Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Sejenak di Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Biarpun menunya ringkas, pasangan roti bun dan kopi 0 nampaknya begitu serasi dan cemerlang.

Terletak betul-betul di tengah bandar, Kuantan Pickers & Kedai Kopi adalah salah satu art cafe yang unik dan menarik di Kuantan. Gabungan setup kedai ala kopitiam lama dengan menu yang simple nampaknya menjadi.

Kedai kopi ini dibuka setiap hari tanpa jemu dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah malam dengan pelbagai menu lokal dan aneka kek dengan kuantiti yang agak limited. Logik akal seperti biasa, yang sedap akan habis awal.

Suasana Santai & Nostalgik

Walaupun hanya sekadar singgah sebentar, jiwa saya masih mampu bergetar deras tatkala terkenangkan susun atur dan dekorasi Kedai Kopi Kuantan Pickers yang sarat dengan koleksi barangan vintaj dan antik. Tak jemu mata memandang. Sungguh.

Saya amat senang sekali dengan suasana kedai. Terasa begitu santai walaupun mata ini tak pernah duduk diam. Mata seakan-akan berjoget kesana kesini mengamati satu persatu dekorasi yang disusun begitu elok dan tertib.

Menu Ringkas tapi Menjadi

Disebabkan sudah lewat malam, banyak menu sudah habis dijual. Meskipun sudah agak kenyang, saya pesan juga roti bun dan kopi O sebagai alasan untuk terus bersantai di sini.

Harga

Roti Bakar Bun RM3.00
Kopi RM2.20
Kopi 0 RM2.00

Biarpun menunya ringkas, pasangan roti bun dan kopi 0 nampaknya begitu serasi dan cemerlang. Sedap dan tidak hambar.

Pasti Kembali

Tidak banyak yang dapat saya ceritakan kali ini tetapi saya pasti akan kembali jika berkesempatan berada di Kuantan pada lain hari dan ketika. InsyaAllah. Recommended!

GETTING THERE

Kuantan Pickers & Kedai Kopi, Kuantan


Address: 32, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Opening Hours: Every day 07:00AM – 12:00AM
Contact No: +6014-824 1102 / Facebook / Instagram