizza sedikit. Portionnya juga boleh tahan berbaloi dan boleh kongsi dua orang makan.

Suasana Santai & Mesra Pelanggan

Persekitaran di Watak Kopi sangat terbuka dan santai sekali. Jika seating di dalam kedai penuh, meja di belakang kedai yang menghadap Menara Teruntum akan dibuka.

Staff-staff di sini juga begitu ramah dan mesra pelanggan. Tanyalah apa sahaja, pasti mereka akan melayan anda dengan tenang.

Kadang-kadang kalau nasib baik ada live performance event macam Akustika Watak. Peh, makin seronoklah kita nak mengopi bersama rakan dan taulan.

Harga & Rating

Kopi Kampung RM4
Caramel Macchiato RM10
Latte RM7
Roti John Doe RM15
Roti Cedric Bixler RM6
Roti Goyang RM5

Harga makanan dan minuman di sini tak mahal dan tak murah. Sedang-sedang sahaja dan saya rasakan berpatutan.

Secara keseluruhan saya begitu gemarkan kopi ais di sini tetapi menu roti yang saya cuba tidaklah begitu outstanding.

Persekitaran disini sangat santai membuatkan saya lebih cepat selesa semasa di dalam kedai. Apa-apa pun Watak Kopi memang terbaik!

GETTING THERE

Watak Kopi, Kuantan


Address: 45N-7, Bangunan PKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Opening Hours: Everyday except Monday 08:00AM – 12:00AM
Contact: +6017-919 6007 / Facebook